Rimas

1.9K 60 1
                                    

Satu lagi hari yang penuh dengan dugaan...

"Morning, baby Mika! Are you ready to have some fun at work today? Cuz I wanna have some fun! Yeah!" Jerit Shaqif dengan riangnya.

Aduh...pagi-pagi lagi bos dah buat muka sengal dia tu. Haish...hilang terus mood aku nak kerja hari ni. Some fun? At work? It is totally disaster for me. Tak best lah dapat bos sengal macam bos ni. Harap je pangkat bos tapi perangai macam pekerja bermasalah. Aduh...pening fikir pasal bos ni.

"Hello....hello...." panggil Shaqif sambil melambaikan tangannya di hadapan wajah Mika. Budak ni berangan lagilah tu. Orang suruh kerja dia berangan pulak. Macam manalah produktiviti dan kualiti kerja nak meningkat kalau pekerja pun asyik berangan. "Tapi, kalau Mika berangan pasal aku pon ok jugak. Hihihi..." tawa Shaqif perlahan.

Hurm...bos ni kalau pasal dia semua ok je.

Tidak mahu mengganggu 'fantasi' Mika tentangnya Shaqif berjalan perlahan ke pejabatnya. Biarkan Mika dengan aku dalam angan-anganya...

Ceewah!

Mika menjeling bosnya itu. Dia memang sengaja tidak mengendahkan bosnya itu. Malas nak layan katanya. Dahlah hilang mood nak kerja kena menghadap muka bos lagi. Memang dugaan betul kerja hari ni.

"Apa? Aku berangankan bos? Hish...bos ni memang dah gila agaknya." Bebel Mika seorang diri. Dengan malasnya dia menyambung kerjanya semula.

5 minit kemudian...

"Mika! Nescafe ais satu!" Jerit Shaqif dari dalam pejabat.

"Mika! Mana fail projek yang Joey suruh tanda tu?" Jeritnya lagi.

Mika! Mika! Mika! And...Mika.

"Argh! Stress betul kerja hari ni. Aku kena stop dulu ni nanti tak pasal-pasal aku koyak semua kertas ni." Mika cuba menenangkan dirinya yang sedang stress itu. Kepalanya tiba-tiba pusing dan Mika terasa loya di tekaknya.

"Apahal pulak ni?" Bisik Mika sambil menahan kesakitan di kepalanya. Selepas seketika dia berjaya menahan pening itu Mika segera berlari ke bilik air. Tekaknya berasa loya dan dia mungkin akan muntah bila-bila masa saja.

Shaqif membuka pintu pejabatnya.

"Mika, jom lunch. Eh? Tak ada? Mana Mika menghilang pulak ni? Nak main sorok-sorok pulak dia. Takpe, abang cari sampai jumpa. Hihihi..."

Mula dah....

Manager Joey yang sedang berbincang dengan pekerja lain ketika itu ternampak Shaqif yang merayau-rayau di sekitar pejabat.

"Budak ni memang tak ada kerja ke apa?" Bisik Joey. Kemudian dia menghampiri bosnya itu.

"Kau buat apa kat sini? Merayau? Ke cari perempuan lain." Duga Joey. Sengaja dia membuat mulut celopar di situ. Mata Shaqif membulat.

"Sorry sikit. I dah ada Mika ok. Dan minggu depan kitorang nak kahwin dah pun. I don't need other woman...." bermuncung tebal bibir Shaqif semasa menyebut perkataan woman tu. Tak payah nak highlight sangatlah perkataan tu. Joey bukannya kenal kau sehari.

Joey menjeling Shaqif. Nak termuntah sat dengar ayat mamat sengal ni. No other woman? Yelah, yelah kau menang.

"Habis tu yang kau merayau sampai ke sini kenapa? Department ni jauh dari pejabat kau. Rasanya kau tak ada bisnes pun kat sini." Tanya Joey sekali lagi. Kali ni soalannya lebih jelas. Tiada kias-kiasan. Shaqif mengukirkan senyuman yang lebar dan dia menepuk bahu Joey beberapa kali.

"Lain kali tanya soalan tu biar jelas sikit, ya. Aku datang sini sebab nak cari Mika. Kotlah dia 'terlepas' sampai ke sini ke?" Balas Shaqif. Poyo. Joey memandang Shaqif pelik.

"Buat apa pulak Mika nak datang sini? Dia langsung takde hal yang berkait dengan department ni. Kau ni pun satu, dah tahu nak cari orang tu susah kau telefon jela dia." Cadang Joey. Tekaknya tiba-tiba rasa nak terkeluar kejap. Mana taknya nak terangkan sesuatu perkara dekat Shaqif ni bukannya mudah. Budak Shaqif ni jenis yang tak faham bahasa. Bahasa dia je yang dia faham.

Shaqif terdiam sebentar. Dia bermain dengan janggut dua helainya itu.

"Betul jugak cakap kau tu. Mika takde apa-apa hal dekat department ni. Erm...aku bukannya tak pandai sangat tak nak call Mika tapi masalahnya fon pun dia tinggalkan kat atas meja. So, how I'm gonna find her?" Tanya Shaqif pula. Joey tersentak. Mika tak bawak fon?

"Kalau macam tu kau cari dialah." Celah Joey cadangnya. Tiba-tiba Shaqif memetik jarinya. "That's what I'm doing right now. Find her. Hehehe..." balas Shaqif terlebih yakin.

Dah kena setempek kat muka Joey. Ish...ish...ish...

--------

"Weh, lunch nanti kita makan kat kafe baru depan tu nak tak?" Perempuan 1 berbicara.

"Kafe baru tu? Ak on je." Perempuan 2 menyahut.

Mereka berdua sedang berada dalam perjalanan untuk ke bilik air. Nak betulkan mekap katanya.

Perempuan...perempuan...

Tiba-tiba!

"Arghhh!" Jerit kedua-dua perempuan itu saat melihat sekujur tubuh yang kaku terbaring di dinding bilik air beehampiran sinki.

"Itu...nampak macam PA bos." Kata mereka. "Yelah!"

Shaqif terhenti dari langkahnya. Dia terdengar jeritan yang datang dari tingkat pejabatnya. Ada apa-apa yang berlaku ke? Ada apa-apa jadi kat Mika ke? No way!

Dengan sepantas kilat Shaqif berlari menaiki anak tangga untuk ke tingkat atas bagi memeriksa apa yang terjadi. Dia terlihat ramai pekerjanya berkerumun di hadapan bilik air wanita. Tanpa berlengah dia segera mendekati kerumun itu.

Shaqif terkejut.

"Mika!" Jeritnya.

Mika dijumpai pengsan di dalam bilik air oleh dua orang pekerja wanita. Selepas menelefon ambulans, Mika dibawa ke hospital kerana didapati tidak menyedarkan diri.

Pintu ambulans itu mula ditarik oleh staf hospital. Tiba-tiba...

"Tunggu! Saya nak ikut." Teriak Shaqif. Dua orang staf yang menjaga pintu ambulans itu terkaku. Siapa pulak mamat ni?

"Maaf, tapi awak siapa?" Tanya mereka.

"Saya...suami dia." Balasnya dengan penuh yakin.

------

Dei, kau minggu depan baru sah jadi suami dialah.

#suamikusengal?!

Comment
Vote

Suamiku Sengal?!Where stories live. Discover now