27 : The Lucky Fans

900 88 36
                                    

× Dua tahun kemudian

Dah dua tahun berlalu. Selama dua tahun ni macam macam benda dah berlaku. Identiti aku sebagai girlfriend Kai pun dah terdedah. Mulanya memang teruk aku kena dengan sasaeng fans dia. Sampai kat kolej pun ada yang cuba nak serang aku. Nasib baiklah Kwang Jin oppa dengan Eunmi ada. Berita tentang aku dengan Kai mula mula je kecoh dan ramai fans memberontak, lama lama berita tu dibiarkan sepi. Tak ramai fans yang bercakap pasal tu dah. Aku bersyukur sebab masih ada segelintir EXO-L yang sokong aku dengan Kai.

--------

Aku jalan beriringan dengan Kai. Sekarang ni musim bunga. Memang cantik sangat pemandangan di kota Seoul ni. Aku tak henti henti snap gambar. Kai lah yang jadi photographer aku XD banyak juga gambar aku dengan Kai yang berlatar belakangkan pokok bunga. Kitorang berdua harini date dekat Cheonggyecheon lagi. Cheonggyecheon macam dah jadi tempat yang wajib kitorang pergi kalau kitorang keluar. Aku suka jalan kat sini sebab tak sesak dengan fans sangat.

Aku berjalan di tepi sungai Cheonggyecheon sambil ketawa perlahan. Kai yang risau tengok aku dekat dengan sungai terus tarik aku ke arah dia.

"Wae..?" Aku pout.

"Jangan main kat hujung hujung tu lah. Bahaya. Kalau jatuh macam mana?" Bebel Kai.

"Alaa biarlah," jawab aku perlahan.

"Aigoo macam budak budak lah. Jom kita pergi kat depan tu. Oppa nak buat hajat kejap." Kai menarik tangan aku dan aku hanya mengikut langkah Kai.

Kitorang pergi dekat tempat buat hajat tuu. Kai sempat pandang aku sekejap sebelum baling duit syiling ke dalam gelung bulat(?) Tu. Dengan sekali cuba, duit syiling tu masuk. Kai tersenyum lebar kemudian dia menutup mata dan mula membuat hajat. Aku hanya tersenyum tengok Kai.

"Qhisya tak nak buat hajat ke?" Tanya Kai.

"Kitorang tak boleh percaya benda macam ni. Tapi kalau untuk suka suka boleh lah." Ujar aku.

"Ouhh. So, nak buat tak?" Kai pandang aku lama.

"Boleh jugak." Kai letak syiling kat tapak tangan aku. Aku baling syiling tu ke dalam gelung bulat tu. Sama macam Kai, dengan sekali cuba je aku dah berjaya. Aku pejam mata sekejap.

'I wish i'll be his only one lucky fans'

"Dah?" Tanya Kai.

Aku hanya mengangguk dengan senyuman. Kai tarik tangan aku, kitorang jalan beriringan di sepanjang Cheonggyecheon stream. Ada juga beberapa orang memandang kitorang sambil memegang handphone. Mungkin ambil gambar atau video. Aku dan Kai mempamer senyuman pada diorang. Biarlah diorang tu, selagi diorang tak buat bukan bukan pada aku apa salahnya aku buat baik dengan diorang? Lagipun aku masih bersama dengan diorang dalam fandom exo-l :)))

------

Aku tersenyum riang bila sampai kat Yoido Park. Memang kat sini penuh dengan pokok cherry blossom je. Cantik sangat pemandangan kat sini. Aku dengan Kai jalan beriringan sambil berpegangan tangan kat taman ni sambil tengok bunga sakura.

"Qhisya.." Panggil Kai.

Aku memandang Kai sekilas. "Hmm?"

"Kita kahwin nak?" Ujar Kai membuatkan aku berhenti berjalan.

"Mwo?" Tanya aku sambil pandang muka kai.

"I wanna marry you. I want take you as my wife." Ujar Kai.

"But oppa.. you're an idol." Ucap aku perlahan.

Kai pegang kedua belah bahu aku, menyuruh aku memandang mukanya.

"So what? I'm human too. I deserve to married with someone i love. and it's you, Qhalisya Sofea Kwon." Tutur Kai lembut. Aku nampak keikhlasan dari mata dia.

"So.. will you marry me?"

"Eung.. Joha!" Aku mengangguk dan mengukir senyum lebar. Kai memandang aku tak percaya, kemudian dia memeluk aku kejap.

"Gomawo Qhisya. Nan neomu neomu saranghae!" Ucap Kai.

"Nado..." aku masih lagi tersenyum. Betul ke, aku akan kahwin dengan Kai? Idol aku sendiri? :')))

-----

Aku duduk di birai katil sambil main handphone. Ramai betul yang ucap tahniah atas majlis perkahwinan aku dengan Kai. Walaupun ada beberapa fans yang masih tak puas hati dan serang aku kat Instagram, tapi semua tu tak bagi efek apa apa kat aku. Biarlah, hati manusia, mulut manusia. Asalkan hidup aku bahagia sudah lah.

"Sayang...!!" Kai menghampiri aku lalu dengan selambanya dia baring berlapikkan peha aku. Kai tenung muka aku lama. Aku pula yang blushing.

"Thanks sayang sebab hadir dalam hidup oppa, thanks sebab bahagiakan hari hari oppa dengan kedatangan sayang, and thanks sebab sudi kahwin dengan oppa." Ucap Kai.

"Sama sama kasih," balas aku tergelak perlahan.

"Oppa sayang Qhisya sangat sangat. Sejak dari kecil sampai sekarang dan oppa berdoa yang kasih sayang oppa pada Qhisya ni kekal sampai ke akhir hayat oppa. Oppa tak tahu nak gambar dengan kata kata macam mana sayangnya oppa pada Qhisya," Kai tersengih.

"Aigooo. Uri nampyeon boleh tak jangan sweet sangat?" Aku ketawa menutupi perasaan terharu. Pipi aku dah mula merona.

"Eyy oppa cakap betul lah." Kai senyum nakal.

"Yelah oppa." Aku jawab acuh tak acuh. Muka aku dah membahang ni. Blushing weh!

"Saranghae, my lucky fans.." Kai bangun dari perbaringan. Dia mendekatkan mukanya dengan muka aku. Terasa lembut bibirnya menyentuh kulit aku. Kai mengucup dahi aku lama sebelum mengucup kedua belah pipi aku dan kucupannya jatuh ke bibir aku.

"Thanks for choose me as your lucky fans, Aiyi Oppa." Aku memeluk Kai lama.

Terima kasih Allah kerana telah berikan aku segala galanya. 💕

Pssst. Nak tahu tak nama Islam Kai? 😹 -Khairil Adam Kim-

#THE END#

Yeayyy akhirnya tamat jugak fanfic ni. harap korang berpuas hati dengan jalan cerita "The Lucky Fans" ni. Thanks my beloved readers, my beloved voters and also silent readers. Its okay lah taknak vote taknak comment author redha :')) korang sudi baca karya author pun dah cukup.

Oh wait. Jangan buang lagi fanfic ni dari library korang 😂 speacial chapter nanti menyusul. Tunggu kayy 😘


Lot of Loves;
-Pandacoupss_

Author dapat idea nak buat fanfic "The Lucky Fans" ni dari tweet ini dan juga dari fanfic "In Relationship with Tao of EXO" 😘🎉💕

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Author dapat idea nak buat fanfic "The Lucky Fans" ni dari tweet ini dan juga dari fanfic "In Relationship with Tao of EXO" 😘🎉💕

The Lucky Fans ➽ K.J.I ✔Where stories live. Discover now