Part 9 : GoodBye EXO

1K 95 21
                                    

Bella, Miera dan Syeira terpacak di hadapan pintu pagar rumah Qhisya petang esoknya. Diorang berempat dah janji dengan Qhisya nak pergi KLIA, nak ucap selamat tinggal pada EXO.

"Qhisya, palliwa..!" Bella berkata sambil matanya tak lepas dari memandang skrin telefonnya.

"Chakkaman," Qhisya berlari ke biliknya yang di tingkat dua. Beg silang berwarna coklat yang tergantung di kerusi belajar dia capai lalu dia segera turun ke bawah.

"Okay jom!" Kata Qhisya. Selepas meminta diri dan bersalaman dengan Puan Sazrina, diorang berempat berangkat ke KLIA menaiki kereta Bella.

"Flight diorang pukul berapa eh?" Tanya Bella.

"Tak silap aku pukul 11 malam," kata Syeira. Kakak sedara Syeira & Miera bekerja di KLIA. Jadi, diorang meminta Kakak sedara Syeira Miera memberitahu diorang tentang jadual penerbangan dari KLIA ke Korea.

Qhisya yang duduk di belakang bersama Miera hanya mendengar perbualan kawan kawannya. Dia memang dah tahu masa penerbangan flight EXO. Itu pun Kai yang bagitahu kejap tadi.

"Awal lagi lah weh. Now em kita nak buat apa?" kata Miera.

"Tu lah. Weh jom lepak mcdonalds jap. Aku lapar lah." Ajak Syeira.

"Haaa aku setuju. Aku pun tak lunch lagi ni. Kajja kita pergi mcdonald," balas Bella dengan senyuman. Miera dan Qhisya hanya mengikut.

×××××

Semua ahli exo sekarang berada di tempat menunggu balai pelepasan antarabangsa. Para exo-ls sudah pun memenuhi KLIA seawal jam 7 petang. ((betul ke? If salah, mianhae)) Ahli exo berbual sesama mereka sementara menunggu pesawat mereka.

"Kai-ah. Yeoja yang kau bawa semalam tu apa nama dia? Lupa pula hyung." D.O tiba tiba bersuara memecahkan kesepian. Terkejut Kai bila D.O tanya pasal Qhisya.

"Nama dia Qhisya. Kenapa?" Kai memandang muka D.O yang tak beriak tu.

"Agak-agak dia ada kat airport ni tak?" Tanya D.O lagi.

"Manalah Kai tahu.. ey hyung tanya pasal dia kenapa? Berkenan ke?" Tanya Kai cemburu.

Pertanyaan Kai dibalas dengan senyuman tipis D.O. naik seram pulak Kai tengok senyuman D.O tu.

'Dah kenapa Kyungsoo hyung ni? Jangan lah dia suka Qhisya. Andwae! Qhisya naekoya!' Monolog kai dalam hati.

Kai membuang pandang ke arah EXO-L yang berkerumun berhampiran dengan tempat diorang. Sempat Kai menghadiahkan senyuman sexynya pada fans tercintanya. Tengah dia syok senyum, matanya terpandangkan seseorang.

"Qhisya..." nama tu meniti di bibir Kai.

"Huh? Kau cakap apa, Kai?" Tanya Sehun. Suasana yang bising membuatkan Sehun tak dapat tangkap apa yang dikata Kai.

"Oh? Ani... aku nampak Qhisya." Kai berbisik pada Sehun.

"Mana?"

"Tu ha dekat belakang sorang fans pakai dress kuning." Bisik Kai lagi.

Sehun mengangguk. Sempat Sehun mengerling ke arah yang dikatakan Kai. Yup, memang ada Qhisya kat situ. Serta merta Sehun mengukir senyum bila mata Qhisya terarah ke arahnya.

×××××

"Kyaaaaa Sehun senyum! Ommo oppa jinja kyeowo!"

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now