Part II

18.5K 245 9
                                    

"Alah, pleaselah, mak. Malam ni aje. Karl janji, esok pagi-pagi sebelum subuh, Karl ketuk pintu bilik mak nak ambik Maryam. Ya?" Karl memujuk Mak Jemah lagi. Mak mertua kesayangannya ini sajalah harapannya.

"Kamu ni kan, Karl. Eee, sabar ajelah mak dengan kamu tau. Kamu ingat mak tak tahu ke kenapa kamu nak hantar Maryam tidur dengan mak? Otak kamu tu, mak dah boleh bacalah!"

"Sebab tulah Karl sayang mak. Faham aje apa yang Karl nak. So, kira bolehlah kan Maryam tidur dengan mak ni?" Karl membuat kepastian dengan mata terkerdip-kerdip.

Tergeleng-geleng kepala Mak Jemah. Ya Allah, sabar sajalah dia dengan perangai menantunya ini. Tak menyempat-nyempat. Bagilah anaknya itu rehat setahun dua dulu. Karang tak pasal-pasal, tahun depan bercucu lagi dia.

"Kamu ni memang suka ya tiap tahun mak pakaikan bengkung? Dah jadi rutin kamu nak berbengkung tiap tahun ya. Apa, tahun depan kamu pelan nak berbengkung 100 hari lagi ke?"

Karl mula tayangkan gigi. "Kalau dah itu rezeki buat kami, Karl terima aje. Alah, mak pun suka ada cucu ramai kan."

"Memanglah suka. Tapi, yang kesiannya Wafa tu. Dia penat-penat mengandung, beranak. Kamu bukannya rasa," balas Mak Jemah. Siap dikerling menantunya itu.

"Mak janganlah risau. Karl akan sentiasa ada untuk Wafa. Berkongsi rasa senang dan susah sama-sama. Karl sayang gila-gila dekat Wafa tu, mak."

Mak Jemah diam. Ya, dia tahu. Dia nampak dengan matanya betapa menantunya itu sayangkan Wafa. Cuma satu sajalah yang dia geram. Kalau datang mood sengal dua orang itu, dekat mana-mana pun boleh bermanja sakan. Ikut dan saja. Nasib baiklah dia ni mak yang sporting tau. Heh!

"Jadi, macam mana, mak? Boleh tak ni?" tanya Karl lagi.

"Hmmm, yalah. Hantarlah Maryam ke bilik mak. Tapi, satu benda aje mak nak pesan."

"Apa dia, mak?" soal Karl tak sabar. 10 pesanan pun boleh, mak!

"Jangan nak bermeeowww kuat sangat ya. Kawal sikit suara tu. Ingat, yang mak pun tinggal dalam rumah ni jugak. Bukan kau orang berdua aje."

Tergelak terus Karl mendengar pesanan Mak Jemah. "Hahaha, baiklah Mak Jemah Karl yang tersayang! Kejap ya. Karl ambik Maryam."

Karl yang dah rasa seperti nak berjoget sakan itu terus berdesup menuju ke bilik. Di dalam bilik, dia lihat anak perempuannya dah tertidur di atas katil. Bersebelahan dengan isterinya yang juga sudah terlelap. Emmmm, tunggu kejap lagi ya, sayang abang...

Perlahan-lahan dia mengangkat Maryam yang berusia tiga bulan sepuluh hari itu. Dia gesel-geselkan hidung pada pipi gebu anaknya sekejap. Emmm, muka sebijik macam mommy dia. Comel!

"Abang nak bawak Maryam pergi mana tu?" tanya Wafa yang tiba-tiba terjaga. Terbangun terus dia bila melihat Karl yang mahu keluar membawa Maryam.

"Nak hantar Maryam kat bilik mak kejap. Sayang tunggu kejap ya."

Tak sempat Wafa nak tanya kenapa, suaminya dah keluar dari bilik. Pelik pula dia. Tiba-tiba saja Karl hantar Maryam tidur dengan maknya. Kalau Khaleef itu, dia tak kisah. Memang setiap kali balik kampung anak lelakinya itu akan tidur dengan Mak Jemah. Cucu kesayanganlah katakan.

Tak sampai lima minit, Karl muncul semula di dalam bilik. Suaminya itu menutup dan mengunci pintu. Kemudian, dia lihat lelaki itu bersandar ke pintu sambil mata merenung tajam ke arahnya. Err, dah kenapa suaminya ni?

"Sayang..." Meleret suara Karl memanggil Wafa.

"Err, abang nak apa ni?"

"Cuba sayang tengok jam tu. Jom countdown sama-sama."

Kening Wafa berkerut. "Nak countdown apa benda pulak ni, abang?"

