sebenarnya aku sayang kau

8.1K 267 0
                                    

Hari ke 6 sebelum raya…

           

            “Alolo.. comel nye anak along ni. Muka dia sebijik macam along masa kecik.’’ Pujiku sambil mengendong tubuh anak kecil yang baru berusia 9 bulan. “Comel aje macam along, tapi perangai macam kak Farah.’’ Kata Along sambil menjeling ke arah kak Farah. Aku tersenyum kecil. “Ada-ada aje lah along ni. Bella ni masih budak lagi.’’ Kataku pula. “Yela budak, kuat merengek, mengada-ngada, sebab itulah along cakap macam kak Farah.’’ Along masih menyakat kak Farah.

“Bila masanya saya merengek? Mengada-ngada?’’ kak Farah masuk perangkap along. “Tak kan nak buka rahsia awak kat sini, nanti lepas berbuka saya cerita depan tok abah sekali.’’ Kata along. Sekaligus, melayang satu cubitan ketam singgah ke lenggannya. “Aduih! Sakitnye yang…’’ along mengadu sakit. “Tak sakit? meh nak bagi lagi..’’ kak Farah sengaja menunjukkan tangan pengepit ketamnya. “Tak nak, tak nak, tak nak,’’ dia bergegas pergi dari situ.

“Sebenarnya dia tu yang merengek, mengada-ngada. Tengok tu, cubit sikit dah sakit macam orang nak beranak.’’ Bebel kak Farah. Aku terkekeh-kekeh ketawa. Perangai along memang tak akan berubah. Kak Farah minta aku untuk jaga Bella sementara dia menolong kak Linda di dapur. Aku memang sukakan budak-budak tapi aku benci dengan orang yang perangai macam budak! Mataku beralih ke arah Hazran yang sedap melingkar di depan televisyen.

Amboi-amboi sedapnya si Haz tu tidur. Lagaknya macam tv yang tengok dia. Bukan dia yang tengok tv tu. Ni macam kes dia yang bayar bil elektrik rumah aku tiap-tiap bulan. Geram pulak aku tengok dia lama-lama. Rasa macam nak hempuk dengan… ha, ni dia. “bella, pimjam kejap yer, mak su nak kejutkan abang Haz.’’ Bisikku ke telinga anak kecil itu. Patung itu melayang memang kena tepat pada sasarannya.

“Diana!’’ dia menjerit namaku kerana tahu memang kerja kerja aku yang selalu mengusiknya. Aku berpura-pura tidak tahu. Dengan kepala yang masih mamai dia menghampiriku. “Kau yang baling ni kan?’’ dia menunjukkan boneka patung itu yang berada ditangannya. “Bella yang main tadi.’’ Aku menjawap selamba. Dia mencemuh. “Eleh kau ingat aku tak dengar kau cakap apa tadi?’’ ujarnya pula.

“Bella, pimjam kejap yer, mak su nak kejutkan abang Haz.’’ Dia mengulangi kata-kataku tadi. Aku terkedu mendengarkan dua perkataan akhir itu. Abang Haz? Terus merah padam muka aku. “Kau nak apa kejutkan aku?’’ soalan yang keluar dari mulutnya melegakan aku. nasib baik dia tak perasan. “Nak suruh kau main dengan Bella.’’ Alasanku. Dia mengangkat tangan. “Sorry, aku tak suka budak-budak.’’ Ujarnya dan ingin sambung tidur.

Aku mulai berang. Nak tidur balik? Memang datang kampung aku untuk bersantai-santai macam ni ker? “Tak suka budak. Eleh, satu hari nanti jadi bapak budak jugak. Masa tu aku akan perli kau cukup-cukup.’’ Kataku geram. Sambil meletakkan tangan di atas kepala dia tersenyum. “Cakap suka budak. Kalau suka beranak sendirilah.’’ Ujarnya pula. “Beranakkan untuk kau?!’’ suaraku meninggi. Dia spontan bangun meniarap memandangku. Aku sudah menekup mulut. Oh my god!

“Apa kau cakap? Beranakkan untuk aku?’’ soalnya. Aku terdiam. Bella menjadi tempat untukku mengalihkan perhatian. “Ada hati jugak kau dekat aku ya?’’dia tekekeh-kekeh ketawa. Sakitnya hati aku. kenapalah mulut ni cakap benda yang mengarut macam tu depan dia? Kan dah salah faham. “Kau ni perasanlah. Aku tak ingin pun dengan kau. Kalau semua lelaki dah pupus kat bumi ni pun belum tentu aku akan pilih kau ladi laki aku.’’ tegasku. Dia masih ketawa. Aku  bangun untuk pergi kerana aku memang tak mahu mendengar hilaian tawanya yang boleh memecahkan gegendang telinga aku. Buat sakit hati!

Suasana malam itu memang meriah sekali. Iyalah, bukan selalu sangat keluarga kita dapat berkumpul bersama seperti sekarang ni. Bila dah ramai-ramai macam ni, hatiku mulai sayu teringatkan arwah abah yang hampir 4 tahun meninggalkan kami sekeluarga. Sejak kematian abah jugalah aku, ibu dan juga kak Linda tinggal di rumah tok abah. Ya allah, betapa rindunya aku pada abah. Semoga dia dicucuri rahmatMu ya Allah.

Sebenarnya aku sayang kauWhere stories live. Discover now