Pagi itu aku tersedar dengan sendiri. Lenaku diganggu dengan alunan bacaan al-Quran. Sebaik sahaja aku membuka mata, aku mencari si pemilik suara itu. Mataku terus-menerus mencari, sehingga aku ternampak Amar bersila di lantai sambil membaca sesuatu.
Aku yakin bacaan sebentar tadi datangnya dari Amar. Walaupun ini bukan pertama kali aku mendengar Amar membaca al-Quran, tetapi perasaan mendengarnya seolah-olah aku berada di alam yang lain. Satu tempat yang lebih tenang.
♥♡♥♡♥
Selepas bersarapan bersama, aku segera ke bilik. Sebenarnya aku masih dalam mood malas-nak-layan sesiapa.
Walaupun Amar dengan aku sudah mulai selesa apabila bersama, aku masih tidak dapat menerima kenyataan perihal Amira.
Selalunya lepas azan Zohor Amar sering naik ke bilik. Tidak pula hari ini. Aku mengambil keputusan untuk mencarinya dibawah.
Kosong
Tiada siapa dibawah mahupun di dapur
"Dilla cari Amar ke?"
Tegur satu suara.
Suara Mama
"Amar dengan Papa pergi masjid."
Tanpa menunggu aku menjawab soalannya, Mama terus memberi jawapan.
Aku mengangguk.
"Dilla masih tak mahu bercakap dengan Mama ke?"
Suara sayu Mama memberi sedikit kesan padaku.
Aku pandang Mama.
Mama juga memandang aku.
"Mama minta maaf jika selama ini kami banyak berahsia dengan Dilla. Bukan niat kami, tapi jika ini akibatnya kami berahsia..."
Air mata Mama mengalir
"... Mama tak boleh terima. Mama tak mahu kehilangan satu lagi puteri Mama."
Aku sebak
"Kami nikahkan Dilla dengan Amar kerana kami tak mahu Dilla terus-menerus melakukan dosa. Hanya Amar yang kami lihat mampu membimbing kamu."
Mama semakin galak menangis
"Tolong jangan buat Mama begini sayang.."
Aku diam lagi. Ini sahaja yang aku mampu lakukan buat masa ini.
"Mama nak sangat sebelum Mama pergi meninggalkan dunia ini, Mama teringin melihat Dilla bahagia"
Mama memelukku, sungguh erat pelukannya. Aku membatu, tak mampu berkata apa-apa
"Mama sayang Dilla, jaga diri Dilla, jaga Amar"
Kenapa Mama berkata sedemikian?
"Mama, jangan macam ni. Walaupun Mama kehilangan kakak. Tak semestinya Mama juga akan kehilangan Dilla. Mama dan Papa selalu ada dalam doa Dilla."
Buat sekian kalinya aku bersuara.
Mama tersenyum sebaik sahaja aku mengeluarkan suaraku.
Aku membalas pelukan Mama.
Dalam diam, aku juga turut mengalirkan air mata.
Sesekali aku juga perlu merendahkan ego ini untuk orang yang aku sayangi.
♥♡♥♡♥
Makan malam kali ini aku dapat melihat senyuman Mama. Mungkin selepas apa yang terjadi siang tadi dia kembali ceria
Amar memandangku dengan senyuman yang mencairkan hati sesiapa sahaja yang melihatnya.
"Pukul berapa Amar nak bawa Dilla pergi PD?"
Soal Papa sambil menyenduk nasi.
"Dalam pukul 9 pagi"
Aku memandang Amar dengan pandangan buat-apa-pergi-PD
"Kalau macam tu, baiklah. Nampaknya Papa terpaksa lah lepaskan Dilla pada Amar"
Mata aku terarah pada Mama pula. Pandangan yang sama aku berikan kepada Amar tadi, aku pass pula pada Mama.
"Dilla, nanti sampai sana you must behave ok? Biasanya keluarga mertua ni agak cerewet sedikit"
Mama pula memberi nasihat.
Oh, keluarga mertua
Kejap !!
Mertua aku,
Ibu dan bapa Amar ?
Lawak apakah ini?
Tolong sesiapa beritahu aku, hari ini 1st April kan?
♥♡♥♡♥
Selepas solat isyak, aku langsung tidak bercakap dengan Amar.
Siapa suka jika ada orang sesuka hati membuat keputusan sendiri tanpa bertanya apa-apa.
Sakit hati, seperti dirobek panahan bebisa
Pintu bilik dikuak,
Aku hanya memandang Amar dari mula dia masuk ke bilik sampailah dia ingin menarik selimut.
"Kenapa you pandang I macam nak terkam I je?"
Soal Amar
Aku diam
"Ok then! Goodnight"
Mamat ni, memang tak ada perasan ke macam mana?
"Kenapa you tak bagitahu I yang kita nak pergi jumpa Parents you"
Akhirnya keluar juga soalan yang aku pendam selama 1 jam itu
"You dah tahu kan! So buat apa I nak story telling lagi"
Amar menarik selimut.
"Kalau Mama tak bagitahu, I takkan tahu"
Kedua tanganku disilang
Melihat perlakuan aku, Amar tahu aku sedang merajuk
"Ok, Im so sorry about that! First of all, this is actually a suprise for you. Tapi dah kantoi, so I biar jelah.. kita tidur eh? Please"
"You tidur lah sorang-sorang !!"
Aku keluar dari bilik itu.
"I hate suprise"
654 Words
YOU ARE READING
ADILA ARYNA [✔]
RandomAdila Aryna merupakan salah seorang anak perempuan kepada Dato' Hisham. Adila mempunyai seorang kakak, Amira Ariana. Namun selepas tragedi kemalangan Amira, Adila berubah menjadi seorang gadis sosial, Dato' Hisham dan isterinya khuatir dengan peruba...