-Chapter Two-

445 56 1
                                    

15 minit kemudian....

Aku mula pelik. Mana la si Joshua ni? Pergi buang sampah tak balik-balik.

Aku pun kata la kat ahjumma yang aku nak pergi cari Joshua. Ahjumma kenal dengan Joshua. Siap puji comel lagi. Sebab tu Joshua suka datang sini kadang-kadang. Sebab dia suka orang puji dia comel dan sebab ahjumma akan belanja dia makan tteokbeokki free. (-_-) (-_-)

***

Aku masuk ke dalam lorong di mana tempat aku buang sampah gerai setiap hari. Ada tiga tong sampah besar kat situ.

Lah! Tak ada? Mana budak ni pergi?

Aku berjalan lagi di sepanjang lorong.

"Joshua!!" Aku memanggil namanya dengan kuat. Tak sahut pun?

KTANG! KTANG!

Bunyi macam tin-tin dilanggar. Langkahku terhenti. Apa tu?

Aku mencari dari mana datangnya bunyi tu. Em????

Aku terkejut+pelik+em apa lagi ea? Sebab aku ternampak sesuatu.

Warna putih, kaki panjang, ada ekor, bulu warna putih dan telinganya panjang.

Arnab???

Tapi...ada ke spesies arnab yang pakai kot dan cermin mata?? Di tangannya macam ada batu berwarna merah.

Aku terkebil-kebil.

Arnab berkot merah hitam itu melompat, mengundur ke belakang dan terlanggar kaki aku. Arnab itu terkejut.

"Argh!!" Arnab itu menjerit.

Mataku membulat. Mulutku terlopong. Adakah...aku terdengar arnab tu menjerit tadi?!

"Speaking rabbit???" Aku terkebil-kebil lagi.

Kakiku macam digam aje atas tanah. Tak boleh bergerak. Arnab tu perlahan-lahan menghampiri aku.

"Awak ni...Hong Yoonhwa kan?" Soal arnab itu.

Semakin dia dekat dengan aku,  batu merah di tangannya bercahaya dengan kuat.

"Macam mana awak tahu nama saya? Awak ni jelmaan apa? Arnab jadian??? (Apa yang kau merapu ni Yoonhwa? --' )" soalku.

"Awak kena ikut saya, Yoonhwa." Kata arnab itu lagi. Aku tersentap. Tiba-tiba aku teringat tentang Joshua.

"Joshua!!" Aku memandang sekeliling. Adikku itu masih belum ditemui.

"Saya tahu di mana Joshua!" Arnab berkot merah hitam itu memegang aku. Tiba-tiba tubuhku meriding.

Eii...mimpi ke apa aku ni??!!!

Arnab berbulu putih itu segera mengangkat batu merah di tangannya, menghala ke sebuah dinding di tepiku.

Cahaya kemerah-merahan mula timbul di permukaan dinding. Nampak macam 'pintu' untuk ke dimensi atau 'alam' yang lain aje...

Tanganku ditarik oleh arnab itu. Aku terkejut.

"Yah!! Jangan!! Awak nak bawa saya pergi mana??!!!! Yah!!!" Aku menutup mata. Tak nak bayang apa yang akan jadi seterusnya.

*skip*

CHIP! CHIP! CHIP!

TWEET! TWEET! TWEET!

Macam-macam bunyi yang aku dengar.

Ergh~~~

Aku membuka mata perlahan-lahan. Aku kat mana ni? Eh?? Aku memandang sekeliling. Tempat apa ni?!

"Hutan? Tempat apa ni?" Aku bangun dan menepuk-nepuk T-shirt dan seluar jeans yang terkena tanah.

Aku berjalan lagi. Mana pula si arnab tu pergi? Dahla bawa aku datang tempat pelik, lepas tu hilang macam aje. Ceh!

"Ooii, lepaslah!! Sakit!!"

"Hahaha! Comel!"

"Comel? Kau ni! Kita boleh buat dia jadi makan malam hari ni!"

"Dah dah la tu, korang!"

Aku terkebil-kebil mendengar perbualan mereka. Dengar macam suara namja aje.

Apa yang diorang tengah buat tu? Aku cuba menghampiri suara-suara tersebut.

"Awak ni siapa? Buat apa kat sini?" Soal seseorang dari belakang aku.

"Kamchagi!!" Oleh kerana terlalu terkejut, aku terloncat dan jatuh.

BUK!!!

Adoi...

Aku mengangkat kepala. 6 orang namja sedang memandang tepat ke arah aku.

Tbc

Sori kalau typo

-so...how's Chapter Two? Hoho...XD

[✔] Tales Of The Apprentice,Queen & The 12 SorcerersWhere stories live. Discover now