Part I

28.9K 386 24
                                    

"Sayang... tak naklah macam ni. Merajuk dengan abang pulak. Sini dekat abang meh.."

"Tak nak! Tak payah pujuk. Tak mintak dipujuk pun!"

Karl garu kepala. Adeh! Ini yang payah ni. Wafa bila dah datang mood tarik muka, memang jenuhlah dia nak pujuk. Kalau tak kena gaya, jangan harap isteri kesayangannya itu nak terpujuk.

Wafa yang jalan menonong ke arah ruang tamu, Karl ikut dari belakang. Tepat di depan sofa panjang, isterinya itu berhenti.

"Yang abang ikut Wafa ni buat apa? Pergilah layan Maryam tu. Kan Maryam dah jadi perempuan yang paling abang sayang." Wafa silangkan tangan ke dada. Berpeluk tubuh. Sempat lagi Karl yang berdiri di sisinya, dia jeling geram. Eee, sakit hatinya tau tak!

Semenjak Maryam lahir, Wafa rasa Karl semakin kurang beri perhatian pada dia. Lelaki itu lebih utamakan Maryam dan Khaleef saja. Nak pergi kerja, balik kerja, semuanya peluk cium anak-anak mereka dulu. Lastnya, baru nak cium dia. Tapi, bila time nak tidur, tahu pula cari dia dulu. Hurm, dia sentap!

Aduh! Karl tak tahu nak cakap bagaimana lagi dengan Wafa. Sikap cemburu Wafa terhadap anak mereka makin menjadi-jadi. Dengan anak perempuan mereka pun isterinya itu nak terasa hati. Itu anak kita, sayang oii...

"Sayang..." Lengan Wafa, Karl cuba pegang dan tarik. "Pandang abang. Look at my face, Wafa..."

Wafa tak mahu pandang.

"Wafa sayang..." Karl pusingkan tubuh Wafa yang sedang membelakangkan dia. Kedua-dua tangannya di bahu isterinya sebelum sebelah tangannya menjalar ke belakang tubuh langsing itu.

Wafa menelan air liur. Sentuhan Karl itu mula buat dia rasa lain. Setiap sentuhan lelaki itu pada tubuhnya umpama ada magis!

Karl tersenyum senget. Melihat bahasa tubuh isterinya itu, dia tahu Wafa mula rasa tergoda. Emmm, sayang abang ni...

"Abang tahu Wafa rindukan abang. Wafa merajuk, cemburu dengan Maryam ni sebab sayang tak boleh manja-manja dengan abang, kan? Tempoh pantang tak habis lagi. Sebab tu sayang frust, kan?" Perlahan Karl bersuara. Berbisik dan menggoda dalam diam.

"Hurm, abang dah tak sayangkan Wafa. Wafa dah jadi nombor tiga dalam hati abang. Nombor dua, Leef. And, yang pastinya Maryam nombor satu!"

Karl tergelak mendengar kata-kata Wafa itu. Hailah, puan sengal dia ni...

Bibir Wafa yang memuncung itu, Karl renung sayang. Tak menunggu lama, bibir merah itu sudah berada di bibirnya. Emmmm, dia juga rindu. Sangat rindu...

Wafa membalas rasa cinta Karl itu. Dan, entah bagaimana dia yang tadinya sedang berdiri, kini sudah terbaring di atas sofa panjang. Dan, Karl masih setia mencium bibirnya bertalu-talu.

"Abang rindu. Sangat rindukan Wafa. Emmmm..." Bahu Wafa pula Karl cium. "Emmmmm, your smell, sayang. Just like heaven. Macam selalu."

Wafa tersenyum mendengar ayat lelaki itu. Baru saja dia nak buka mulut, tiba-tiba...

"Ya Allah! Karl Elliyas, Wafa Adlina!"

Terasa bergegar sekejap rumah itu dengan suara jeritan Mak Jemah. Kelam-kabut Karl dan Wafa bangun sambil membetulkan pakaian. Muka, mereka sengihkan.

"Kau orang berdua ni, kan... payah tau! Payah sangat! Pantang ditinggalkan berdua, ada aje projek mesra alam yang kau orang buat. Eee, mak rasa nak ketuk aje kepala kau orang sorang-sorang tau tak!"

