SATU - Bila Duyung Jatuh Cinta ❤

150 8 0
                                    

Seekor duyung berenang lincah menuju dasar lautan. Laju ekornya dilibas-libaskan sehingga terhasil buih-buih yang cantik naik ke permukaan laut. Mulutnya menggeleber melawan arus gelombang laut persis mulut Lee Kwang Soo ditiup angin dalam rancangan Running Man. Ya, memang wajah dan badannya seiras Kwang Soo.

Sampai sahaja di dasar laut, duyung itu menolak sebuah batu karang besar berbentuk kerang yang terkatup. Tak sampai seminit, kerang gergasi itu terbuka dan keluarlah buih-buih berwarna pelangi dari dalam mulut kerang itu. Duyung tadi terus masuk ke dalam mulut kerang dan kemudian hilang di sebalik buih-buih pelangi.

****

Rambut panjang tujuh warnanya di sisir dengan jari. Wajahnya di belek berkali-kali di hadapan cermin kerang, hingga terukir senyum puas dibibir mungilnya. Sirip merah delima nya melenggok-lenggok lentik. Anggun dan cantik. Dialah Puteri Anne Atlantik.

Tiba-tiba seekor duyung keluar dari cermin dihadapannya dan terus duduk bersimpuh disisi Puteri Anne. Peluh bercampur dengan air laut. "Beb Puteri, kite hampir kantoi Beb Puteri, nyaris!!!" pucat lesi dan terketar-ketar duyung itu berkata.

"Ah? Kantoi apa Yusuf Taiyob?" puteri Anne mengalihkan pandangannya dari cermin menghadap sahabatnya.

"Ishh Beb Puteri ni, panggillah kite Waiti. Cukup y dengan t aje, tak usah panjang-panjang nama kite." rungut duyung lelaki berwajah iras Kwang Soo yang bersahabat dengan Puteri Anne itu.

"Baiklah Y T. Kantoi apa?" tanya puteri lagi.

"Kite 'naik' tadi. Ada man...manusia lelaki nampak kite." jawap Yusuf Taiyob sambil matanya liar memandang sekeliling, takut di dengari oleh duyung lain.

"Tak tunggu aku? Sampai hati Y T."

"Alaa, maaflah Beb Puteri. Semalam kan Beb Puteri yang cakap mahu sempurnakan kuasa Beb Puteri dulu. Jadi kite naik dulu tengok-tengok." pujuk Yusuf Taiyob.

Puteri Anne hanya diam. Rambut dan siripnya mula bertukar biru kelabu. Memang dia yang gilakan dunia manusia, teringin nak melihat sendiri rupa permukaan, rupa daratan, rupa manusia. Tapi itu setelah kuasanya sempurna. Bukan seperti sekarang, hanya kuasa bertukar warna rambut dan sirip mengikut moodnya. Banyak lagi yang harus dipelajarinya.

Yusuf Taiyob pula mewarisi kuasa bondanya, Duyung Sri Midah Qu Putet. Walaupun belum cukup sempurna, tapi Yusuf Taiyob adalah salah satu dari tujuh duyung berbakat di Lautan Atlantik. Kuasanya membuka laluan Laut Atlantik dengan mana-mana laut yang dia kehendaki memang sangat mengagumkan.

Sebab itulah dia mendapat kepercayaan Raja Atlantik Syukri Terlajak Laku untuk bersahabat dengan Puteri Anne Atlantik selaku puteri sulung raja.

Melihat perubahan warna Puteri Anne, Yusuf Taiyob segera mengusap rambut Puteri Anne. "Nanti, kite naik sama-sama ya, Beb Puteri." pujuknya.

Perlahan-lahan warna sirip dan rambut Puteri Anne bertukar lagi. Rambut merah jambu kebiruan. Siripnya cantik berwarna oren keemasan.

Kedua duyung itu kemudian berenang keluar dari bilik Puteri Anne. Mereka berlumba-lumba mengelilingi istana Atlantik. Yusuf Taiyob dengan buih dari siripnya. Puteri Anne pula dengan warna-warni dari kepakan siripnya. Buih-buih dan warna-warna itu seperti bunga yang gugur ke dasar laut, kemudian hilang disambar karang. Warga istana tersenyum melihat dua sahabat itu.

****

Tok tok tok!

Siman menolak daun pintu bilik abangnya. Sekotak Dunhill dilempar atas meja disisi tilam. Tak ada katil. Abangnya yang baru hendak terlelap terus menyambar rokok itu.

Daun pintu kembali ditutup rapat, Siman menuju dapur.
Masih terdengar bunyi kocakan air. Potret duyung lelaki masih lekat di ingatannya. Dia yakin sangat dengan apa yang dilihatnya petang tadi. Teringat dia dengan kata abangnya saat mereka masih sekolah dulu. 'Betul kata bang Dy, mereka wujud.'

****

Berkepul-kepul asap keluar dari mulutnya. Nikmat woo. Dia teringat dengan kata-kata adiknya semasa di pasar tadi. Beria-ia betul Siman meyakinkan orang kampung. Entahlah, yang pasti dia tak lagi percaya. 'Mana mungkin duyung wujud.'

Di capainya buku diatas meja, buku lama sejak dia masih di tingkatan lima, lapan tahun dahulu

Oops! Bu görüntü içerik kurallarımıza uymuyor. Yayımlamaya devam etmek için görüntüyü kaldırmayı ya da başka bir görüntü yüklemeyi deneyin.

Di capainya buku diatas meja, buku lama sejak dia masih di tingkatan lima, lapan tahun dahulu. Halaman demi halaman di buka. Terpapar satu lukisan duyung, direnungnya lukisan itu. Sampai dia terlena.

****

Yeay, bab 1 dah kuar 😊
Sejujurnya dr kecik lagi penulis obses dgn duyung ni.
Hmm...ok lah, nyway, harap korang suka dan setia menunggu bab 2 nanti.
Vote dan komen di alu-alukan.
'hantu-MERAH' ❤

Bila Duyung Jatuh Cinta ❤Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin