Part 1

6.2K 426 17
                                    

Cikgu Samsudin masuk ke dalam kelas 4 Rancangan Khas (RK) . Seperti biasa , mukanya ketat dan garang. Satu sekolah takut pada Cikgu Samsudin , nak bagi salam pun terketar - ketar

"Bangun. Selamat pagi cikgu! ". Ucap Shameel selaku ketua kelasku.

"Selamat pagi Cikgu! ".Pelajar lain mengikut ketua kelas mereka. Semua pun takut takut.

Mujurlah cikgu Samsudin hanya mengajar kelas tingkatan enam. Kalau mengajar kelas mereka? Sudah tentu sepanjang kelas akan jadi tegang buat mereka. Biasanya diorang ni mana tahu maksud diam atau senyap. Kelas diorang boleh dilabel sebagai kelas terbising di SMK Dato' Penghawa Barat. Kelas diorang juga dapat gelaran 'pasar ikan sekolah' . Hebat kan? Tepuk sikit.

"Semua sudah sedia maklum bahawa ketua disiplin kita iaitu Puan Zainon sudah berpindah bukan?" Tanya cikgu Samsudin. Seram wei cikgu ni! Sumpah aku tak tipu!

Semua pelajar hanya mengganguk. Puan Zainon sudah berpindah ke Terengganu lalu. Cikgu itu kami panggil 'Mem Rimau' bahaya kot cikgu tu. Kalau dia dah bagi amaran dan kau langgar jugak memang tempah keranda! Seorang pelajar , junior perempuan yang gedik lagi degil tidak mahu mengikat rambutnya kerana takut rosak . Gedik kan?! Sebab kegedikkn dan kedegilan itulah rambutnya dipotong serta merta. Sedih kot budak tu. Ha... sape suruh degil kan dah kena.

"Saya akan menggantikan Puan Zainon selaku ketua guru disiplin" . Terangnya ringkas.

Semua orang sudah, buat muka mahu pengsan . Sebelum ini 'mem rimau ' menjemur mereka di tengah padang kerana terlalu bising menggangu pelajar kelas lain. Tapi cikgu Samsudin ini nampak lagi garang, walaupun baru berkhidmat di sekolah itu selama 2 minggu namun auranya menakutkn srmua orang.

"Tujuan saya datang nak lantik beberapa orang pengawad dari kelas ini. Beberapa orang pengawas yang lama saya telah pecat kerana sering salah guna kuasa ".

Yeahh! Tepat sekali! Pengawas sekolah ini memang kerek.

"Baik , nama yang saya panggil sila ikut saya selepas ini faham?!"Ujarnya tegas.

"Faham Cikgu!". Serentaj mereka semua menjawab.

"Ahmad Aqif, Muhammad Hazim Hakimi, Muhammad Al-Firdaus, Remy Haiqal dan Nuranessa Alysa"

Whatt?!!!! Aku sekali?!!!!Haih! Nama aku Nuranessa Alysa. Akulah yang sibuk bercerita daripada tadi. Berbalik kepada perkara tadi, what? aku tak nak! Huhu nak nangis ni.

"Baik ikut saya sekarang". Arah cikgu Samsudin.

Dengan BERAT HATI menurut.

------------------------------------------------------------------------------

"Saya bukan sembarangan pilih kamu semua sebagai pengawas. Saya dah perhatikan dan minta pendapat guru guru lain". Ujar cikgu Samsudin.

Gawat! Aku nak tarik diri lah. Tak reti doh kawal kawal pelajar ni. Aku sendiri pun tak terkawal. Ok! Beranikan diri.

"Cikgu." Panggilku takut takut. sambil mengangkat tangan.

"Apa dia Alysa?".Tanya cikgu Samsudin.

"Saya rasa saya takbolehlah nak galas tanggungjawab ni. Besar sangat , tak terangkat dek bahu molek saya ni cikgu ". Minta simpati pada cikgu. Huhuhu harap berjaya.

"Saya yakin awak boleh Alysa . Ya memang tanggungjawab ni besar, tapi kamu kena tahu, yang saya bukan pilih sembarangan. Sekarang awak lah satu-satunya pengawas perempuan di sekolah ini. Cuma awak sahaja yang berpotensi. Saya tak nampak perkara ini pada pelajar perempuan lain." Cikgu Samsudin memberikan kata kata. semangat.

Kembang jugalah aku dengar pujian tu, Aku sorang je perempuan ? Masaklah aku !

"Baik cikgu, Saya akan cuba".

Maaf lahh kalau ada silap ke apee. Maaf kalau ada tertypo ke ape kee. Ni baruu first time buat story. Harap dimaafkan hehe maaflah ye. saya ni hanya hamba allah yang lemah.

Kalau dah baca tu vote la yee. jgn kedekut sangat 😂 hehe

Pengawas Jendul , Iloveyou!!Where stories live. Discover now