HENSHIN

655 33 0
                                    







Bila kau kata kau nak berubah

Bukan bermakna kau perlu berubah terus secara mendadak

Sebab apa aku kata macam ni?

Sebab cara tu salah!

Hati!

Hati tu paling penting kau perlu jaga

Sebab hati ni lah yang buat kau rasa nak buat BAIK dan rasa nak buat JAHAT.

Kedua

Mata!

Itu memang kau perlu jaga sebab mata ni lah yang paling jahat.

Bukan mata je tapi tangan,kaki,mulut pun kena jaga baik-baik.

Tapi paling utama hati!

Sebab apa aku kata hati, sebab hati ni lah yang akan buat kita rasa nak buat macam-macam samaada baik atau buruk.

Okay, aku akan terangkan satu persatu step by step.

Aku ada baca satu buku tu dan dalam buku tu kata 'Im the captain of my soul'

Kalau tak jelas lagi aku akan terangkan.

Kiranya sudah terang lagi bersuluh setiap apa yang kita nak buat dan kita akan buat buat antara jahat or buruk kita akan dengar kata hati kita dulu before kita buat sesuatu tu kan.

Tipulah tak pernah kau cakap dalam hati "eh betul ke aku buat ni,lantaklah" or apa-apa yang sama dengannya hehe.

'I'm the captain of my soul' CAPTAIN jelas yang kita masih boleh mengawal hati kita lagi. Sebab kita yang handle,kita the captain of the soul kita yang mengawalnya.

Setiap kau nak buat apa-apa yang akan berarah ke arah zina even nak dengar lagu-lagu lagha pun. Kawal hati kau tu! Jangan sampai kau kalah sebab kau yang mengawalnya bukan dikawal.

Setiap kali tu kau kena istighfar. AstarghfirullahAl-azim.. AstarghfirullahAl-azim..

Setiap kali kau cuba nak buat zina mata iaitu memandang perkara-perkara yang haram. If lelaki, kau tengok punyalah melecun minah tu sampai tak berkedip mata. Mentang-mentang lah minah tu tak cukup kain kau kata dalam hati 'subhanAllah,rezeki ni' Astaga! Bukan lelaki je perempuan pun sama. Memanglah aurat lelaki tu dari pusat sampai lutut tapi kalau yang perempuan ni tengok sixpack ataupun sekarang ni memang tak sah bila kaitkan perempuan dengan K-pop ni! Haih lah..

Jaga pandangan mata wahai brother-brother sister-sister sekalian..

Even yang kau tengok tu bertutup litup pun,kena juga jaga pandangan. Tundukkan pandangan.

Sebab apa. Bila mata tak jaga, sudah pastilah hati kau tu takkan terkecuali untuk buat zina.

Bila mata dah tengok,pandang perkara-perkara maksiat. Hati kau seronok buat maksiat.

Okay,mungkin korang akan hairan eh tengok cerita-cerita lucah,dengar lagu-lagu yang takdak langsung kearah keagamaan cth:Lagu K-pop,Justin bieber, emm Rihanna or yang sama waktu dengannya tu pun kira zina?

Ya zina wahai susterr eh sister dan bro-bro sekalian.

Dan apa yang aku akan cakap ni kan dari pandangan mata aku sendiri, aku kaji aku lihat dan aku perhatikan.

Apa yang aku akan cakap at first ni ialah. Hehe first sangat. Em okay-okay ni topic lain khas untuk kaum hawa lah kan.

Aku bukan nak hentam habis-habisan or bash. Ini sudut pandangan dan pemerhatian yang aku buat selama 2 tahun ni.

Okay,jap sebelum aku masuk ke sub topic yang lebih macam hangat ni aku nak berbalik dulu kepada 'HENSHIN' yang bermaksud berubah.

Apa yang aku kata tadi kita kalau nak berubah kena slow-sloww,selangkah demi selangkah,setapak demi setapak.

Sebab apa? Sebab if lah kan contoh okay contoh. Si Siti Fulan ni dulunya dia teramat jahil dengan tak bertudung baju tu tak payah cakaplah kan dah tu tak jaga ikhtilat. Then pada suatu hari ni dia tergerak hati nak berubah.

Bila tengok nowadays ni ramai dah yang berniqab atau berpurdah. Makin semangat dia nak berubah.

Terus je dia buat perubahan mendadak dengan tutup aurat dan berniqab sekali.

Kau rasa?

