LAPAN

577 21 3
                                    

Tergesa-gesa aku dari lapangan terbang ke bangunan syarikat abang . Selamatlah aku flight malam sampai pagi. Terus dia mengambil teksi.

Sampai sahaja di bangunan syarikat milik abang,cardigan di sarung. Bagasinya ditinggalkan di kaunter bawah. Bergegas dia mengambil lif untuk ke tingkat 8.

"Hah datang pun kau angah asal kau bercardigan ini tak panas ke?" tegur along sesampai sahaja dia ditingkat 8.

"Haih sampailah kang ada orang tu merajuk dengan kita. Kau nak tengok macam mana rupa aku sekarang dengan tali leher entah kemana baju dah keluar dari seluar. Kang semua lari tengok aku macam perempuan gila. Dah start ke meeting?" tanya Wani pelik dengan kehadiran orang yang terlalu ramai di tingkat ini. Along hanya tersengih. Sedar kesilapannya.

Tingkat 8 hanya dikhaskan untuk bilik mesyuarat jadi tidak menganggu pekerja yang lain.

"Belum semua tengah tunggu klien dari Jerman tu. Okay sekarang ini along terangkan beberapa butiran pasal meeting ini. First ini adalah kerjasama syarikat Teguh Holdings dan Green Holdings untuk menjalankan projek dari syarikat Jerman tu. So ada dua kuasa besar yang akan melaksana kan projek ini"

"Ohh tapi ini projek apa?"

"Projek Save the World yang membina perumahan berkonsepkan kehijaun alam sekitar. Faham tak??"

Aku hanya mengangguk. Serba sedikit aku faham dengan penerangan along yang ringkas itu. Cukup untuk aku meneka proejk ini melibatkan pembinaan rumah.

Tiba-tiba nama aku dipanggil. Along mengamit aku dekat kepadanya.

"Kenalkan semua dia adalah one of our shareholder yang hanya menjadi rakan kongsi gelap saya. Nur Zawani."

Ternyata para lelaki dihadapnnya hanya mengangguk faham.

"Bos diaorang dah sampai" kata seseorang wanita kepada along.

Along mengangguk dan mengajak semua ahli lembaga pengarahnya menyambut tetamu tersebut.

Aku hanya memandng sekeliling tiba-tiba mata aku tertancap kepada seseorang. Eh takkan dia kot. Bukan lah mungkin pelanduk dua serupa.

Along panggil aku untuk berkenalan dengan kliennya. Eh jappp macam pernah nampaklah klien along ini tapi di mananya?? Persoalan tersebut dibiarkan tanpa jawapan. Terus dia bergerak ke bilik mesyuarat.

************

Iqbal memandang sekeliling tiba-tiba dia terpandang wajah yang cukup dikenalinya. Gerangan tersebut sedang bercakap-cakap dengan seorang lelaki. Ehh apa dia buat kat sini?

'Suka hati dia lah nak buat apa kat sini yang kau nak sibuk kenapa?' Kata suara hatinya yang lain

Dia pun terus bergerak ke bilik mesyuarat yang disediakan.

************
Wani hanya memandang bosan terhadap lelaki yang sedang membentangkan kertas kerja mengenai projek tersebut membuatkannya lagi bosan penerangan tersebut dalam bahasa Jerman. Dah hampir 10kali dah aku menguap. Along disebelah sudah menjeling-jeling ke arah aku.
Apa jeling-jeling ingat aku takut ke. Dah lah aku baru balik dari kerja terus suruh aku datang sini. Kejam punya along. Matanya dibesarkan ke arah along. Tanda memberi amaran.

"Along boleh minum air tak?" aku berbisik dengan along.

Along hanya mengangguk matanya tak lepas memandabg lelaki yang dihadapan.

"Along faham ke apa dia cakap?" aku mula kacau along untuk menghilangkan rasa kantuk nya .

"Kan ada tranlastor tu fahamlah apa yang tak fahamnya"

PerahsiaWhere stories live. Discover now