Karl mendekati Wafa. Tangan Wafa dipegang dan ditarik perlahan. Menyuruh isterinya itu bangun. Pipi Wafa ditekup dengan kedua belah tangannya. Matanya mengecil merenung Wafa.

"I love you. So much, sayang..."

Wafa mula mengatur nafas. Hatinya dah tak tentu arah. Tangannya melekap ke dada sasa lelaki itu. Suara husky Karl buat hatinya cair. Sama seperti selalu.

"Abang tak jawab lagi soalan Wafa. Kita nak countdown apa ni?" ucapnya perlahan, berbisik. Matanya membalas renungan suaminya.

"Empat saat lagi. Three... two... one! Emmm, we're officially on the 101st day now, baby. No more pantang, sayang. No more..." Serentak itu, Karl terus mencium Wafa. Penuh dengan rasa cinta, penuh dengan perasaan.

Wafa balas ciuman itu. Hari ini juga hari yang ditunggu olehnya. Tak ada lagi pantang. Dia dah bebas! Bebas nak manja-manja dengan suaminya yang sengal ni. Yahuu!

Tautan bibir mereka terlerai. Masing-masing cuba membetulkan nafas. Hanya mata yang berbicara sendiri.

"Sayang tunggu kejap. Abang ada benda nak bagi kat sayang." Karl berpusing dan melangkah mencari beg pakaian. Dia mencari sesuatu di dalam beg itu.

"Abang cari apa?"

"Hadiah untuk sayang. Sempena hari penuh bermakna ni." Karl sempat toleh belakang sekejap. Muka nakalnya dah keluar.

Wafa kecilkan mata. Tertanya-tanya.

Karl bangun dan berdiri di depan Wafa. Tangannya sedang menyorokkan sesuatu di belakang badannya. Dan...

"Taraa!"

Nak tersembul keluar biji mata Wafa dibuatnya. Oh, my! Like seriously lakinya ni?

"Cantik tak roti kirai ni? Emmmmm... can't wait to see you in this lace, sayang. Macam biasa, abang pilih yang paling nipis dan rare. Come." Karl tarik pinggang Wafa. Dan, dalam sekelip mata isterinya itu terus melekat ke dadanya.

"100 hari, sayang. I missed you. One night will never be enough... " sambung Karl.

Wafa biarkan saja bila Karl memulakan langkah. Sebab dia tahu, rasa dan keinginan mereka sama. 100 hari tak manja-manja macam ni, lama kut!

Dalam baru mereka nak hanyut, tiba-tiba ada satu bunyi dari arah luar tingkap.

Tuk! Tuk! Tuk!

Wafa rasa terganggu. Karl, dia pandang. "Abang dengar tak bunyi tu?"

"Kucing tu. Abaikan ajelah, sayang." Karl membalas selamba. Leher Wafa dia kucup mesra. Benda lain dia tak mahu fikir dah. Dia hanya nak manja-manja dengan isterinya saja sekarang ini!

Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!

Bunyi ketukan itu ada lagi. Kali ini, makin laju dan makin kuat. Karl dan Wafa serentak memandang ke arah tingkap.

"Abang, bunyi apa tu?" Wafa dah mula cuak. Lengan Karl, dia pegang erat. Haih, siapa pula mengetuk tingkap biliknya ni? Dah tengah malam kut.

"Pergilah abang cek." Dia tolak badan Karl ke arah tingkap yang terlindung di sebalik langsir tebal itu.

Karl menelan air liur. Haih, dia pun cuak juga sebenarnya. Sebab dah tengah malam ni. Tapi, takkan dia nak tunjuk rasa takutnya depan isteri kesayangannya pulak, kan. Hilang macho, hoii!

Wafa membetulkan t-shirtnya yang terlondeh di bahu. Karl punya kerjalah tadi ni. Bahu Karl yang berdiri di depannya, dia pegang. Cuba menjadikan badan suaminya sebagai perisai.

"Kalau tak cek, tak boleh ke, sayang? Bukan orang tua-tua dulu kata, kalau dengar bunyi tengah-tengah malam, jangan ditegur. Bahaya." Saja Karl beralasan. Padahal dalam hati, takut!

"Habis tu, kalau tu bunyi pencuri nak masuk rumah macam mana? Alah, abang cek ajelah. Wafa ada back-up kat belakang abang ni."

Sempat Karl kerling isterinya di belakang. Back-uplah sangat, kan sayang...

Dengan lafaz Bismillah, Karl selak langsir tebal itu. Dan...

"Arghhh!"

Go to Part III ;-)

SUAMI PAKSA RELA - #KarlWhere stories live. Discover now