sebelum semasa selepas

3.1K 186 1
                                    

sebelum bercinta
angau. makan tak lalu, tidur tak lena, mandi tak basah. pendek kata semua benda tak kena. tapi masih tersenyum bila ingatkan si dia.
si dia umpama bulan dan bintang. cantik sangat.

semasa bercinta
senyum sokmo. semua benda menjadi. gembira. kawan minta pinjam duit pun bagi, siap tak payah bayar balik. sedekah. mula makan benda manis. kek kat secret recipe. selipar hilang kat masjid pun senyum.
si dia umpama bulan dan bintang. bercahaya menyinari malam.

selepas putus cinta
semua benda tak kena. pemadam hilang. pembaris patah. printer habis ink. syampu habis. berus gigi hilang. jamban tak boleh pam. selipar putus. kereta rosak. tapak kasut kopak. kaki terseliuh. duit habis. kunci jatuh longkang. zip tak sampai. handphone lag. stokin hilang sebelah. internet lembab. result teruk. kening terbakar.
si dia umpama bulan dan bintang. jauh sangat.

Himpunan Cerita Entah Apa-ApaWhere stories live. Discover now