part14

2.3K 76 1
                                    

"Sara, oh Sara." Amzar memanggil nama Qaisara sambil mengetuk pintu bilik Qaisara. Kuat.

"Hmm,masuklah pintu tak kunci pun." Qaisara terasa terganggu . Baru sahajanlk ingin melelapkan mata tapi Amzar datang mengganggu.

"Sara nak tidur sini." Amzar membuat muka comel.

"Awak kan ada bilik sendiri."

"Tak nak , aku nak tidur sini."

"Hmm tidurlah kat sofa tu."

"Tak nak."

"Habis tu awak nak tidur mana?."o

"Sebelah kau lah."

"Gila eh"

"Aku gila sebab kau lah."

Pantas Amzar melompat naik kekatil dan merebahkan tubuhnya di sebelah Qaisara. Qaisara berura-ura hendak bangun. Tapi batang tubuhnya ditarik pantas masuk kedalam pelukan Amzar.

"A..awak nak buat apa ni?"

"Aik,, kura-kura dalam perahu buat-buat tak tahu pula."

"Awak saya tak sedia lagi."

"Nak tidur pun kena bersedia ke?"

'Aduh dia ni buat aku malu lah. Ingatkan nak yang 'itu'.

"Yelah kena gosok gigi dulu,cuci muka,basuh kaki tu semua lah."

"Oh okay.jom." Ujar Amzar teruja.

"Pergi mana?" Qaisara bingung.

"Yelah pergi wash up."

"Hmm" Qaisara bergerak malas ke bilik air. Rutinnya yang itu sudah dilakukannya tadi. Tapi nak cover punya pasal dia sanggup buat lagi sekali. Amzar dan Qaisara memberus gigi bersama-sama.

"Dah siapkan,jom tidur."ajak Amzar.

"Jom." Jawab Qaisara sepatah.

Qaisara baring membelakangi Amzar.

"Tak baik tau baring membelakangi suami."

Qaisara terus membetulkan posisinya supaya menghadap Amzar. Amzar membawa Qaisara kedalam pelukannya.

"Aku nak kita tidur macam ni hari-hari."

"Kenapa pula."

"Nak belajar cara mencintai kau." Qaisara terkedu.

'Kene sawan ke mamat ni.' Qaisara membuat muka tidak percaya.

"kenapa tengok aku macam tu? Aku makin hensem ke? Bukannya ada apa-apa aku ni cuma lemak je yang ada. Nak sikit ke?" Qaisara tergelak.

"Perut awak ni macam ibu-ibu mengandung." Qaisara memandang mata Amzar. Jantung Qaisara berdegup kencang. Pantas matanya melarikan pandangan dari mata Amzar sebelum jantungnya melompat keluar.

"Tak pe nanti aku bagi kau perut ni. kau bawak anak kita." Amzar membalas.

'Memanglah aku dah jatuh cinta dengan dia ni' Amzar monolog dalam hati.

Qaisara malu. Merah mukanya menahan malu. Dia menyembunyikan mukanya si dada Amzar.

"Hari Ahad ni jom pergi camping." Amzar menyoal.

"Dengan siapa? Kat mana?" Soal Qaisara menyoal bertubi-tubi.

"Hmm entah lah kat mana eh. Tapi kita pergi berempat. kau,aku,Aiman dengan Damia." Jawab Amzar ringkas.

"Ohhh. Okay saya ikut je." Qaisara memberi kata putus.

"Okay nanti aku roger Aiman." Tangan Amzar tidak lepas dari memeluk Qaisara.

"Sampai bila awak nak peluk saya ni?"

"Hishh diam jelah, tidur. Tadi macam ngantuk sangat."

"Alah dah tak ngantuk. Awak punya pasallah ni saya terjaga."

"Aik aku pulak?"

"Yelah awak ketuk pintu tu macam nak roboh rumah ni. Saya terkejut tau. Sebaik saya tak de sakit jantung, ha kalau ada jadi duda buncit lah awak."

"Eleh. Kalau awak tak leh tidur, yok bercerita."

"Alah cerita apa pula ni?"

"Ceritalah apa-apa. Hantu ke, alah macam baca buku cerita tu."

"Hamboi nak bedtime story lah ni?" Qaisara menyoal.

"Hmm something like that."

"Awak bukan budak kecil okay. Dah layak jadi bapak budak dah. Nak bedtime story jugak?"

"Sekarang mana ada anak lagi. tunggulah kita ada anak. Hari-hari aku bacakan cerita untuk anak kita. Pasal mama dia jatuh cinta dengan papa dia. Macam mana mama dia dulu. Selekeh ke tidak."

"Eleh awak dulu masa form 1 selekeh. Entah cemana puberty hit awak sampai awak jadi macam hensem. Opss"

"Kau memang dah lama kan stalk aku."

"Ishh mana de." Qaisara mengalis segala pertanyaan Amzar. Malu weyh.

"eleh. Nanti kita training kat rumah jelah. kat bawah tu ada gym. Peralatan semua lengkap." Keadaan mereka masih sama. Saling berpelukan. But actually Amzar sorang je yang peluk Qaisara.

"Okay. Saya nak cari kerja lain boleh?"

"Boleh sayanggg."

"Dah jom tidur. Eh lupa nak cakap lagi satu. Aiman dengan Damia nikah sabtu ni,majlis resepsi dia minggu depan."

"Dia tak penat ke? Hari Ahad tu terus nak camping."

"Tak kot. Habis dia yang ajak." Bicara Amzar sambil melelapkan matanya. Mengantuk.

"Awak,,awak dah tidur ke?" Qaisara menyoal.

"Hmm"

"Tadi kata nak suruh orang cerita. Belum cerita dah tidur pula. Hailah si gemok ni."

"Haa, tak baik tau ngumpat suami." Amzar tiba-tiba bersuara.

"Ish awak ni suka buat saya terkejut lah. Manade saya ngumpat.mengumpatkan belakang-belakang ni saya cakap depan awak kan."

"Kau ni macam mak nenek. Bebel je. Sebaik comel. Dah tidur. Meh aku dodoikan kau." Pantas sahaja Amzar menepuk-nepuk bahu Qaisara. Mata Qaisara mula memberat.
1..2..3.. tidur. Amzar yang perasan Qaisara sudah tidur mencium kedua mata Qaisara dan dia pun turut tertidur. Tidur sambil senyum weyh.

Maaflah chapter kali ni pendek sikit. buka pendek sikit. Pendek banyak. Ahahahaha.maafkan segala typo ye.lol.

GemokWhere stories live. Discover now