bab17

2.8K 71 0
                                    

Qaisara terasa pinggangnya ditindih oleh seseorang yang amat berat. Siapa lagi kalau buka suaminya. Amzar. Teringat lagi malam pertamanya yang sebenar malam tadi. Malu jadinya. Qaisara memfokuskan matanya pada bibir Amzar. Perlahan-lahan bibirnya menjamah bibir Amzar. Takut mengejutkan Amzar. Matanya masih ralit merenung muka Amzar. Tiada lagi lemak berlebihan di wajahnya.  Lesung pipitnya juga kelihatan.

"Hensem kan abang." Qaisara tersenyum.

"Bila abang sedar?"

"Dari tadi. Sayang cium abang pun abang sedar."

"Jahatnya pura-pura tidur. Abang senyum sikit." Amzar senyum menampakkan lesung pipitnya.

"Ni sejak bila muncul?" Qaisara mencucuk bahagian lekuk di pipi kiri Amzar.

"Ahahahaha,,sayang you're so funny." Qaisara mengigit bahagian leher Amzar.

"Auchh. Sayang sejak bila jadi drakula ni." Amzar masih tidak boleh berhenti ketawa.

"Abang ni benci lah." Qaisara membuat muka merajuk. Amzar menarik Qaisara ke pelukannya. Terasa dingin badan Qaisara.

"Nak fifth round tak?"

"Apa abang ni. Nanti lambat nak subuh tau."

"Okay abang tuntut lepas subuh eh."

"Abang kan nak kerja."

"Kan isteri abang sakit."

"Ahahaha. Sayang dah okay lah." Qaisara membalas pelukan Amzar.

"Dah jom mandi sama-sama. Jimat air." Amzar memberikan cadangan. Memandangkan waktu subuh semakin hampir.

"Hmmmm....okay." lambat-lambat Qaisara membalas.

"Jom." Amzar lantas mencempung tubuh Qaisara ke bilik air.
.
.
.
"Abang kena pergi office jugak."

"Alaa tak nak. Penat." Amzar membantah.

"Oh mentang-mentang anak bos,boleh suka-suki je cuti eh."

"Sayang. Abang kena gunakan cuti sebaiknya."

"Suka hati abang lah. Malas nak cakap dengan budak keras kepala."

"Yeay." Amzar ketawa kemenangan.

"Sayang. Jom dating."

"Dah tua bangka pun nak dating eh."

"Yelah masa dulu-dulu tak pernah buat."

"Hmm yelah. Jom."

Alhamdulillah. Setelah beberapa bulan mendirikan rumah tangga Qaisara dan Amzar sudah saling menyayangi. Qaisara juga sudah berhijrah memakai tudung. Tetapi mereka masih belum mempunyai zuriat. Belum rezeki mereka. Mungkin ada hikmahnya mereka belum di kurniakan zuriat. Dan paling menyeronokkan berat badan Amzar peroleh berat badan yang ideal. Hasil usaha Qaisara juga menjaga pemakanan Amzar. Amzar kini semakin kacak berbanding dulu. Kadang-kadang risau juga Qaisara. Nanti tak memasal cemburu.

"Sayang jomlah pergi butik sana." Amzar menarik tangan Qaisara menuju sebuah butik.

"Tak nak ah. Kat sana ada perempuan cantik. Nanti dia ngorat abang." Qaisara memuncungkan bibirnya. Tanda merajuk.

"Ahahaha. Nak abang cium ke bibir tu?"

"Ish abang ni, sayang serius ni."

"Okay. Okay. Kita pergi tengok-tengok je. Abang janji abang tengok baju je. Kalau sayang dah ada depan mata ,abang nak cari apa lagi sayang?."

Amzar mula bermulut manis sambil menarik tangan Qaisara. Langkah kaki Qaisara mulanya memberat. Nak tak nak. Kena pergi juga.
Ketika Qaisara memilih baju untuk Amzar. Tangannya menarik baju berwarna ungu tetapi pada masa yang sama seorang wanita yang pakaiannya sungguh seksi juga menarik baju tersebut.

GemokWhere stories live. Discover now