Part 5

17.5K 721 3
                                    

Dayana memerhati tajam ke arah Ammar. Ammar ketika itu sedang berbual bual mesra dengan Ainul. Ainul juga kelihatan rancak berborak dengan Ammar di restoran. Dayana seringkali melihat mereka keluar berdua. Adakah mereka mempunyai hubungan serius?

Rasa cemburu datang bertamu di hati Dayana Sofea, bekas kekasih Ammar. Dia akui, dia masih sayang akan lelaki itu. Namun, tindakan Dayana yang berlaku curang terhadap Ammar itu tidak dapat dimaafkan. Ammar nyata sekali tidak memberi peluang kepada Dayana. Keras hati sungguh!

Dayana memberanikan diri menghampiri meja makan mereka lantas duduk bersebelahan Ammar.

Ammar ketika itu sedang meyuapkan makanan ke mulut kelihatan kaget. Makanan di dalam mulutnya itu tidak dikunyah, hanya dikemam sahaja.

"Alah you, jangan buat muka macam tu. Melting I, comel sangat!" Kata Dayana sambil menampar lembut pipi Ammar.

Ammar mengunyah perlahan makanan di dalam mulutnya itu namun matanya tidak berkelip memandang Ainul.Di wajah Ainul terpancar rasa kurang selesa melihat timgkah Dayana terhadap Ammar.

'Dia cemburu ke tengok aku dengan Dayana?' Bisik hati kecil Ammar.

Dia tersenyum kepada Ainul.

'No sekarang bukan masanya lagi untuk aku sakitkan hati dia!' Fikir Ammar.

Ammar segera memaut lengan Dayana untuk bangun.

Ammar menarik Dayana untuk keluar dari restoran itu.

"Auch apa ni Am, sakitlah! Lepaskan I!" jerit Dayana sambil meronta untuk dilepaskan.

"Berani you kacau date I dengan dia! You buat apa di sini?" Soal Ammar kasar.

"Now look, Ammar Rizal, I still love you. Susah ke you nak faham?" Kata Dayana sambil merenung tepat mata Ammar.

Ammar tersenyum sambil mencuit dagu Dayana.

"You sayang I?" Soal Ammar.

Laju Dayana mengangguk.

"Cubalah curi hati I sampai dapat. I nak tengok sejauh mana cinta You kat I". Kata Ammar sambil mengenyitkan matanya kepada Dayana.

Ammar segera kembali ke meja makan. Kelihatan Ainul sudah tiada di situ.

'Hahaha, jealous lah tu. Itu baru sikit. Kau tunggu je lah lepas ni' kata Ammar disertakan dengan senyuman meleret.

Di pejabat, Ammar mencari kelibat Ainul. Melilau matanya mencari. Akhirnya jumpa juga!

"Ainul, tolong masuk ke bilik saya!" Arah Ammar.

Ainul tergamam. Dituruti sajalah perintah bosnya itu.

Ainul masuk. Ammar yang sedang duduk di atas meja segera bangun dan menuju ke arah Ainul.

"Tadi kenapa terus pergi. Tak tunggu saya?" Soal Ammar.

"No I'm sorry. Saya fikir bos lama lagi. Lagipun saya ada banyak kerja yang tak selesai lagi" Ainul memberi alasan.

"Sampai hati awak tinggalkan saya. Lain kali jangan macam tu, okay?" Ammar berkata kepada Ainul sambil merenung tepat mata Ainul.

Mata mereka bertentangan. Ainul berdebar. Begitu juga Ammar! Ainul segera meninggalkan ruangan itu.

Ammar meraup wajahnya. Ammar memarahi diri sendiri.

'Damn! Kenapa aku pulak rasa nervous!'

Rancangannya akan gagal jika dia kembali jatuh hati kepada gadis itu.

'No, aku takkan kalah dengan kau!' Bentak Ammar.

Ainul menahan malu. Tatapan lelaki itu membuatkan jantungnya berdegup kencang.

Ainul akui perasaan sukanya terhadap Ammar telah kembali. Namun Ainul menidakkannya.

"See, dia dah ada girlfriend. Minah yang menggeletis tadi tu girlfriend dia, okay fine" Ainul bermonolog.

"Perempuan yang mana girlfriend saya?" Soal Ammar yang tiba tiba muncul

'Ish dia ni, ada saja ke mana aku pergi!'

Ainul menggeleng geleng dan tersenyum.

"Takde pape bos. Betul!" Bohong Ainul.

Ammar mencebik.

"Dia bukan girlfriend saya" kata Ammar. Ammar terus berlalu dari situ.

gaiss please comment jika ada yang perlu diperbaiki. Jangan lupa vote tau :) ikhlas, hehe.
nantikan update yang seterusnya!

Ternyata Salah MencintaimuWhere stories live. Discover now