Chapter 18

2.2K 165 0
                                    

Hari ini jihyo dengan sehun keluar dating berdua saja. Daehan, minguk, manse berada di tadika.

"Hyo, nanti awak datang tau masa music award tu. Saya nak sangat awak datang." Mereka duduk disebuah bangku.

"Memang hyo akan datang nanti. Sebab jin dah ajak." Jelas jihyo.

"Jin ajak? Ahh , hun lupa... jin tu idol..." sehun tersengih macam nasi basi. Dia lupa bahawa adik jihyo juga seorang idol. Group adik jihyo juga sangat popular.

"Apa yang hun fikirkan sampai boleh terlupa macamtu sekali?" Soal jihyo. Hairan.

"Entahla. Mane ada fikir apa-apa..." jawab sehun.

"Ke hun tengah fikirkan perempuan lain?" Tebak jihyo membuatkan sehun tersentak.

"Apala hyo ni. Kalau ada pun...mestila hun fikirkan hyo sorang je..." jelas sehun.

"Erm hun, hyo nak tanya, lepas kita clash dulu, hun ada yeojachingu tak?" Soal jihyo ingin tahu.

Sehun tidak selesa dengan soalan jihyo. "Kenapa hyo tanya macamtu? Jeles je?" Soal sehun.

"Bukannya hyo jeles. Hyo saja je nak tahu. Kalau boleh hyo taknak la ada rahsia apa-apa antara kita. Hyo taknak nanti satu masa, salah sorang akan rasa kecewa." Jelas jihyo membuatkan sehun lagi tersentak.

"Apa hyo cakap macamtu. Hun takde rahsia apa-apa la." Ujar sehun cuba yakinkan jihyo.

"Betul ke ni? Hun takde tipu apa-apa?" Jihyo was-was.

"Ye. Betul." Jawab sehun.

"Dahla. Hyo nak balik dulula. Lagipun hun ada practice kan?" Soal jihyo. Dia sudah bangun dari duduknya.

"Ha'ah. Hun ada practice. Nak suruh hun hantarkan tak?" Soal sehun. Menawar untuk menghantar jihyo pulang.

"Ehh, takpe. Hyo kan bawak kereta sendiri. Hyo boleh balik sendiri. Don't worry." Ujar jihyo.

"Kalau macam tu takpela. Nanti jangan lupa tau, datang masa music award tu tau." Pesan sehun.

"Of course hyo akan datang. Hyo pergi dulu tau. Annyeong." Jihyo mengucapkan selamat tinggal. Sehun memerhatikan jihyo hingga hilang dari pandangan mata.

'Hyo, hun mintak maaf. Hun takut kalau hun bagitau hyo perkara sebenar, hyo tak dapat terima. Hun takut hyo akan tinggalkam hun. Hun taknak kehilangan hyo buat kali kedua. Hun takkan sia-siakan peluang kedua yang hyo dah berikan pada hun.' Lama dia berdiri membatu disitu. Dia terasa dirinya sangat kejam kerana menipu jihyo.

Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now