Apa pendapat kau?

153 6 0
                                    

Aku dan Yuyu temengah-mengah mencari gerabak. Gerabak ekonomi nun di hujung kalau di banding dengan gerabak kelas pertama. Aku dan Yuyu yang secara tidak sengaja ternaik gerabak kelas pertama disuruh turun untuk berjalan ke gerabak dua puluh. Mendengar kan panggilan terakhir daripada PA sistem aku dan Yuyu berlari ke arah gerabak kami. Separuh jalan di gerabak sepuluh, bunyi beep yang menandakan pintu akan ditutup hinggap di telinga kami. Aku dan Yuyu terus melompat ke dalam gerabak sepuluh. Sama seperti filem hindustan. Pashmina yang aku ikat rapi di leher dilonggarkan. Peluh kepenatan dicampur dengan peluh gemuruh bercampur aduk. Aku dan Yuyu berjalan melintasi gerabak. Hingga lah ke gerabak dua puluh yang paling hujung.

Aku menggeluarkan tiket yang aku lipat tadi untuk kepastian. Ya. Itu memang seat aku. Tetapi kenapa lelaki separuh botak ini duduk di situ. Dengan kudrat yang ada, aku dan Yuyu simpan haversack kami di overhead storage. Aku menunjukkan tiket aku kepada lelaki separuh botak tadi dan temannya. Seat aku dan Yuyu bersebelahan dan di depan kami ada dua seat lagi yang menghadap seat kami. Diduduki oleh pasangan Italy.

"Excuse me, these two are our seat."

Mereka berempat berbicara dalam bahasa Itali. Memandang aku dan Yuyu. Entah apa yang dia katakan. Aku tidak mahu ambil tahu. Yang penting itu seat kami. Aku dan Yuyu bayar untuk tempahan seat. Lelaki separuh botak dan temannya yang juga lelaki memandang kami dengan pandangan yang kurang menyenangkan. Seperti sedang menahan penumbuk daripada singgah ke muka aku. Dia berlalu tanpa meminta maaf kerana mengambil seat aku. Menolak aku dan Yuu ketepi semasa dia mahu keluar dari seat kami Dia tua? Aku perlu beri dia duduk? Maaf. Ini bukan LRT yang boleh disumbat macam mesin basuh di hari minggu. Sesiapa yang menaiki inter city train ini akan ada tempat duduk masing-masing. Melainkan kau naik tanpa membeli tiket.

Aku lihat dia berlalu menuju ke gerabak lain. Lantak kau lah. Biadap betul.

"Suka hati dia ja duduk seat kita. Dia ingat kita ni apa tunggui kayu?"

"Tu lah pasal. Kurang ajar pulak tu. Macam kita rampas seat ni. Seat ni seat kita OK!"

Aku dan Yuyu bersandar. Beg daypack yang dipenuhi barang berharga aku peluk erat. Telinga kami sudah disumbat earphone. Pasangan Italy di depan kami asyik bercumbuan. Yucks geli. A peck should be OK. Ni sampai lidah semua keluar. Tangan lelaki tu tak payah cakap lah dia punya menjalar dekat awek dia. Kau kemaruk sangat ke sampai tak boleh tunggu? Pashmina yang dilonggarkan tadi aku gunakan untuk menutup mulutku supaya adegan tidur mulut ternganga tidak menjadi tayangan umum di gerabak dua puluh. Hood ditarik untuk menyarung kepala dan menutup mataku dari cahaya lampu gerabak. Aku melayan mata untuk tidur.

******

Tidurku diganggu hilai tawa pasangan kekasih yang tidak sabar mahu tiba supaya mereka boleh mengawan. Jelak dan jelek. Aku tidak peduli tentang apa yang orang lakukan. Tapi bila kau mahu mencium awek kau, kau pandang aku dan Yuyu. Bila kau mahu meraba awek kau, kau pandang kami lagi. Apa yang kau mahu? Apa yang kau cuba buktikan? We have been dry? We are losers for not having partner?

Yuyu di sebelah tekun membaca novel. Mataku sudah tidak boleh lelap lagi. Aku merenggangkan badan dan tegak kan semula kerusi.

