Solat Asar

139 15 0
                                    

Jagalah solat Asar.

حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ
Peliharalah solat-solat kalian, dan (peliharalah) solat wustho. Berdirilah untuk Allah (di dalam solat) dengan khusyu'." [Al-Baqarah : 238]

Al-Imam Ibnu Kathir menyatakan bahawa majoriti ulama menyatakan bahawa solat Wustho merujuk kepada solat Asar.

عَنِ ابْنِ عُمَرَ، أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم قَالَ " الَّذِي تَفُوتُهُ صَلاَةُ الْعَصْرِ كَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلَهُ وَمَالَهُ " .
Daripada Ibnu 'Umar radiallahu 'anhu, Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda: Orang yang solat Asar luput daripadanya; seolah-olah dia telah kehilangan keluarga dan hartanya. [Sahih Muslim, Kitab al-Masajid wa Mawadhi' as-Solat: hadis no: 626]

عَنْ أَبِي الْمَلِيحِ، قَالَ كُنَّا مَعَ بُرَيْدَةَ فِي غَزْوَةٍ فِي يَوْمٍ ذِي غَيْمٍ فَقَالَ بَكِّرُوا بِصَلاَةِ الْعَصْرِ فَإِنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم قَالَ
Daripada Abu al-Mulaih, beliau berkata: Kami bersama Buraidah dalam peperangan pada hari yang mendung. Lalu beliau berkata: Segeralah mendirikan solat Asar. Sesungguhnya Nabi sallallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

" مَنْ تَرَكَ صَلاَةَ الْعَصْرِ فَقَدْ حَبِطَ عَمَلُهُ ".
Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, telah hilanglah amalnya. [Sahih al-Bukhari, Kitab Mawaqit as-Solat, hadis no: 553]

Apakah maksud 'Peliharalah solat-solat'? Maksudnya ialah solat pada waktunya, dan menjaga hukum-hakamnya.

Wallahua'lam.

| www.fb.com/AlkahfiServices | www.alkahfi.com.my |

❤ NOTA NINJA ❤Where stories live. Discover now