Okay, pada perspektif aku lah. Niqab or purdah (masuk sub topic lain sekejap)

Adalah pakaian isteri-isteri nabi a.s

Nampak tak tu. Walaupun ia hanya sehelai pakaian menutupi muka tapi tanggungjawab yang ada pada kita bila kita dah pakaikan untuk menutupi wajah ni sangat dan tersangatlah besar tanggungjawabnya. Itu pakaian sunnah,pakaian isteri-isteri nabi kot wahai sister-sister sekalian.

Jadi bila kita dah pakai tu. Tanggungjawab yang perlu kita galas tu amatlah besar,bukan aku nak tentang siapa yang pakai kan tapi if kau belum bersedia baik kau jangan pakai.

Berbalik pada Siti Fulan tadi. Dia sebelumnya yang jahil terus berubah dengan drastic macam tu. Masyarakat of course akan macam pelik kot. 'eh kenapa Siti Fulan ni tetiba-tetiba berjubah berniqab bagai' ada juga yang makcik-makcik baik-baik tu akan cakap 'alhamdulillah,makcik syukur sangat Siti Fulan dah berubah moga istiqomah'

It's normal. Mentality masyrakat kita ni. Ada yang tentang dan yang akan menyokong and support kita.

Tapi bila yang mulut jahat ni tak sudah bising hina Si Fulan ni sampai dekat laman social dia nak bash. Dah la Si Fulan ni baru nak berubah Iman pun goyah lagi. Bila macam tu Si Fulan terus tertekan. Even dia ni berniqab dia masih tak jaga ikhtilat dia masih macam dulu sikit.sikitlah.. dengan suka upload selfie di laman social dari jarak dekat. Kadang tak pakai niqab selfie then upload in laman soSIAL.

Saya akan amik petikan dari kata-kata Adnin Roslan,buku Tarbiah Sentap. Muka surat 96 "Malu adalah tanda kemuliaan seorang wanita!"

Adnin Roslan pun ada cakap. Bukan salah nak pakai purdah. Bahkan,yang terbaik ialah memakai purdah serta menghiasi diri dengan sifat malu.

Berbalik kepada Siti Fulan. Sebab dia takda sifat malu dan memang dia buat perubahan secara drastic itu lah akibatnya. Sebelum tu,kita kena jaga hubungan kita dengan Allah s.w.t. Itu perkara paling wajib! Paling penting daripada pakai purdah ni.

Bila kita jaga hubungan kita dengan Allah. Solat yang wajib kita buat tak tinggal yang sunat pun buat. Barulah kita boleh buat yang seterusya. Macam saya cakap tadi step by step..

Okay, pada sahabat-sahabat sekalian yang nak berubah (kaum hawa)

1)      Tutup aurat dengan sempurna.Dengan berpakaian longgar,tudung mestilah melepasi bahu,tak pakai baju yang warnya menarik perhatian. Baju mestilah melepasi punggung dan lagi cantik,ayu,manis comei if tudung pun macam tu. Pakai handsock and sock. Lagi bagus if tak pakai seluar maksud aku seluar jeans la..Seluar jeans ni kan untuk lelaki walaupun  ada yang perempuan punya better tak payah pakai nak pakai pun yang lelaki punya. Tapi bagi aku lah baik pakai skirt labuh tu lagi bagus dan terbaik! Nampak lah keayuan seorang gadis melayunya tu.

2)      Menghias diri dengan sifat MALU. Ni memang WAJIB dan TERSANGATLAH WAJIB. Bila kita ada sifat malu kita akan malu nak buat perkara-perkara yang akan memalukan kita. Contoh malu nak bergaul dengan ajnabi. Malu nak ketawa berdekah-dekah tak hingat dunia. Malu nak upload gambar kat laman soSIAL.Malu nak itu malu nak ini.

3)      Berpurdah adalah perkara SUNAT.

Bila kita dah faham konteks ni, kita kena pandai letak keutamaan.

Kalau kita berpurdah, tapi sifat malu seorang wanita (seperti yang aku cakap tadi) masih kita tak jaga, maka apakah nilai purdah? Kerana, PURDAH ADALAH PERKARA SUNAT, TAPI MALU ADALAH SATU KEWAJIPAN!

Kalau kita tak berpurdah tetapi ada sifat MALU, kita lebih mulia berbanding dengan orang yang berpurdah.

Kalau kita berpurdah, dan pada masa yang sama kita menjaga sifat MALU, maka itulah yang sebenarnya islam mahu! Dan itulah yang terbaik!

Okay,ini saja yang aku dapat kongsikan untuk kali pertama 'JUST A TARBIYAH' ni. La Tahzan. Moga-moga terus istiqomah! Assalamualaikum...

JUST A TARBIYAHWhere stories live. Discover now