Penumpang Jadi Tuan

8 0 0
                                    

Satu malam Padeli menangis teresak-esak selepas dihalau oleh ibunya keluar dari rumah. "Menghabiskan beras!"

Romzi. "Tak apa, sementara nak cari rumah baru kamu tumpanglah di rumah aku dulu."

Padeli. "Terima kasih banyak, aku janji. Aku akan balas jasa kau."

***

Lima bulan berlalu. Padeli baring di kerusi panjang menonton drama sambil, panggilan menuju kejayaan yang saling bersahutan.

Padeli. "Awal kau balik hari ini."

Romzi. "Syarikat aku sudah tutup. Semua kena buang kerja."

Padeli. "Kau ada beli makanan? Aku laparlah."

Romzi. "Aku tak beli."

Padeli. "Pinjam dua puluh ringgit, aku nak beli rokok. Nanti aku bayar balik."

Romzi. "Sudah 5 bulan aku bagi kau pinjam duit. Sudah sama dengan gaji dua bulan aku kerja. Kau bila nak kerja?"

Padeli. "Nanti aku carilah. Kalau tak bagi pinjam jangan membebel."

***

Lima hari kemudian. Balik daripada menonton wayang Padeli terkejut melihat semua barang-barangnya sudah ada di luar pintu rumah. Segera dia menjerit-jerit di telefon selepas Romzi menjawab panggilannya. "Kenapa kau letak semua barang-barang aku di luar rumah? Kau halau aku ke apa?"

Romzi. "Aku di Johor sekarang ini, esok aku ada temuduga kerja di Singapura. Aku rasa itu kerja Tuan rumah. Sudah empat hari aku ada di Johor."

Sekali lagi padeli jatuh terduduk. "Sekali lagi aku merempat. Apa dosa aku sampai Tuhan buat aku begini?"

***

Abu Lenovo. "Orang memberi kita merasa."

Haji Dell. "Orang berbudi, kita berbahasa."


BORAKWhere stories live. Discover now