Part III

22.4K 476 84
                                    

"Itulah... Orang lain, malam-malam tidur. Kau orang? Hmmm, malas mak nak komen."

Karl mencebik, merajuk dengan kata-kata Mak Jemah. Salah ke dia nak manja-manja dengan isteri sendiri? Lama dah dia orang berpantang. Hurm...

"Okey tak ni, abang? Pening lagi tak kepala ni?" tanya Wafa. Jarinya sedari tadi memicit kepala Karl.

Gara-gara kejadian ternampak encik/puan Han tengah malam tadi di luar tingkap, demam terus Karl jadinya. Bak kata Mak Jemah, demam terkejutlah ni.

"Tak pening dah. Tapi, abang nak sayang..." adu Karl. Merengek saja bunyinya.

"Wafa ada ni kan, abang." Wafa letak pula tuala basah di dahi suaminya itu. Lelaki kesayangannya ini kalau demam, mengada-adanya memang mengalahkan Khaleef. Nak mengendeng dengan dia saja kerjanya. Tak mahu lepas langsung.

Mak Jemah buat muka bengkek memandang Karl yang berbaring dengan kepala di atas peha anaknya. Dalam itu, simpati juga dia dengan menantunya. Yalah, sampai pengsan menantunya nampak hantu putih malam tadi. Tak pasal-pasal kelam-kabut Wafa menjerit memanggil namanya di pagi-pagi buta.

"Dahlah. Rehat elok-elok. Mak dah masakkan bubur untuk kamu. Lepas makan bubur, makan ubat. Faham?"

Karl mengangguk perlahan. Dia bersuara sendu. "Yalah."

"Mak nak keluar dulu. Nak tengok Khaleef dengan Maryam."

Wafa dan Karl menghantar Mak Jemah dengan pandangan. Elok saja kelibat Mak Jemah hilang, Karl terus menggenggam tangan Wafa.

"Rosak pelan kita nak celebrate malam tadi. Sorry, sayang," ucap Karl. Kecewa saja bunyinya.

Wafa tergelak. Pasal 'itu' saja yang suaminya itu fikir ya.

"I missed you, sayang..." rengek Karl lagi.

"Ya, Wafa tahu. Kalau rindu, cepat-cepatlah sihat. Bila dah sihat, barulah boleh manja-manja."

"Alah, time tak sihat ni pun boleh manja-manja apa. Emmmm, sini, sayang. I need your lips."

Wafa menunduk. Bibir mereka bertaut. Tapi, tak lama bila deheman kedengaran di muka pintu bilik mereka.

"Ehem! Karl, sakit tu buat cara sakit ya. Dan, kamu Wafa. Jangan nak bagi 'ubat' lebih-lebih. Teroverdose karang, lain jadinya," pesan Mak Jemah. Tegas seperti selalu.

Karl dan Wafa menyengih. Haih, tak boleh langsung dia orang nak bermanja-manja nampaknya. Sebab, Mak Jemah ada di mana-mana. Adeh!

Mak Jemah hilang di muka pintu. Dan, mereka kembali saling merenung.

"Wafa tahu dan faham apa yang abang rasa. Tapi, sekarang ni Wafa nak abang sihat dulu. Bila dah sihat, Wafa janji Wafa akan pakai roti kirai yang abang beli tu. For you, abang. Muaaahhhhh!" Satu ciuman hangat dia hadiahkan di dahi Karl.

"Emmmm, can't wait, sayang. Rasa macam dah nak sihat bila sayang cakap macam tu."

Wafa julingkan mata ke atas. Dan-dan terus suaminya itu rasa nak sihat bila dia cakap macam itu, kan. Suaminya itu memang over!

"Mengadalah haih, abang. Dah, Wafa nak tengok Maryam dengan Leef. Dari malam tadi dengan Nek Mah dia orang aje. Dah macam anak kurang kasih sayang. Mana taknya. Dah semua kasih sayang mommy dia ni tercurah dekat daddy dia orang ni aje." Wafa alihkan kepala Karl ke atas bantal. Dia turun dari katil. Berdiri sambil meluruskan pinggang yang terasa lenguh sekejap.

