***
Shanon mengemas barangnya dengan cepat , tidak ada orang dirumah itu kerana omma dan appa angkatnya pergi ke New Jersey kerana hal keluarga.
Dino duduk di ruang tamu sambil memandang pembantu/pengasuh sedang menyiapkan sarapan.
"Kamu sekolah petang?" Soal Shanon membuka perbualan
"Macam kau tengok"
Dino menjawab dengan dingin , dia sama sekali tidak sukakan Shanon yang hadir di dalam keluarganya.
"Dah lama saya nak tanya kamu sesuatu"
"..." Dino hanya senyap
"Kenape kamu bencikan saya ?"
"Aku tak bencikan noona , cuma aku tak suka bila semua orang beri perhatian pada noona." Kata Dino dengan santai sambil menikmati makanannya.
"Kamu nak perhatian? Noona boleh bagi untuk kamu , saya ni noona kamu"
Dino hanya tersenyum sinis , Shanon menyerah kalah.
***
Shanon berdiri di depan lif di sebuah syarikat yang pada pertama kali dia bekerja , Shanon berdiri sambil melipatkan kedua tangannya di dada. Nampak angkuh namun memperlihat kecantikan sehingga beberapa pekerja lelaki di situ meliriknya. Namun ada sesetengah pekerja perempuan tidak suka dengan kehadiran disebabkan cemburu dengan kecantikan Shanon. Shanon dengan messy hair , lipstik merah sempurna di bibirnya dan dipandankan dengan kemeja putih dan skirt merah.
"Tuan , saham minggu lepas"
Shanon melirik pada seorang lelaki bersut hitam dengan tablet di tangannya , sedang bercakap dengan seorang lelaki. Kemungkinan atasan mereka.
"Bagus , harga saham semakin meningkat" kata lelaki itu
Shanon cuba meneka umur lelaki yang dikira atasan itu , mungkin tidak jauh berbeza darinya. Sekitar 3 minit , lif yang dinantikan terbuka , tidak ada masa untuk berfikir tentang lelaki itu.
Shanon berjalan masuk ke dalam lif , secara tiba-tiba lelaki yang menarik perhatian Shanon tadi memandang Shanon berdiri di dalam lif sebelum lif tertutup.
Lelaki itu melirik jam ditangannya lalu memandang petugas di sebelahnya
"Hubungi Park Jimin , kita ada mesyuarat dengan syarikat dia bukan?"
"Baik Tuan"
***
Seperti biasa , Haemi membuat kerjanya di apartmen. Semakin lama semakin bosan , Jungkook berubah dengan tiba-tiba.
Haemi menghentikan kegiatan lalu dia masuk ke dalam bilik Jungkook. Sambil itu dia melepaskan satu persatu pakaiannya lalu masuk ke dalam bathtub Jungkook yang sudah terisi air.
Haemi membenamkan wajahnya ke dalam air.
Fikirannya kembali mengingati banyak hal. Pertemuan pertama mereka , sikap kasar Jungkook dan sentuhan Jungkook pada nya.
Haemi mengangkat kepalanya lalu bersandar pada bathtub. Kemudian air matanya terjatuh dan dia terisak perlahan.
"Saya tahu awak ada sembunyikan sesuatu dari saya, tapi apa? Kenape awak tak bagitahu apa pun pada saya ?" tanyanya pada udara kosong .
YOU ARE READING
the jeon ∽ jungkook ✔
Fanfiction■ complete ■ BOOK 1 : First Generation Of The Jeon Family "Lepaskan saya! Saya nak balik!" Bentak Haemi tiba-tiba. Haemi baru sahaja ingin berlari menuju ke pintu namun Taehyung terlebih dahulu menahan tangan Haemi lalu mendorong Haemi ke lantai ya...