Part 10-Finale

10.2K 363 32
                                    

8 tahun yang lalu

Alif duduk menunggu rakannya di cafeteria library. Datang library bukan nak study. Datang nak makan sahaja. Rambutnya yang separas bahu diikat. Panas! Dia tekun bermain game di teefonnya bila terasa kerusinya disepak. Dia menoleh belakang, berdiri seorang gadis bercermin mata dan bertudung bawal. Gadis itu tersengih.

"Sorry, tak sengaja. Nak cepat." Gadis itu masih tersenyum. Alif tidak membalas. Sebaliknya diam dan kembalikan pandangannya pada telefonnya. Tak nak mengaku bahawa hatinya terusik dengan senyuman gadis itu. Senyuman yang bukan dibuat-buat. Dalam diam, matanya menjeling ke arah gadis tadi yang sedang makan bersama seorang lelaki.

"Hoi! Tengok apa?!" Teguran Wan mengejutkan Alif. Segera dia mengalih pandangnnya tadi.

"Tak ada apa-apa. Tu! Siapa budak perempuan tu?" Soal Alif. Segera Wan menoleh ke arah yang ditunjukkan Alif. Kalau bab perempuan, bagilah pada Wan. Semua orang dia kenal.

"Oh. Tu Yuhana. Final year. Current status: in relationship." Wan memberi penerangan.

"Kenapa? Berminat?" Wan mengangkat kening mengusik.

"Agaklah. Senyuman dia cantik." Punyalah jujur jawapan si Alif ni. Wan menggeleng.

"Malangnya dia awek si Zarif. Kau jangan memandai nak kacau." Wan mengeluarkan amaran. Mahunya tak amaran. Kalau rasa nak tengok ada orang bergaduh, atau geng mereka dan geng Zarif bergaduh, Alif buatlah kerja gila amek awek si Zarif.

"Zarif? Huh dia tak sesuai dengan Zarif. Budak lembik tu." Jawab Alif sambil menyedut jus buahnya.

"Habis tu dia sesuai dengan siapa? Dia bukan cantik mana pun. So-so je. Tak guna nak berebut. Yang aku tahu Zarif rapat dengan dia sebab dia tu top student. Nak tumpang glamour je." Terang Wan.

"Sebab tu aku cakap, dia tak sesuai untuk Zarif. Lebih tepat, tak layak. Nanti senyuman cantik dia tu boleh hilang." Wan dah garu kepala. Apa Alif merepek ni?

"Dah kalau dia tak layak dengan Zarif, dia layak dengan siapa?" Soal Wan. Kadang-kadang payah bercakap dengan Alif. Banyak sangat rahsianya.

"Aku!" Jawab Alif penuh confident. Wan sudah ketawa terbahak-bahak mendengar jawapan Alif.

"Kau buat lawak ke apa Alif wei? Orang macam kita, yang dah dilabel penyangak mana ada orang pandang. Tak payahlah libatkan diri dengan benda macam ni." Wan tak salah. Memang itu yang lecturer dan orang sekeliling label mereka. Ni baru mereka berdua. Belum lagi kumpul ahli geng yang lain.

"Kalau kau rasa nak tulang kau, aku hancurkan jadi daging, teruslah ketawa. Teruskan." Alif mengugut selamba. Wan hanya tersengih. Tapi kata-kata Wan ada betulnya. Buat apa nak sangkal?

'Tapi kalau betul aq berjodoh dengan dia, memang aku tak akan hilangkan senyuman tu.' Desis Alif. Sempat matanya mengerling kearah Yuhana yang pada waktu itu sedang tersenyum manis. Ah, hanya kerana senyuman kau terpikat. Kau memang gila, Alif!

~TAMAT~

**********
So, macam mana? Ok tak Cerpen tak cerpen, tapi tak juga novel ni?
Kalau suka, voted lah yek.
Nanti saya buat banyak2 macam ni. Haha
Btw, kalau ada typo tu, sila faham. Lagi2 dekat part 10 ni. Last minit internet kat lappy problems. So, gunalah henpon.
Apa-apa pon, tq sebab sudi baca.
Arigatou! \(^_^)/

~MiKoRiN

Kembalikan Senyumannya [√]Where stories live. Discover now