BAB 8

92 3 2
                                    

Jarak antara Kampung Labu Muda dengan jalan utama pula mengambil masa 20 minit dengan berjalan kaki. Disebabkan lorong itu terlalu kecil bagi Grand Starex milik Cik Elizabeth untuk masuk, mereka berempat terpaksa dihantar ditepi jalan utama sahaja. Lagipun lorong itu tidak bertar dan berbatu bertanah. Macam mana kereta itu nak masuk.

Kelihatan seorang pak cik hanya memakai singlet dan seluar panjang yang telah lusuh sedang menarik-narik daun pokok pisang sambil mencantas daun itu dengan parang. Disebelahnya terdapat tangkai pisang bersama dengan hatinya sekali yang telah dipotong. Mesti pak cik orang kampung ini juga. Kalau menurut Cik Elizabeth hanya ada Kampung Labu Muda yang berada di jalan utama menuju ke Sri Aman. Aziz memberanikan diri untuk menegur pak cik itu. Takut pula pak cik ini hanya tahu berbahasa Sarawak.

"Selamat pagi pak cik, kami nak tahu, nak sampai ke Kampung Labu Muda guna jalan ini ke?", tegur Aziz lalu berjalan menghampiri pak cik itu. Dia menghulurkan tanganya untuk bersalam. Salamnya disambut oleh pak cik itu.

"Eh, waalaikummussalam. Kamu berempat pasti budak-budak diberitahu si Kamcheng tu. Ye, kau berempat jalan je. Depan nanti adalah kamu jumpa kampung itu", beritahu pak cik yang memperkenalkan namanya Sulaiman. Senyuman manis sentiasa terpancar pada wajahnya.

"Oooh terima kasih pak cik. Pak cik orang kampung itu juga ke?", tanya Afieq pula, tidak ingin mengalah kepada Aziz. Dia juga ingin berkenal-kenalan dengan orang di sini.

"Eh taklah, pak cik asal Kuching. Ada hal dekat kampung ini sekejap. Kamu semua nak pegi ke situkan? Boleh tak tolong bawak tandan pisang ini ke kampung sekali. Pak cik nak pegi Sri Aman selepas ini. Ada hal urgent", pinta Pak Sulaiman tanpa segan-silu kepada Afieq.

Afieq menggangguk faham lalu terus mengambil tandan pisang itu. Beg galasnya diserahkan kepada Aziz. Hari pertama sudah terpaksa membawa tandan pisang ke kampung. Bersedialah fiq, bersedialah. Selepas ini mungkin terpaksa menarik sapi pulak.

Setelah 15 minit berjalan...

"Selamat datang ke Kampung Labu Muda!", ucap seorang lelaki tua yang memakai kemeja rona biru bercorak bunga dipadankan dengan seluar slack rona hitam.

Beberapa orang kampung yang hanya memakai baju-T dan seluar jeans turut berada dibelakangnya. Pak cik tua itu memakai topi yang diperbuat daripada daun-daun yang dilipat dan diikat dengan dengan serai dan rumput. Tanda berbentuk Hanya daripada bentuk topinya sahaja, mereka berempat tahu dialah ketua kampung Labu Muda, Pak Kamcheng.

"Pak Kamchengkan?", tanya Aziz sambil menyambut salam pak cik tua itu.

"Ya. Kau mesti Afieqkan? Yang dekat belakang ni mesti Aziz, Ain dan Atiqah", teka Pak Kamcheng. Lelaki tua itu melemparkan senyuman kepada mereka berempat. "Kau orang mesti letih, biar Sorado yang membawa beg kamu semua."

Seorang pemuda yang tegap dan hanya memakai seluar jeans melepasi lutut, mengambil beg galas mereka. Pemuda yang bernama Sorado itu tidak berkata apa-apa, setelah mengambil beg galas mereka. Dia terus pergi meninggalkan tetamu yang baru datang ke kampung mereka. Membawa beg galas mereka ke rumah Pak Kamcheng.

"Minta maaf pak cik, sayalah Aziz, yang di belakang ni Afieq", beritahu Aziz lagi. Tidak mahu orang tua itu silap lagi. Pak Kamcheng menggangguk faham dan menghulurkan tangan ke Afieq. Dia turut melemparkan senyuman kepada dua orang gadis yang berada di sebelah Afieq.

