BAB 19

1.5K 51 0
                                    

7 bulan kemudian

"Kau ni! Jangan lah gerak-gerak! Kak Nurul susah nak makeup kan kau lah" Intan bengang dengan Irani yang dari tadi tak habis-habis berselfie.

"Alah, bukan selalu kan. Biar lah! Kak Nurul tak cakap pape pun" Irani meneruskan hobinya, dia menghantar gambarnya di Instagram.

'Acah je minah ni! Ingat aku tak tau lah tu dia hantar gambar dia kat ig'

"Kau duk tenung muka aku dalam phone kau tu asal? Bila nak likenya?"

"Eh-eh? Kau ni perasannya, aku tengok gamba Asy ok?" Intan menunjukkan gamba Asy yang sempat dicari di dalam gallerynya.

"Malam nanti jumpa, relaks lah" Membulat mata Intan mendengar, Kak Nurul ketawa mendengar jawapan Irani.

"Kenapa akak gelak? Pelik ke muka saya ni?"

"Takde pe.. Pftt.. Hahahah.. Lawak lah" Kak Nurul menyolek Irani sambil ketawa.

"Pengantin perempuan ready?" Aunty Zuraidah a.k.a mak Asyraf menjengukkan kepalanya ke dalam bilik.

"Dah!" Kak Nurul mengangkat ibu jarinya.

"Ok kita start sekarang lah"

"Intan.. Aku nervous lah" Irani membuat muka sepuluh sen miliknya.

"Pikir aku tak nervous ke?"

Intan memandang pintu. Kalau tiba-tiba aku cakap tak jadi kahwin bole tak? Heheh😂.. Intan tersenyum. Dia membetul-betulkan baju dress ala-ala princess yang tersarung di badannya, warna biru yang pasti. Banyak labuci yang dijahit pada dress Intan. Gaya Intan simple tapi bergaya.

"Kalau aku pergi tandas sekejap boleh tak?"

Irani buat lawak hambar ke? Anytime je kena panggil tau. Irani pun apa kurang lawanya, cewah. Berbaju dress seperti Intan tetapi berwarna merah hati. Irani memakai crown di atas kepalanya, katanya nak jadi seperti ala-ala puteri. Biarlah, hari bahagia dia sekali seumur hidup je.

Tiba-tiba 3 buah kereta polis berhenti betul-betul dihadapan khemah diorang. Semua mata memandang kereta polis. Yup, Irani suruh Iril mengupah polis dan bukannya rela untuk mengawasi lokasi perkahwinan diorang.

Diorang berjaya keluar dari hutan yang berpuaka itu.. Intan, Irani, Asyraf, Iril dengan Daniel membuat laporan di balai polis tentang PSYCHO yang membunuh kawan-kawannya. Rindu bila teringatkan kawan-kawannya yang sentiasa ada untuk diorang berdua. Sudah lah, sudah! Diorang da takde jangan diratapi, cewahh ayat.

"Pengantin perempuan boleh keluar sekarang."

Terhenti lamunan Intan..Gulpp, Intan dengan Irani menelan air liur serentak. Pucat habis muka diorang. Menggigil-gigil tangan Irani. Dia bangun dan berjalan serentak dengan Intan. Semua mata memandang ke arah muka diorang. Ada yang puji cantik, comel wah kembang sedikit. Tok kadi memulakan dengan bacaan bismilah.

"Aku nikahkan dikau dengan Intan Ieryna Binti Suzailan dengan mas kahwin sebanyak RM500 tunai berserta dengan senaskah Al-Quran."

"Aku terima nikahnya Intan Ieryna Binti Suzailan dengan mas kahwin sebanyak RM500 tunai berserta dengan senaskah Al-Quran"

"Aku nikahkan dikau dengan Nur Iraniey Binti Ahmad Quhar-Ruddin dengan mas kahwin sebanyak RM500 tunai berserta dengan senaskah Al-Quran"

"Aku terima nikahnya Nur Iraniey Binti Ahmad Quhar-Ruddin dengan mas kahwin sebanyak RM500 tunai berserta senaskah Al-Quran"

"Sah?"

"Sah"

"Sah"

"Sah"

Tok kadi membaca doa dan yang lain mengaminkan doa. Intan dengan Irani menangis kegembiraan. Kak Nurul dengan kawannya mengelap air mata diorang. Daniel pun ada kat situ, dia menangis gembira dan sedih. Gembira untuk keempat-empat kawannya dan sedih kerana teringat Wardiena.

"Masa untuk batalkan air sembahyang" Kak Nurul berbisik pada Intan dengan Irani.

Asyraf dengan Iril berjalan serentak ke arah puteri diorang. Cantik bergaya apabila diorang mengenakan dress tersebut.

'Hensem gila Asyraf'

'Kenapa Iril hitam aku merah? Baru nak matching'

"Hye, sweetie ku sayang"

Asyraf memandang tepat pada anak mata milik Intan. Dia mengambil cincin perkahwinan diorang lalu disarungkan ke jari telunjuk Intan. Dia mencium dahi Intan seketika, waktu tu Intan menangis sekali lagi.

"Don't cry, sweetie. Hari ni hari bahagia kita"

Cahaya yang terhasil daripada kamera menyakitkan mata Intan, agak menyemak.

"Hye sayang"

"Hye"

"Happy tak?"

Iril bertanya sambil menyarungkan cincin emas ke jari Irani. Dia mencium dahi Irani, lama.

"Happy, sangat-sangat." Air mata Irani lebat seperti air terjun.

Dua pasangan pengantin dibawa serentak menggunakan kereta limosin milik Asyraf, perghh syok habis. Diorang diturunkan dihadapan khemah yang dipasang di rumah agam Asyraf.

Bunyi kompang kedengaran dan ramai orang bersorak. Diorang tersenyum melihat Daniel yang sudi datang, walaupun dia masih menanti Wardiena😮

Selesai habis menangkap gambar dan mencampak gula-gula, diorang berempat keluar serentak untuk melayan tetamu. Daniel mendekati diorang.

"Tahniah! Harap sangat tahun depan ada baby👏" Usikan Daniel membuatkan muka Intan dengan Irani membahang.

"Thanks, kau pun cepat lah kahwin. Nanti boleh mintak hadiah hari-hari" Asyraf mengenyitkan matanya.

"Asy!" Intan mencubit manja lengan Asyraf.

"Abang lah, apa main sebut-sebut nama ni" Asyraf mencuit hidung Intan.

"Ira pun sama, jangan panggil nama dah. Panggil abang" Irani tersenyum, dia sememangnya tak sabar nak panggil Iril begitu.

PSYCHODonde viven las historias. Descúbrelo ahora