-Chapter Five-

370 54 1
                                    

☆Note- Sorcerer: EXO, Apprentice: BTS

Setelah Sorcerers beredar...

"Yoonhwa!" Taehyung terus menuruni cenuram(?). Omo...kalau dia mati...etteoke??

Aku masih terbaring tidak sedarkan diri. Aduh...kepala aku masih terasa sakit. Mataku terasa berat aje. Aku dapat merasakan cecair pekat mengalir dari kepala aku,menuruni dahi.

"Yoonhwa~" sayup-sayup kedengaran suara seseorang memanggil nama aku. Urgh....

"Yoonhwa! Yoonhwa! Ireona!" Pipiku ditampar lembut.

Tu suara Taehyung!

"Biar aku rawat luka dia..." kemudian aku terasa tubuh aku seperti dicucuk sesuatu.

Terus aku terjaga. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku lihat tangan Jin sedang mendarat elok di dahi aku. Aku menepis tangan Jin.

"Korang ni nak bunuh saya ke? Sampai tolak-tolak saya! Nasib baik saya tak mati." Aku memandang mereka seorang demi seorang.

"Mian...kami tak boleh biar Sorcerers nampak awak. Kalau tak..mesti diorang akan bagitau Black Queen." Kata Hoseok.

"Okay...boleh tak korang bagitau apa sebenarnya yang terjadi ni? Siapa Sorcerers? Apprentice? Black Queen? Please..." aku memandang mereka, meminta penjelasan.

Sementara itu...
Di tempat lain...

Sorcerers masih mencari tahu siapa 'yeoja' yang disebut oleh Black Queen.

Tiba-tiba Chanyeol menyuruh mereka berhenti.

"Siapa tu?" Jarinya dihalakan ke arah seseorang.

Kelihatan seorang namja sedang berjalan seperti hilang arah tuju. Sorcerers segera menghampiri namja tersebut.

"Stop! Awak ni dari daerah kerajaan mana? Apa awak buat kat kawasan Kerajaan Ruby ni?" Soal Suho.

Namja itu terkejut. Dia mula ketakutan. Suho memandang Luhan. Luhan mengangguk kemudian memfokuskan pandangannya kepada namja tersebut.

'Omona...aku kat mana ni? Kurang ajar punya arnab pelik! Bawa aku datang tempat pelik ni.'

'Huh? Siapa pula diorang ni? Diorang nak apa dari aku? Uwaa~~ aku nak balik! Noona, please help me!!!'

Itu apa yang Luhan dapat baca daripada fikiran namja tersebut.

"Aku rasa budak ni sesat ni...dia cakap ada arnab yang bawa dia datang sini." Kata Luhan.

"Tangkap dia...mesti dia ni ada kaitan dengan yeoja yang Black Queen kata tu..." arah Suho.

"D.O!" Kris memberi isyarat kepada D.O.

D.O turun dari kudanya. Tiba-tiba, D.O menghentak kakinya di atas tanah. Tanah mula bergegar. Kemudian sedikit demi sedikit, tanah mula 'membaluti' tubuh namja itu sehingga ke paras leher.

"Apa ni??!! Yah!! Lepaskan aku!! Noona!!!"

Tbc

Sori kalau typo....

[✔] Tales Of The Apprentice,Queen & The 12 SorcerersWhere stories live. Discover now