"Apapun jomlah pegi ke rumah pak cik dulu. Mak Sarisa dah masak banyak makanan untuk korang.Kau berempat mesti letihkan. Sampai bawa pisang setandan sekali. Macam-macam lah budak-budak sekarang ini", gelak Pak Kamcheng melihat Afieq mengangkat tandan itu. Berpeluh-peluh muka Afieq. Berat juga benda ini rupanya.

"Eh ini bukan daripada kami. Pak Sulaiman yang bagi tadi. Dia potong daripada pokok pisang di lorong menuju sini tadi", ujar Ain lagi. Ain turut tergelak kecil apabila teringat balik peristiwa tadi. Mesti orang kampung ini hairan melihat Afieq membawa setandan pisang ke sini. Ini baru hadiah.

"Sulaiman? Dia kenalkan diri dia sebagai Sulaiman....." , Pak Kamcheng tergelak lagi. Mereka berempat hairan. Nama orang tadi bukan Sulaiman kah?

"Pak cik, nama dia tadi bukan Sulaimankah?"

"Biarlah. Kalau dia kenalkan dirinya sebagai Sulaiman dengan kau berempat. Sulaimanlah dia tu. Jom cepat, Mak Sarisa dah tunggu ini"

Mereka berempat melangkah laju mengejar Pak kamcheng yang semakin laju berjalan. Suasana kampung yang aman tenteram di sekeliling mereka. Sebuah lorong besar seperti jalan memisahkan sebaris deretan rumah dan sebaris lagi deretan rumah. Rumah-rumah kayu bersusun sebelah menyebelah. Ada yang setingkat dan ada yang dua tingkat. Orang kampung yang menemani mereka tadi mula beredar ke rumah masing-masing. Ayam dan itik dapat dilihat merayau-rayau di kawasan rumah di situ. Kanak-kanak berkejar-kejaran, rasanya bermain polis tangkap penjahat. Eh rindu..

"Baiklah kita sudah sampai!", ujar Pak Kamcheng kepada mereka berempat. Mereka sudah sampai ke rumah Pak Kamcheng. Rumah setingkat yang diperbuat daripada kayu dan dicatkan dengan warna merah. Terdapat ruang kosong dibawah rumahnya. Tangga kecil menghiasi anjung rumah itu. Lebih tinggi daripada tanah seperti rumah kampung yang selalu dijumpa.

Orang kampung yang lain mula kembali ke rumah masing-masing. Ada yang balik ke kebun dan sawah menyambung kerja mereka. Sebenarnya memang jarang bagi kampung ini untuk menerima pengunjung lagipun kampung ini agak terpencil daripada dunia luar. Jadi kedatangan mereka berempat amatlah dihargai oleh mereka.

Seorang perempuan tua keluar daripada rumah. Dia terus bersalam dan berpelukan dengan Ain dan Atiqah.

"Ini isteri saya. Nama dia Sarisa. Kamu semua boleh panggil dia Mak Sarisa." Pak Kamcheng memeluk pinggang Mak Sarisa. Sengaja bajet sweet depan orang muda.

"Ish abang janganlah. Malulah". Mak Sarisa melepaskan pelukan suaminya. "Kau berempat dah makan ke. Makcik dah masak banyak makanan ini. Kita makan di anjung. Sejuk sedikit."

"Saya mana-mana saja makcik. Rumah saya ikut sahaja", ujar Aziz jujur. Afieq, Ain dan Atiqah turut menggangguk.

"Baguslah kalau macam tu. Abang, dah beritahu ke peraturan untuk pengunjung ke sini". Mak Sarisa melihat wajah suaminya.

"Oooh baru teringat. Barang teknologi kalau dapat biar pakcik yang simpankan. Sebab kami ini orang kampung. Lebih suka kesederhanaan. Hidup bermasyarakat". Pak Kamcheng menerangkan dengan teliti. Mereka berempat faham. Mengeluarkan telefon pintar masing-masing dan diberikan kepada Pak Kamcheng. "Jangan risau. Pakcik tak hilangkan".

"Jomlah naik. Bawa sekali pisang kamu tu". Mak Sarisa tersenyum, menahan daripada ketawa.

MEMORIWhere stories live. Discover now