18.

299 17 1
                                    


kelauar sahaja dari surau, Ani terus melangkah ke antara dua blok asrama. baru sahaja selesai menunaikan solat zohor berjemaah. masa berjalan tu, dia pelik juga sebab kenapa ada dua pasang kasut tercampak dan merata rata dekat tengah tengah blok tu. sempat matanya memandang rakan satu sekolahnya, Icha sedang berjalan sambil telekung ditangannya dipeluk erat dan matanya hanya menunduk ke bawah. tanpa mempedulikan Icha dan berfikir panjang, Ani lalu sajalah tengah blok tu. tiba tiba...

"puk!" satu pasang kasut wedges hitam selamat landing betul betul depan Ani. lagi satu meter nak terhantuk dekat kepala Ani. orang tua tua kata, dah terhantuk baru nak terngadah. tapi ni kes lain. bukan Ani sengaja mahu terhantuk. tapi ada sekumpulan makhluk mana entah yang sengaja menghantuk kepalanya dengan balingan kasut tadi. seriau jugaklah sekejap.

"nasib tak kena aku!" kata Ani sedikit keras. dia sempat pandang atas. ada seekor makhluk sedang duduk bersantai di koridor blok tersebut. marah? gila tak marah. kasut wedges kot. bukan selipar jamban berkerutu tu. kalau selipar jamban ke, flipper tu ke, ye lembut dan kenyal. kalau kena kepala pun sakit masih boleh ditahan. dah kalau wedges, kalah gunung everest benjolnya. silap hari bulan, berarak ke hospital lepastu amnesia. bisa tragis, lorh.

Ina yang sedikit geram segera memanjangkan langkah untuk naik ke tingkat atas. niatnya satu, nak tengok siapa punya angkara wedges tu melayang. siasat punya siasat. hmm, musuh rupanya. okaylah. Ani pasrah. lagipun, masa Ani pandang makhluk makhluk tu diorang balas pandangan Ani dengan senyuman sinis. dia memang sinis dengan Ani berniat ke tak, tak tahulah. yang penting Ani nak baring. kalau dia ikut hati. habislah. perang dunia ke berapa pulak yang akan tercetus nanti. biarlah mereka dengan khayal mereka. yang penting aku. ya, aku. kata hati Ani menguatkan tindakannya.

hati orang mana boleh ubah. yang boleh ubah hanya Tuhan. tu pun, Tuhan dah ingatkan awal awal. sesuatu kaum tu akan berubah, jika dan hanya jika dia yang mahu berubah. lebih kurang macam tulah ayatnya.

Ani hanya mampu menghentak kaki tanda protes. kalau ikutkan memang rasa nak campak balik wedges tu dekat muka tiga orang makhluk yang tak guna tu. makhluk macam tu, sesuai bagi duduk dalam kandang je. tak ada otak. pemikiran tak panjang dan gedik tak bertempat. huh! sedih!

namun, seperti apa yang meronta dalam hatinya tadi bahawasanya dia tidak mahu mencari pasal yang nanti akhirnya dia juga yang nampak bersalah. biasalah penilaian manusia berbeza daripada cara Dia menilai.

lantako.

boleh blah. aku nak tidur.

HAKIKAT MANUSIA. ✔Where stories live. Discover now