"Yu. Meluat aku tengok couple depan kita ni"

Tiada sebarang reaksi daripada Yuyu. Oh patutlah. Aku merentap earphone di telinganya.

"Awat?"

 "Aku kata aku meluat tengok couple depan kita ni"  

"OOOO...Aaaa...Tu la. Dari tadi dok jeling-jeling aku. Hang nak bercium, cium ja la. Nak jeling-jeling aku buat apa?! Aku cucuk biji mata hang baru hang tau"

"Ntah. Ingat kita kemaruk sangat. Berapa lama lagi nak sampai? Lama-lama boleh ketumbit mata ni"

"Lagi 2 jam sampailah kot."

Yuyu menutup buku. Dan meletakkan nya di pangkuan. Dia memusingkan sedikit badannya supaya menghadap aku. Seronok kami mengutuk di depan orang yang dikutuk. Ini baru betul kutuk depa-depan. Kalau tiba-tiba dia membalas dalam bahasa melayu, mungkin aku dan Yuyu akan meminta maaf tanpa henti sampailah di stesyen Venice.

"Aku dah bincang dengan sayang aku. Mmmm.. Balik nanti dia ambil kita. Pastu aku kenalkan hang dekat dia."

"Seriously? Waaaa...Akhirnya. Tapi lambat lagi la gamak nya? Kita lagi dua minggu lebih kat sini."

"Ha'ah. Hang excited lebih ni pasaipa?"

"Aku nak jadi pengapit. Mestilah excited."

"Sudah la hang. Nak pressure aku nikah awai. Pui. Tapi aku rasa hang tak boleh kot jadi pengapit"

"Mana boleeeehhhhh....Boleh putus sahabat macam ni."

"Hang bz nanti. Tolong basuh pinggan. Kutip pinggan. Towel good morning tu kena sangkut ataih bahu hang. Hang kena jadi cip khadam nanti. Aku kan raja sehari."

"Eh kau ni. Sesuka hati je."

Aku melonggarkan pashmina biru pekat pemberian Dani, tarik ke depan dan aku lipat kemas sebelum meletakkan di meja lipat di depan aku.

"Cantik pashmina hang. Bukan macam warna yang hang selalu pilih."

"Ha'ah. Kawan bagi. Suka jugak la warna biru."

"Hang tak payah la nak buat toya. Aku tau dah. Aku habih berak awai haritu. Aku nampak semua."

"Sorry lah. Bukan salah aku. Dani yang bagi aku. Dia cakap tak cukup budget nak beli untuk kau juga"

"Hang ni bodo la. B.O.D.O. Aku tak pedulik pun pasai pashmina ni. Yang aku pedulik pasai hang dengan Dani. Dia tu ada hati kat hang sejak hang dengan Arif lagi. Dia baru sedaq."

"Haaaaa?"

"Ya Allah Ya rabbi. Kau bukalah mata sahabat aku ini Ya Allah." Yuyu mengangkat tanggan nya tinggi seperti berdoa. Aku yang malu bertindak menarik tangan nya dan menyuruhnya diam.

"Over la kau ni Yu."

"Mana tak nya. Hang ni B.U.T.A butaaaa.... Aku dah confront dia. Memang dia mengaku. Tapi dah cakap jangan bagitau hang apa-apa sampai dia sendiri sedia bagitau hang."

"Kenapa dia tak cakap masa aku awal-awal dengan Arif dulu."

"Kan aku dah cakap. Dia baru sedaq lepas hang dengan Arif. Baruuuuu sedaq! Paham dak? Hang macam tak kenal Dani. Dia mana suka sailang-sailang awek orang ni. Dia tu antara produk Sekolah Agama yang berjaya"

"Tapi kita dah kawan lama kut"

"Bab tu aku setuju. Aku tak paksa. Tapi benda tu tak mustahil. Kawan baik boleh bercinta."

"Apa pendapat kau?"

"Sama la macam tadi. Hang ni pun. Hang pikiaq la habis-habisan. Aku tak boleh paksa hang suka dia."

Aku mengigit bibirku. Aku memekup muka sendiri di bawah bantal. Binggung. Boleh ke aku bercinta dengan lelaki yang aku kenal sejak sekolah rendah lagi?










Destinasi Si JalangWhere stories live. Discover now