#PK76

39.9K 1.1K 23
                                    

Hahaha sorry terbuat PK77 tadi. Hehe

Aku terpaksa menjaga Qalisya di hospital. Sebaik sahaja Qalisya sudah ditempatkan di wad biasa, aku menyuruh Irfan untuk pulang. Biarlah aku yang menjaganya.

Kesian Qalisya.. Asyik meracau memanggil ibu nya je.


Entah macam mana aku tak perasan yang aku sudah terlelap..


***

Irfan tidak pulang pada malam itu. Dia juga turut sama menjaga Qalisya. Biarpun Syafiha menegahnya untuk pulang, namun dia tidak mahu pulang. Nanti kesian lah anak saudaranya kalau dia tiada disisi.

Irfan masuk kedalam wad Qalisya. Kelihatan Syafiha sedang tidur di sisi katil Qalisya. Kesian pulak dia melihat Syafiha yang terpaksa bersusah payah menjaga aank saudaranya itu. Sebut pasal kakaknya, alhamdulillah kakaknya telah menjawab panggilannya semalam. Berkemungkinan kakaknya akan pulang pada pagi ini.




Tak tahu lah kenapa, irfan rasa dia begitu tertarik melihat Syafiha tidur. Dalam banyak banyak hal pasal Syafiha, part dia tidur lah paling comel. Teringat waktu zaman sekolah dulu.

"Maafkan Fan Sya, Fan pengecut. Fan lari dari Sya dulu.. " bicara Irfan.. Dia tahu Syafiha tidur dan mungkin tidak dengar bait bicaranya itu.


"Kalau lah dulu Fan tak lari.. Kalau lah dulu Fan tak bercinta dengan Mas.. Maafkan Fan Sya, Fan tak sanggup nak lukakan hati Mas waktu tu.."





Baru sahaja tangan Irfan ingin membelai pipi Syafiha, pintu wad dibuka.



"Sialan kau!" Khairul datang lalu melemparkan satu tumbukan yang padu di pipi Irfan.
Jatuh terduduk Irfan di atas sofa.

Syafiha yang mendengar riuh rendah itu terus tersedar.
Terkejut dia melihat Khairul yang sudah menahan marah manakala Irfan sudah memegang pipinya.

Sah! Diorang bergaduh.

"Ya Allah abang! Abang irfan! Apa ni? Ni hospital lah. Bukan gelanggang wrestling!" Marah Syafiha..

"Hmm ya Allah berdarah dah bibir abang Irfan.. Jap Sya pergi minta kapas dan ubat dengan nurse.." Baru sahaja Syafiha ingin melangkah, Irfan menahannya.


"Takpa Sya.. Abang pergi ambil sendiri.." Ujar Irfan lalu berlalu keluar.


Sebaik sahaja Irfan keluar, Syafiha mendekati Khairul.

"Abang dah kenapa?"

Khairul merengus geram. "Dia tu yang kenapa! Sya tahu tak dia nak pegang pipi Sya tadi? Sya tahu apa.. Sya tidur." Bentak Khairul.

"Abang.. Please.. Ni hospital.. Hormat sikit pesakit lain. Tak malu ke?" Syafiha sepertinya memujuk Khairul. Melihat muka Khairul yang masih tegang itu, Syafiha mencium pipi kanan suaminya itu. Terus senyuman tersungging di bibir Khairul.

Khairul memeluk bahu Syafiha dan mencium dahi isterinya itu.

"I miss you." Ucapnya.

***

Sorry update pendek sebab sis ada kerja pagini.. Insha Allah petang nanti update lain. Bye

Peluang KeduaWhere stories live. Discover now