Bab 1

760 32 1
                                    

Oktober 2000

Malam. Tiadanya mentari di langit maka alam diselimuti kegelapan. Tiadanya photon menghentam tubi kolera mata membuatkan jendela iris mata terbuka luas demi sebuah imej terbalik untuk dihantar ke otak. Manusia sememangnya akan kaku dalam kegelapan sehingga dia yakin apa yang berada di depan.

4 figura manusia gelap sedang terbongkok-bongkok di hadapan sebuah pagar. Dengan kemahiran memanjat yang mereka rasakan setaraf ninja, mudah sahaja mereka menyelinap masuk ke kawasan yang mereka ceroboh.

"No lights!" tegas salah seorang dari mereka. Jelas itu adalah ketua mereka.

Kesemua mereka mencangkung di balik pasu bunga besar yang menjadi tempat hidupya pokok yang selalu dipotong bentuk kon.

"Macam mana?" tanya ketua itu menerusi handphone di tangan. Nyalaan hijau cair tampak terang dalam gelita.

"Good to go. Lama lagi dia nak balik. Belum half-time lagi. Korang tak de nak amik bet kan?"

Si ketua mematikan sahaja perbualan lalu menunjuk-nunjuk arah ke depan dengan dua jari, tak ubah seperti lagak pasukan SWAT untuk menggempur bangunan musuh.

Mereka tidak berlari. Sekadar berjalan laju dengan badan yang rendah di sepanjang laluan penjalan kaki yang berbumbung itu. Pergerakan perlu senyap. Tiada seorang pun bercakap. Nafas perlu rendah. Mata perlu tajam seperti kucing yang melihat dalam gelap. Tiada langsung bantuan cahaya buatan manusia. Sekadar keadaan samar-sama dari lampu jalan raya besar yang jauhnya lebih 500m.

Mereka cekap memilih laluan bagai sudah berjuta kali melalui kawasan tersebut. Sesiapa yang terlihat kelibat mereka, sudah pastinya tahu mereka adalah geng pecah!

"Klak!"

Mangga yang mengunci gril besi untuk menaiki tangga dibuka dengan mudah. Begitu juga pintu utama bilik sasaran mereka. Semuanya sudah dirancang rapi. Waktu paling sesuai untuk melakukan pencerobohan. Kunci pendua untuk semua pintu dan mangga. Semuanya telah tersedia hasil tungkus-lumus ketua mereka. Gagal merancang adalah merancang kegagalan. Operasi mereka ini perlu berjaya. Mereka hanya ada satu peluang sahaja dan dengan satu peluang itu mereka perlu berjaya!

Mereka akhirnya berhenti di hadapan sebuah pintu waja. Kepala mereka yang bersarungkan topeng full face itu hanya menampak mata. Mereka memandang antara satu sama lain.

"Ok! Lights!"

Seorang dari mereka mengeluarkan lampu suluh kecil. Suluhan serba kecil berkuasa bateri cenonet AAA disuluh secara rawak sebelum terarah papan kekunci di sebelah pintu. Seorang yang berbadan kecil pula merapati. Ditenungnya lama-lama ke arah 12 biji butang itu sebelum tangan kanannya menyeluk kocek seluarnya dalam-dalam. Sepaket krimer susu dikeluarkan. Perlahan dia mengeluarkan isi ke atas telapak tangan kiri.

"Fuuoohh!!" lalu dia hembus serbuk seperti bomoh yang menghembus jampi penghalau hantu. Tiada hantu untuk dihalau. Kerana mereka sendiri sudah seperti hantu yang mahukan kod masuk pintu waja ni.

Si kecil itu merenung kembali ke arah papan kekunci. Terdapat 4 butang yang serbuk krimernya terlekat lebih. Protein susu melekat pada minyak jari mendedahkan 4 angka yang diperlukan. Pantas dia keluarkan pen dan buku kecil lalu dia senaraikan setiap kombinasi yang ada. Cuma hanya ada 1 sahaja yang tepat daripada 24 kebarangkalian yang ada.

"Berapa lama boleh siap ni?" tanya sang ketua.

"Kejap je" suara yang menjawab dibalik fabrik topeng jelas lebih muda dari yang bertanya. Tangannya masih pantas menyenaraikan kebarangkalian yang ada. Yang lain sudah tertoleh-toleh ke arah belakang. Siapa yang tak cuak ceroboh kawasann terlarang. Lagi-lagi jika mereka kantoi, tiada pintu lain untuk mereka lari.

SKAK x BELANTARA  [completed]Where stories live. Discover now