Dorm part 9

5.1K 227 9
                                    

Dorm part 9

"Saya sangat ralit dengan apa yang terjadi kepada salah seorang peserta Hani."Kata petugas kira pensyarah kursus kami lah macam tu.
Adrian hanya mendengar, khabarnya Hani telah di bawa pulang keluarganya awal pagi tadi.

"Sebelum ni memang tak pernah terjadi apa-apa pun dekat sini.Kalau ada pun 7 ke 8 tahun lepas sahaja tapi seingat aku masa tu ustaz kata benda tu tak akan datang lagi dah."
Adrian dengar salah seorang pekerja di situ berbual ketika berehat di bawah pokok rendang. Baru lepas menyapu agaknya.
"Budak kecil tu memang suka menyakat."
"Tapi yang kes malam tadi bukan Sara."
"La..yang mana pula."
"Sara tu nakal macam tu je, tak pernah lagi dia merasuk orang. Ada tak ada pun anak si Raziah sahaja."
"Macam-macam lah."

Adrian ingin sangat bertanya siapa Sara yang di sebut oleh tukang sapu tersebut tetapi tidak tertanga pula dia. Pasti Sara ini juga lah yang menganggu dia dan Shahid nampak.

"Aku dengar lah tukang sapu tempat ni cerita-cerita pasal hantu budak kecik nama Sara."Kata Adrian kepada Musa.
"Hantu tu pun ada nama eh?Cantik pula namanya tapi dah tentu tak secantik orangnya."Musa ketawa.Adrian ikut sama ketawa.
"Kenapa Sara tu suka sangat dengan aku?"Adrian bertanya kepada Musa.
"Mana lah aku tahu, aku bukan Tamar Jalis tahu bercakap dengan Jin."
"Tanya Shahid lah sebab dia tahu pasal Sara tu kan."
"Ha cuba kau korek rahsia dari Shahid."

Petang itu Adrian hanya duduk bersantai ditepi kolam. Shahid dan musa serta beberapa orang peserta berenang di dalam kolam. Kebetulan air tiada pula petang itu. Musim panas memang kena catu air. Mereka terpaksa pula mengambil air satu baldi seorang untuk di bawa ke toilet dan penuhkan air dalam tong. Manalah tahu kalau ada emegency tengah malam nanti, tak payah turun ke kolam mencedok air.

"Adri kau tak nak mandi ke?"Jerit Musa.
Huh!Mandi apa lah kalau semua terjun dalam kolam.Ee..geli pula dia.
"Kikikiki...kikikiki..."Adri mendengar suara halus ketawa disebelahnya. Air didalam kolam berkocak-kocak seperti ada orang sedang bermain air dengan kakinya.

"Adri turun lah."Shahid memanggil.
Pantas Adrian bangun. Dia segera mendapatkan Musa dan Shahid di dalam kolam. geli tak geli daripada duduk bersantai dengan hantu baik dia join kawan-kawannya yang sudah tentu memang manusia!

DormWhere stories live. Discover now