Part 3

3.1K 152 14
                                    


Namun, Elly tidak merajuk kerana aku mendenda nya. Dia mula terbiasa dengan dua personalitiku. Di sekolah macamm singa, luar sekolah macam pesakit rumah bahagiaa. Hahahahaha bahagiaa sangat 😂

Jadi disebabkan ketegasan aku yang terlampau melampau tapauu 😂 nii , para pelajar di sekola mula menakutiku . Cehhh, ye ah dalam sekolah diorang takut, tapi bila je jumpa luar sekolah, siap highfive bertepuk tampar lagi. Hahahaha.

Last, nama aku pun dah tukar. Macam yang aku cakap haritu. Tapi taklah aku tukar nama aku pegi Arissa Park pulak. Cuma tukar panggilan je. Sebelum ni aku dipanggil Alysa, sekarang aku dipanggil Nessa. Sebut je Nessa menggigil semuaa. Hahahaha hiperbola terlampau ya amat. Hehe

"Nessa meeting." Remy ketuk pintu lalu pergi .

Memang dah pengawas kat sekolah ni semuanyaa dingin. Sedinggin peti ais rumah aku. Aku mengambil buku catatan dan pen dari dalam pencil box lalu bergegas ke bilik disiplin. Memang kiteorang selalu meeting kat dalam bilik disiplin.

Aku duduk di tempat biasa, di sebelah kekanda Elly . Cikgu Samsudin masuk ke dalam bilik disiplin. Ska meletakkan beg di atas meja.

"Harini cikgu nak buat spotcheck besar-besaran. Lepas rehat, arahkan pelajar lelaki ke dewan dan pelajar perempuan ke surau. Memandangkan Nessa seorang je pengawad perempuan cikgu - cikgu perempuan akan tolong awak check pelajar perempuan. Pengawas lelaki bahagi kepada 2 kumpulan kemudian satu kumpulan bergerak ke blok 1 dan 2 untuk periksa beg dan kelas. Kumpulan kedua akan check pelajar lelaki di dewan. Jelas?! Ke nak saya ULANG?" Ujar Cikgu Samsudin.

Nak ulang balik ?! Kau memang tempah batu nisan lah jawabnya. Cikgu Samsudin memang pantang orang yang tidak fokus ni.

"Semuanya jelas cikgu! " Aku menjawab pertanyaan cikgu.

"Bagus. Bytheway Nessa, macam mana dengan projek kamu?Ada apa-apa kemajuan?"

"Okey jer cikgu, sejak je saya jalankan dendaan dah makin kurang dah pelajar yang timbulkan masalah. Tapi masih ada yang degil. Saya kene UPGRADE sikit dendaan saya tu. Hehe "

Projek yang dimaksudkan cikgu Samsudin ialah "Projek Dendaan Nessa" . Aku tetapkan tiga undang - undang yang memang aku LARANG sangat dalam sekolah ni. Pertama sekali, merokok tu paling paliingg sangat aku larang. Kedua, bergaduh. Dan ketiga, ponteng kelas. Kalau ada yang berani langgar undang - undang aku ni memang cari nahas. Aku akan rendam diorang dalam kolam ikan lama dekat belakang kantin sekolah. Kolan tu dah penuh dengan lumut dan berbau busuk. Ada berudu dan jugak katak lagi tau! Tapi telur nyamuk takdelah! Aku ni takdelah kejam sangat. Tak pasal - pasal kene denggi pulak nanti. Kolam tu memang busuk dan usang. Pergi dekat pun seram, inikan lagii berendam dalam tu. Haru gila!

Mula - mulaa projek aku ni tak diluluskan sebab nampak macam melampau. Namun, selepas aku berhujah sakan ketikka mesyuarat PIBG sekolah. Semua ibu bapa setuju. Siap suruh rendam lama - lama pulak tu. Hahahaha

Selepas itu, aku mula jalankan dendaan ini. Mereka ingat aku bergurau. Kemudian mereka sengaja merokok dan menghembuskan asap ke muka aku. Terus aku meroyan! Hampir semuuaa aku lempar masuk kolam. Ada yang hampir termuntah tapi peduli apa aku! Terus aku menjerit panggil semua pelajar kumpul dekat luar kelas iaitu korido. Dari korido memang jelas kelihatan "Neraka Jahanam Nessa" itu. Para pelajar sudah melopong melihat Fuad and the geng berada di dalam kolam. Cikgu Samsudin juga turut ada bersama aku dan pengawas lain semama aku meroyan dan mengheret lelaki - lelaki tersebut.

"Kalau korang rasa nak mandi kolam macam diorang, silakanlah langgar 3 PERATURAN aku. Lelaki atau perempuan , pengkid ke pondan semua aku campak dalam kolam ni, FAHAM?!"

Aku menjerit dari bawah. Semua pelajar ada yang terkejut dan takut. "MASUK KELAS! "Jeritan aku buat semua berpusu - pusu masuk kelas.

---------------------------------------------------------------------------------

Dah cukuplah tu throwback setakat ni. Back to masa sekarang.

"Nak UPGRADE apa pulak ni Nessa?". Tanya Cikgu Samsudin

"Entahlah cikgu, mungkin saya kene suruh diorang menyelam dulu baru diorang yang degil tu takut. Tapi kalau masih lagi tak serik, saya nak mintak kebenaran abang penjaga taman buaya, ular segala haiwan pinjamkan haiwan dekat saya. Biar saya campak diorang dalam kolam yang ada buaya semua tu". Aku selamba.

"Haih, awak ni macam - macam je lah Nessa". Jawab cikgu Samsudin sambil ketawa.

Cikgu dan pengawas lain hanya menggeleng. Remy pula hanya mengekek ketawa kan aku.

"Okey, kamu boleh mula gerak sekarang ". Arah cikgu Samsudin kepada kami.

Kami semua terus bangun dan menuju ke blok 1 dan blok 2 untuk mengarahkan mereka pergi me surau dan dewan sekarang juga

Bersambung....

Pengawas Jendul , Iloveyou!!Where stories live. Discover now