BAB 13

1.6K 66 5
                                    

Masing-masing hanya terdiam mengenangkan apa yang telah terjadi pada Zul. Sedang elok masing-masing sedang melayan mimpi, bunyi objek pecah menarik perhatian telinga
diorang.

"Apa yang pecah tu?" tanya Wardiena sambil mengesat-ngesat air liur basi miliknya.

"Jap, aku check dulu"

Zariq melangkah ke arah dapur, dia yakin bunyi tersebut datangnya dari dapur. Dia terkejut melihat serpihan kaca tingkap yang bertaburan di atas lantai. Dia ternampak seketul batu berada di dalam singki, terdapat kertas yang diikat bersamanya. Dia membaca nota pada kertas dengan wajah yang berkerut-kerut. Dia melangkah keluar sambil mendapatkan kawan-kawannya.

"Weyh, korang tengok apa yang aku jumpa kat dapur" Zariq memberi kertas yang dijumpainya pada Iril.

"Hah? Kematian bakal tiba? Apa yang penulis ni cuba sampaikan? Tulisan ni pulak dia tulis guna darah ke? Bau pun pelik semacam je"

Iril membelek-belek kertas di tangannya. Hayani yang dari tadi duk tenung kertas tu terus sahaja menyambar dari tangan Iril. Dia yang tadinya teruja berubah.

"Mana kau dapat kertas ni? Sape bagi kau?"

Terkedu Zariq mendengar suara garang Hayani, Arfa yang baru sahaja bangun pun sama terkejut.

"Aku.. aku jumpa dekat dapur. Dalam singki.. dekat batu." Tergagap Zariq menjawab.

Hayani bangun dan berlari ke arah dapur. Dia terkejut melihat lantai yang dipenuhi dengan serpihan kaca. Dia buka pintu dapur dan melihat ke luar. Kawan-kawannya yang lain memerhati gelagat anehnya.

"Kau cari sape? Mana ada sesapa kat luar tu." Intan menjadi tertanya-tanya.

"Korang tak de ke rasa apa-apa?"

Hayani memanjangkan lagi lehernya sambil memerhati kawasan sekelilingnya. Kawan-kawannya yang lain meraba-raba badan sendiri memastikan diorang ok.

"Kitorang ok je. Yang kau ni, kenapa? Cari sape senanya?" Intan bertanya lagi.

"Aku bukannya suruh korang check badan koranglah! Apa yang saya cuba katakan adalah saya rasa penulis kertas ini ingin membunuh kita semua. Anda semua tidak rasa begitu?" Hah, kan da kena sedas.

"Mana kau tau?"

Asyraf yang baru bangun dengan rambutnya yang serabai memcelah. Arhh lantak lah, benda da jadi camni sape sangat lah yang kisah nak bergaya sangat.

"Eeii, apa genius sangat korang ni! Sah lah yang baling batu tu orang sama yang bunuh Zul! Dan maybe sekarang ni dia nak bunuh kita semua, just aku tak tau apa motif dia nak bunuh kita"

Nazihah agak sedikit sentap mendengar nama Zul dibangkitkan tapi dia cuba membuang perasaan tu jauh. Alina menguap sambil menggaru-garu kepalanya, tak senonoh punya perempuan.

"Kenapa you all semua ada kat dapur ni? Ada pape ke?"

Pertanyaan Alina diabaikan, rasanya dia akan tau jugak. Alina terkejut melihat ibu jari kakinya berdarah disebabkan terpijak serpihan kaca. Dia mengerang kesakitan, Adam menolong Alina membersihkan lukanya. Api marak di luar rumah menjadi perhatian Hayani, Nazihah, Arfa, Asyraf dan Iril.

"Weyh, apa yang terbakar kat luar tu?"

Asyraf cemas. Diorang berlima bergegas keluar dan melihat kereta Mini Cooper milik Aliff sedang terbakar.

"Weyh! Kereta aku!" Aliff berlari ke arah keretanya, tapi sempat ditahan oleh Iril.

"Kau gila? Api da marak tu, tak pasal-pasal terbakar sekali" Iril menahan Aliff.

"Dalam tu ada Zul! Aku nak selamatkan dia!!"

Aliff menjerit nyaring pada telinga Iril, tak semena mena Iril melepaskan tangan Aliff. Aliff berlari pada keretanya, dia membuka pintu belakang kereta.

"Aliff, dah la tu! Aliff nak tinggalkan kitorang pulak ke? Zul da takde, please"

Hayani menarik tangan Aliff sambil memujuk Aliff agar tinggalkan keretanya. Aliff memandang Zul yang da dibalut dengan pandangan yang sayu. Hayani menarik tangan Aliff sekuat hati sehinggakan Aliff jatuh mencium bumi.

"Korang ok tak!" Asyraf menjerit takut kalau diorang tak dengar.

"Ok, tapi tolong aku papah Aliff. Kaki dia terseliuh!"

Tiba-tiba kereta Aliff meletup dengan dasyatnya. Untung je Hayani dengan Aliff berada di hadapan pintu rumah. Kawannya yang lain keluar kerana terkejut mendengar bunyi letupan.

"You see! Kalau Hayani tak pergi tarik kau, dengan kau sekali meletup tau tak!"

Arfa melepaskan marahnya. Suddenly, ada gas tebal menusuk ke dalam hidung setiap penghuni di dalam hutan. Yes, tulah gas tidur untuk pengetahuan korang je. Pandangan diorang berubah menjadi gelap dan akhirnya semua terlena di luar rumah. Sebuah trak lama berhenti dihadapan diorang. Pemandu trak tersebut mengukir satu senyuman yang membawa penuh makna.

"Haih, banyak jugak hasil hari ni. Banyak lah kerja kena buat macam ni" Dia memerhati wajah Irani dengan lama.

"I'm coming, dear. Don't worry" Dia berbisik pada cuping telinga Irani dengan perlahan. Dia mencapai tangan Irani lalu dicium.

Pasrah kah Irani dilakukan sedemikian?? Tunggu episode selanjutnya....

PSYCHOWhere stories live. Discover now