Karl garu kepala, Wafa garu pipi. Masing-masing buat muka konon tak bersalah. Selalu sangat dah Mak Jemah tangkap dia orang dalam keadaan macam ini. Telinga dia orang pun dah naik kebal dengan bebelan Mak Jemah.

"Err, kami mana ada buat apa-apa, mak. Just... gitu-gitu aje." Karl cuba membela diri.

Wafa dah kunci mulut. Bila Mak Jemah dah mengamuk, lebih baik dia diam. Dah memang salah dia orang kan. Lakinya lainlah. Ada saja modal nak balas cakap maknya.

"Banyaklah kamu punya gitu-gitu! Bila mak tegur, mulalah masing-masing terkebil-kebil biji mata tu. Haih, hangin be..." Kata-kata Mak Jemah terhenti. Hujung baju kurungnya terasa ditarik-tarik. Dia menunduk. Jelas muka cucunya, Khaleef dipandang. "Hah, kenapa, Leef?"

"Nek Mah, mommy dengan daddy buat apa tadi tu? Kenapa daddy nak tindih mommy macam tu?" tanya Khaleef dengan muka sucinya.

Mendengar soalan cucunya itu, terketap terus bibir Mak Jemah. Mukanya merah membahang. Dia bercekak pinggang memandang anak menantunya. Elok saja selamba tayang gigi dua laki bini itu.

"Hah, kau orang tengok! Tengok apa yang kau orang dah buat?! Tak pasal-pasal Leef ni tanya soalan macam tu. Itu pasallah mak suruh kau orang behave. Ini tak, depan anak pun main bedal aje. Tak pasal-pasal mata budak bawah umur ni dah ternoda tau!" Mak Jemah berhenti bercakap sekejap. Cuba mencuri nafas. Haih, naik mengah dia dibuatnya dengan feel dua orang manusia ini!

"Kamu, Karl. Jangan ingat mak tak tahu. Wafa tu belum cukup 100 hari lagi berpantang ya. Selagi jarum jam tak sampai pukul 12 tengah malam ni, jangan mengada-ada nak jadi kucing jantan miang ya. Faham?!" sambung Mak Jemah lagi. Mencerlung tajam matanya. Entah macam manalah laki bini dua orang ini dekat rumah. Entah berpantang jimak ke tidak. Tapi, beranilah Karl dengan Wafa nak menipu dia. Memang dia suruh junjung Al-Quran nanti. Main-mainlah dengan Mak Jemah dia orang ni. Heh!

Karl menggangguk laju. "Okey, mak. Noted. Nanti lepas pukul 12 tengah malam, Karl jadi kucing miang balik ya."

Nak tercekik Wafa rasa bila dengar ayat Karl itu. Haih, sempat lagi lakinya itu cakap begitu dengan maknya. Memang sengaja cari nahas betul!

Terjegil terus mata Mak Jemah. Eee, menantu dia ini memang tak makan saman langsung! Boleh lagi buat kenyit-kenyit mata macam itu. Ada juga yang kena lilit dengan kain bengkung macam mumia ni karang!

"Heh! Dahlah, malas mak nak cakap dengan kau orang ni. Kalau dah sengal tu, sengal jugak. Dah, Leef. Jom ikut Nek Mah. Kita tengok Maryam lagi bagus. Kalau tengok mommy dengan daddy kau tu, rabun pulak mata tu karang. Jom, jom."

Karl tengok kelibat Mak Jemah dan anaknya dah hilang dari situ. Dia menoleh ke arah Wafa di sebelah. Bibir bawahnya digigit.

"Line dah clear balik, sayang..."

Wafa buat dek. Kata-kata suaminya itu dia pura-pura tak dengar. Dia berlalu nak ke dapur.

"Eh, sayang nak pergi mana tu? Scene manja-manja kita tadi tu tak habis lagilah."

"Abang lupa ke apa yang Mak Jemah kita cakap tadi? Selagi belum pukul 12.00 tengah malam ni, tak boleh miang-miang. Dahlah, Wafa tak nak dekat dengan abang. Bahaya!"

Karl terkedu. Main blah macam itu saja bininya? Hurm, sampai hati, sayang!

Tapi,rasa kecewa itu sekejap saja. Karl mula pamer senyum nakal. Emmmmm, sayang tunggulah malam ni! 

Go to Part II ;-)

SUAMI PAKSA RELA - #KarlWhere stories live. Discover now