sebenarnya aku sayang kau

9.7K 360 59
                                    

2 hari sebelum hari raya..

Tinggal lagi 2 hari nak beraya tapi macam-macam yang dah berlaku dalam hidup aku. Hari ini aku bersama along ke hospital untuk menjengguk Hazran. jantung aku ni berdegup laju sejak tiba di perkarangan hospital. Apa aku nak cakap bila berhadapan dengan dia nanti? Nak minta maaf? Ish..

Setiba di wad lelaki, kaki ini bagaikan tidak mahu melangkah lagi. Along menarikku ke dalam dan dari jauh aku sudah melihatnya. Menyandar di katil hospital sambil membaca buku novel ombak rindu. Aiseh... ombak rindu jugak kau time-time macam ni? Aku memandang kakinya yang berbalut. Kesiannya...

"Hazran?'' tegur along. Dia menjatuhkan bukunya. Dia terkejut melihatku. "Diana..'' ujarnya perlahan. Along dah terkekeh ketawa. "Hmm.. aku keluar dulu lah. Kehadiran macam tak diperlukan aje.'' Usik along dan terus pergi meninggalkan aku dan Hazran di situ. Aku diam. Tidak seperti biasanya kalau bersua dengan Hazran pasti akn pot pet pot pet 24jam. Melawan mulut dan tak akan mengalah.

"Kau masih marahkan aku ke?'' dia akhirnya memecah kesunyian kami. Aku menggeleng. Mulut aku ni dah tak ada suara ke? Desisku. "Aku tahu aku salah, sebab tu Allah turunkan balasan kat aku. terlantar dekat sini.'' Dia memandang kakinya. "Tak adalah. Aku ni yang terlalu emotional sangat.'' Akhirnya aku bersuara. Dia tertawa. "Tahu emo jugak kau ni yer?'' dia memerli. Aku pun turut tertawa. "Tahulah! Apa ingat aku ni alien?''

"Ada jugak. Sikit-sikit.'' Jawapnya. Aku menumbuk bahunya. Kami bergelak katawa dan lupakan segala sengkata. "Panjang umur lagi lepas kena gigit ular tu yer?'' aku seakan tidak percaya. "Yer, masih diberi kesempatan untuk bersama dengan kau lagi.'' Balasnya. Aku terkesima mendengarnya.  Bersama dengan aku? bersama dari segi apa tu?

"Dah. Tak payah nak buat muka blank macam tuh. Kau nak bersama dengan aku tak?'' dia mengajukan soalan yang bagiku sangat tak masuk akal. "Haz? Kau mabuk eik? Nurse bagi kau telan pil kuda ke?'' aku tertawa kecil. Hazran menyentuh tanganku. "Aku mabuk, tapi mabuk cinta..'' ayatnya. Wah! Kat mana dia copy ni. Aku terus menarik tanganku. Gulp! Air liur yang ditelan terasa pahit.

"Kau jangan nak mengarut Haz, dah mereng otak kau ni..'' aku menolak kepalanya dengan jari telunjukku. Dia tertawa. Untuk seketika dia memandangku lama.  "Aku tak tahu. Tapi lepas aku tengok airmata kau, hati aku bagaikan ditusuk belati tajam. Aku kena patuk ular masa tu pun aku tak fikirkan kesakitan aku. Bagi aku, kau lebih penting. Aku balik rumah dengan keadaan yang macam tu, panggil kau tapi kau tak menyahut. Masa tu baru aku tahu, aku sebenarnya sayangkan kau Diana.''kata-katanya bagaikan membuat detak jantungku berhenti. Aku melihat katil kosong di sebelah, agaknya aku bolehlah check in hospital ni jugak sebab aku rasa kepala aku ni dah pusing. Rasa macam nak pitam aje ni..

Malam raya..

Entah mengapa agaknya raya tahun ini ku rasakan sangat bahagia. Kenapa yer? Adakah kerana Hazran? mungkin ya. Sikap dia sudah seratus peratus berubah terhadapku. Entah kemana hilangnya si Hazran yang dulu. Tak sia-sia aku emotional hari tu.

Aku duduk sahaja di atas tangga dengan melihat budak-budak sedang bermain bunga api. Terasa shadunya dihati apabila mendengar seruan takbir yang bergema. "Diana, jom main mercun ni.'' Ajak Hazran. aku bagaikan tidak percaya. Biar betul mamat ni? "Tak payahlah. Nanti hangus pulak kain kau. Kaki tu kan masih sakit lagi.'' Saranku. Muncungnya dah 14 inci. Boleh buat ampaian agaknya.

"Nah. Kita main yang ini ajelah.'' Aku menghulurkan dia seputung bunga api. Dia sekadar mengganguk. "Haz,'' panggilku."Ya.'' Jawapnya sepatah. Dia ralit bermain bunga api itu. "Tak rasa macam kera kena belacan ke main bunga api ni?'' pertanyaanku mencetuskan ketawa kami berdua.

                                                    ~TAMAT~


Sebenarnya aku sayang kauWhere stories live. Discover now