Hari ini sudah genap seminggu aku berkhidmat di Syarikat Papa. Selama seminggu itu jugalah aku tidak bertegur sapa dengan Amar mahupun Papa melainkan atas dasar pekerjaan. I DIDN'T MIX MY PROBLEM WITH COMPANY POLICY ---
Tapi hari ini aku tekad ! Aku akan bertanya perihal jawatan itu.
♡♡♥♡♡
Selesai sahaja mesyuarat aku terus ke pejabat Papa. Aku benci apabila ada musuh dalam selimut. Apa lagi jika musuh itu suami yang tak pernah aku rela untuk menjadi isterinya. Pintu bilik yang dihadapannya terukir 'PENGARAH' aku terjah tanpa diundang. P.A Papa sudah menghalang aku sebentar tadi, sudah pasti aku buat bodoh sahaja.
"Why Amar ?"
Tengkingku setelah berjaya masuk ke pejabat Papa. Aku perasan muka Papa sedikit berkerut.
"What do you mean 'Why Amar?"
"CEO Megah Holdings! Kenapa Amar? Kenapa dia sedangkan Papa ada Dilla?"
Papa tersengih
"Dilla takkan faham"
"Now what? What do you mean I takkan faham"
Sekarang aku mula keliru. Rahsia apa yang Papa cuba sembunyikan? Adakah syarikat ini sebenarnya bukan milik Papa, selama ini Papa hanya mengusahakannya sahaja. Ataupun, Papa berhutang dengan keluarga Amar. Papa tidak mampu membayar dan akhirnya terpaksa melantik Amar sebagai CEO syarikat ini. Dan mungkin ini juga salah satu faktor aku dinikahkan dengan Amar, pelbagai spekulasi yang ada dalam kepalaku kini.
"Please Dilla, kita boleh discuss pasal ni dekat rumah"
Papa cuba menenangkan aku. Tidak, aku takkan tenang jika keadaan ini tidak berubah. Papa cuba mencapai tanganku, aku berjaya tepis.
"NO !! Don't you ever touch me, Selama seminggu Dilla bekerja dalam syarikat ni. Baru sekarang Papa nak discuss ? Dilla takkan percaya apa pun yang bakal Papa katakan. NEVER"
Ya, semakin tinggi suara aku. Aku pasti semua staff di sekitar pejabat Papa pasti sedang memasang telinga. Atau sedang menjadi wartawan tidak berbayar. Ada aku kisah ?
Sekali lagi Papa mencapai tangan aku.
"I said don't touch me"
"Adila Aryna !!!"
Suara itu....
"How rude you are"
Suara Amar.
Bagus, dia dah sampai..
"Good, sekarang you dan Papa boleh terangkan apa yang berlaku. From A to Z, jangan tinggal sedikit pun point"
Kerusi Papa aku tarik. Dan aku melabuhkan punggung, sambil memandang sinis dua makhluk dihadapan aku; Papa dan Amar.
Papa menghelakan nafas.
"Semua ni bukan salah Amar. Dilla, you must trust me, as your father I'm doing this for you and your life"
"Bukan salah Amar ? Habis, salah siapa ? Makcik cleaner ? Dilla ?
"Adila..."
"What ? Am I right Amar ? Kalau bukan you yang hasut Papa untuk naikkan jawatan you.. I takkan buat hal macam sekarang"
"Dilla, bagi Papa jelaskan"
"Dilla dah penat Pa. Kalau Papa malu nak cerita dekat sini, mungkin sebab nak jaga reputasi syarikat, Kita discuss dekat rumah je. Pastikan Papa dan Amar ada dirumah lepas makan malam. Or, you both will never see me anymore"
Berani kau ugut suami dan bapa kau Adila
"We will Adila, please don't do such a stupid things"
"Good"
♥♥♡♥♥
Selesai sahaja makan malam dan solat isyak berjemaah kami berkumpul di ruang tamu.
Papa diam.
Mama diam.
Amar pun diam.
"So, siapa nak mula dulu ? Papa ? Amar ? Ataupun you all nak I buat Muqaddimah ?
Baiklah, Adila Aryna yang hormatkan bapanya selama ini sudah hilang. Mungkin marah sudah menguasai aku. Walaupun aku tak suka begini, tapi aku harus. Jika tidak, sampai bila-bila Papa berahsia dengan aku. Aku tak mahu hidup dalam pembohongan dan berahsia. Kerana akhirnya aku yang akan sakit. Bukan Papa, Bukan Mama, mahupun Amar.
"Dilla, Mama minta maaf jika Mama masuk campur. Tapi ini memang bukan salah Amar"
"Wait.. Mama tahu pasal ni ?"
"Maafkan Mama"
Nampaknya, selama ini keluarga aku banyak berahsia denganku.
"Wow, you all such a good actor"
Aku menepuk-nepuk tangan ala-artis yang tak ikhlas beri tepukan di majlis-majlis rasmi anugerah.
"Sebelum Papa ceritakan semua, Papa nak Dilla diam dan cuba fahamkan. Dan paling penting, Dilla harus dan perlu terima kenyataan"
"Okey"
627 Words
YOU ARE READING
ADILA ARYNA [✔]
RandomAdila Aryna merupakan salah seorang anak perempuan kepada Dato' Hisham. Adila mempunyai seorang kakak, Amira Ariana. Namun selepas tragedi kemalangan Amira, Adila berubah menjadi seorang gadis sosial, Dato' Hisham dan isterinya khuatir dengan peruba...