Chapter 20

2K 149 4
                                    

Sejak balik dari tadi, jihyo tak keluar-keluar dari biliknya. Daehan, minguk, manse masih berada dirumah jiran mereka.

Jin kerumah noonanya untuk mengetahui perkara sebenar. Jihyo masih juga tidak keluar dari biliknya.

"Serius?! Tak sangka betul si sehun tu sanggup tipu noona." Jin terkejut apabila jessica memberitahu perkara sebenar. Jin berasa tidak puas hati apabila noonanya ditipu dan dikecewakan.

"Yela. Sica pun tak sangka yang sehun sanggup buat macam tu dekat jihyo. Selama ni jihyo happy sangat. Tapi bila sehun buat dia macam ni, mestilah jihyo rasa kecewa dan sedih kan." Jessica memberi pendapat.

Perbualan mereka berdua terhenti apabila terdengar tapak kaki menuruni tangga. Mereka berdua terdiam tidak terkutik melihat jihyo turun. Macam tiada apa yang terjadi. Muka jihyo biasa-biasa saja. Jihyo keluar dari dapur sambil memegang segelas air.

"Korang apsal tengok aku camtu? Pelik sangat ke aku ni? Ke ada something dekat muka aku?" Soal jihyo sambil meraba-raba mukanya.

"Noona, are you okey?" Soal jin aneh.

"Yeah, I'm okey. Why?" Soal jihyo kembali.

"Are you sure? Kau sure ke kau okey? Kau tak rasa apa-apa ke? Kau tak marah ke sehun buat macam tu dekat kau? Ehh, hyo, aku geram tau dia tipu kau macamtu." Jessica menyuarakan ketidakpuasan hatinya. Jin disisi menenangkan jessica.

"Takpelah. Anggap jelah aku dengan dia takde jodoh. Lagipun aku taknak la dituduh perampas. Biarla diorang happy berdua." Jihyo menjelaskan. Dia tidak ingin dituduh perampas hak orang.

"Hyo, kau..." percakapan jessica dipotong.

"Dahla sica. Aku taknak panjangkan lagi hal ni." Jihyo bersuara lemah. Kalau boleh dia tidak mahu membicarakan hal ini lagi. Hal yang mampu membuatkan airmatanya jatuh bila-bila masa saja.

"Noona, kalau noona ada nak luahkan, noona boleh luahkan dekat jin. Noona jangan simpan sorang-sorang." Kata-kata jin membuatkan jihyo terharu. Sayang betul jin dengan noonanya.

"Gomawo, dongsaeng yaa." Ucap jihyo sambil mengusap-usap kepala jin. Jessica tersenyum melihat jin dan jihyo.

Ting tong.....ting tong....

Loceng rumah mereka berbunyi.

"Takpe biar noona yang buka" jihyo menawarkan diri.

Jihyo kaku sebaik saja membuka pintu.

"Sehun"

"Jihyo"

Give Me One Chance...SaranghaeWhere stories live. Discover now