Siapakah Dia?

10.8K 397 3
                                    

Aku ternganga. Siapakah empunya badan yang kelihatan agak tidak betul itu?
*garu kepala

Spotcheck? Dia nak spotcheck apa?!

"Dia nak spotcheck pompuan lawalah tu..." bisik salah seorang dari lima kakitangan pejabat yang menemu dugaku.

Apa dia? Perempuan lawa? Siapakah si miang ini?

Aku memandang si jejaka yang agak tampan itu. Kemas berpakaian sut hitam. Stail rambut pun ok.

"Hahahah! Macam mana proses hari ni? Banyak untung tak?" Selorohnya. Aku menjeling. Siapa pulak dia ni. Kacau mood aku nak interview je.

"Mana ada untung. Kita interview budak baru bukannya melabur saham..." ujar lelaki yang menyoalku tadi. Dari gerak gerinya dia seperti menyampah dengan lelaki yang berperangai gila itu. Aku keliru.

"Habis tu? Aku silap tempatlah ni?" Kata lelaki yang miang itu. Miang ke?

"Hish...diorang ni nak lepak pergi tempat lainlah. Hilang mood aku nak interview." Bisikku. Menyampah pulak rasanya.

"Hey lady! Cakap dengan sape?" Tanya seseorang. Aku terkejut. Hampir-hampir je nak terjatuh ni.

Aku memandang ke depan. Lelaki tadi! Apa aku nak balas ni?!

"Er...saya cakap sorang-sorang." Balasku perlahan. Aku memandang matanya. Terserlah kemiangannya! Siap dengan senyum herot lagi tu!

Dia berjalan ke arah lima kakitangan yang menemu bualku. Tiba-tiba dia mengambil resume aku lalu membacanya. Dia ni siapa suka hati je nak intai resume orang lain?! Lagi satu. Kenapa lagi lima orang tu buat deq je? Siapa sebenarnya mamat tu?!

Aku mengetap bibir.

"Nik Shamika bt. Nik Aziz." Sebutnya. Aku hanya mendiamkan diri.

"Awak tak dengar ke saya panggil ni?" Marahnya. Aku terkejut. La...dia panggil aku rupanya. Ingatkan saja je sebut tadi. Hihihi...maaf.

"Ya saya?" Sahutku. Ceh....

"Awak pandai mengemas tak?" Tanyanya. Mengemas? Apa kena mengena mengemas dalam hal ni?

Aku mengangguk. "Pandai. Sebab saya selalu kemas rumah."

Dia berdehem setelah mendengar jawapanku.

"Air apa yang awak paling pandai bancuh?" Tanyanya lagi. Dah kenapa ni? Tak ada soalan lain ke nak tanya? Kenapa kakitangan yang lain tu berdiam diri? Tak nak halau mamat ni ke?

"Saya paling pandai buat kopi. Sebab ayah saya suka kopi." Balasku ringkas.

"Diantara dokumen penting dan majalah, boleh tak awak bezakan?" Tanyanya tanpa henti. Soalan apa pulak kali ni.

Majalah dan dokumen penting? Of courselah aku boleh bezakan.
Desisku.

"Bukankah majalah lagi mudah dibezakan? Berbanding dokumen yang sama rupanya?" Aku cuba memberi jawapan yang terbaik.

Papp!

Dia menutup resumeku dengan sekelip mata. Terpancar sinaran cahaya uv dicelah bijk matanya.

Makhkuk apakah ini?

Dia menepuk tangannya berkali-kali. Aku bingung.

"Joey, tolong cakap bagi pihak aku. Aku malulah..." selorohnya. Malu-malu kucing pulak si abang ni...

"Nasib baik kau ni bos aku. Kalau tak dah lama aku lesing." Kata lelaki yang menemubualku tadi. Joey namanya.

Aku blur. Apa yang terjadi sekarang ni?! Bos? Siapa pulak bos ni?!

"Cik Nik Shamika." Namaku dipanggil. Aku segera menyahut.

"Tahniah, awak berjaya dipilih sebagai PA kepada mamat sengal ni." Beritahunya. Aku terkejut.

"Hah? Bukan saya ke sini untuk temuduga jawatan lain? Kenapa dapat PA pulak ni?" Tanyaku. Walaupun suaraku kedengaran agak kasar aku juga berhak tahu. Kenapa tiba-tiba tukar jawatan pulak?! Tak kenalah dengan sijil Ijazah aku!

"Yo! Jangan marah." Celah lelaki itu.

Lelaki yang bernama Joey itu mendekatiku.

"Tahniah, saya harap awak pegang kata-kata awak tadi." Ujarnya. Kemudian mereka memanggil nama orang yang seterusnya.

Aku bingung. Aku memandang ke arah lelaki yang memegang resume aku tadi.

Dia senyum herot kat aku?! Siap dengan kenyit mata lagi tu!

Apakah dunia sudah terbalik?

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now