#6 Penemuan Bukti

878 43 2
                                    


Pesanan sis, jangan baca ketika sedang makan

Aorta : Salur darah yang membawa darah ke seluruh badan

Pulmonary artery : Salur darah yang membawa darah daripada jantung ke paru-paru.

Pulmonary vein: Salur darah yang membawa darah daripada paru-paru ke jantung.

* * * * * * * * * *

'I have something to show you. You better come running, Puan!'

Sebaik sahaja menerima pesanan dari Maisara, At. Melinda melantun bangun dari kerusi pejabatnya dan menuju ke Bilik Tayangan Bahan Bukti.

"Puan, take a look at this,"

Pita yang berada di tangan Maisara diambilnya. Ini merupakan salah satu bahan bukti yang diterimanya tempohari. Hampir-hampir sahaja dia terlupa mengenai pita penting itu. Dia terlalu sibuk dengan Unit Perubatan Forensik dan mangsa bunuh yang sudah kehilangan jantung.

"Dah sedia nak tengok, puan?"

Soalan Maisara mendebarkannya. Tertanya-tanya dia akan isi pita tersebut. Kepalanya dianggukkan tanda sudah bersedia. Pita itu dimainkan.

Saat matanya menyaksikan kandungan pita itu, matanya terus membulat. Mulutnya pula secara automatik terbuka luas.

  🔪🔪🔪 

Gergaji tulang itu mengenai bahagian tengah dada mangsa, membelah tulang yang menyambungkan kedua-dua belah tulang rusuk. Dalam kesamaran cahaya bilik itu, mereka yang menonton masih mampu melihat percikan darah yang mengenai topeng serta pakaian si pembunuh.

Mata gergaji itu dialihkan pula pada bahagian tepi dada kiri. Tulang rusuk kedua hingga kelima dipotong, sebelum suis gergaji itu ditutup. Bunyi desingan yang terhasil akibat pertemuan permukaan dan besi itu kedengaran bingit. Ia mampu menaikkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya.

Kali ini, skalpel yang digunakan untuk memotong pipi mangsa tadi, diambil sekali lagi. Kulit dan otot yang menghubungkan bahagian dada kiri dibelah perlahan-lahan, selapis demi selapis. Bermula dengan kulit, bilah skalpel bertemu pula dengan lapisan lemak. Selepas lapisan lemak, otot menjadi mangsa belahan yang terakhir. At. Melinda tahu, ianya bertujuan untuk menambah kadar kesakitan. Pembunuh mahu mangsanya merasai kesakitan yang tiada penghujungnya sehingga hembusan nafas yang terakhir.

Usai membelah dada kiri mangsa, tulang rusuk bersama kulit dan otot itu diangkat, membiarkan jantung kelihatan. Darah mengalir keluar tanpa henti membasahi lantai bilik. Organ penting itu masih lagi berdegup.

💀 Hanya Ada Kematian | PreviewWhere stories live. Discover now