Karl buat muka kerek.

"Eleh, cakap orang. Bila abang curahkan kasih sayang kat anak-anak, sayang pun bukan main jealous lagi eh. Sila sedar diri sikit ya, sayang."

Waga jelirkan lidah. Baru dia nak pusingkan badan, tangannya terasa dipegang. Dia pandang belakang semula. Muka Karl yang menggoda itu dia tatap sayang.

"Lepaslah, abang..." ucapnya, manja.

"Ingat selalu tau. Abang sayang Wafa. One night will never... ever be enough!"

Wafa tahan senyuman daripada melebar. "Ya, Wafa ingat, abang."

"Okay, good. Abang lepaskan tangan Wafa. Tolong peluk cium Leef and Maryam untuk abang. Cakap daddy rindu dia orang."

"Ya, encik sengal sayang!" balas Wafa dan terus keluar bilik.

Dia menuju ke ruang tamu. Anak-anaknya dan Mak Jemah ada di situ. Maryam bila nampak dia, terus senyum dan depangkan tangan. Minta dukunglah tu. Alahai, cucu Mak Jemah ni...

"Maryam, meh dekat mommy." Anaknya itu dia ambil dari tangan Mak Jemah. Pipi Maryam, dia cium-cium. Geram!

Kemudian, dia memandang Mak Jemah. "Emmm, mak..."

"Hah, apanya?" Mak Jemah mendongak. Mencari wajah anaknya.

Wafa teragak-agak nak tanya. Tapi, dia dapat rasakan tekaannya betul.

"Apa benda yang kamu nak tanya, Wafa?"

"Errr, sebenarnya... malam tadi yang Karl nampak tu, mak punya kerja, kan?" soal Wafa dengan kening sebelah terangkat.

"Ish! Tak ada masalah haih mak nak menyamar jadi hantu bagai tu."

"Alah, tipu. Wafa tahu itu mak."

"Haih, suka hati kamulah, Wafa. Tak nak percaya sudah."

Wafa terdiam. Seram pula dia rasa tiba-tiba. Hmmmm, kalau bukan Mak Jemah dia yang jadi hantu, takkan yang lakinya nampak malam tadi tu hantu betul-betul?

Mak Jemah yang dah duduk di sebelah Khaleef yang sibuk main kereta itu, mengerling wajah Wafa yang mula cuak. Dia cuba menahan gelak.

Hahaha! Rasa nak terlepas gelak menggelegaknya bila mengingat semula kejadian malam tadi. Ya, memang dia yang menyamar jadi hantu. Dia keluar ikut pintu dapur. Pakai telekung, tutup muka dan berdiri tegak di tingkap bilik anaknya. Elok saja menantunya itu selak langsir, apa lagi, nampaklah mukanya yang dah serupa macam pocong.

Memang! Memang dia sengaja kenakan menantunya itu. Amboi, bukan main lagi nak pelan sambut hari habis pantang! Sekarang, padan muka. Kan dah kena. Kepala menantunya itu asyik fikir nak 'bersama' saja. Memanglah keinginan itu elok untuk suami isteri. Tapi, agak-agaklah Karl oii!

Hati Mak Jemah terasa puas. Sangat puas kerana berjaya mengenakan menantunya itu. Haih, nasib kamulah dapat mak mertua macam aku ni, Karl oii! Tapi, apa-apa pun mak tetap sayang kamu, Karl. Sayang sangat-sangat menantu mak ni. Ai lap youlah, Karl Elliyas oii!

Nota Kaki ;

Berjuta-juta lemon terima kasih untuk semua yang dah beli, baca, terhibur, sokong novel Suami Paksa Rela. Special Entry ini khas untuk anda-anda yang rindukan Karl, Wafa dan... of course Mak Jemah. Shazie harap entry yang tak seberapa ini mengubat rindu anda.

Shazie mohon maaf untuk yang terlebih dan terkurang. Terima kasih semua! Muaahhahaha

Jemput baca dan komen ya. Tata...!😘

SUAMI PAKSA RELA - #KarlWhere stories live. Discover now