Dorm part 11

7.9K 384 185
                                    

dorm part 11

Adrian memang tidak sabar mahu pulang bercuti hujung minggu,nasib baik air tak ada maka mereka di beri pelepasan.Awal-awal dia sudah menelefon mamanya meminta Pak Mat datang mengambilnya.

"Pakcik..Mama kata sini kampung mama betul ke Pakcik."Tanya Adrian ketika mereka baru sahaja keluar dari pondok guard tempat Adrian berkursus.
"Setahu pakcik memang lah."
"Kampung nya dekat mana pakcik?"
"Depan sikit tu aje Adri, kenapa nak tengok rumah arwah tok kamu ke?"
"Pakcik tahu?"
"Tahu...Tok kamu tu sahabat arwah ayah Pakcik, jadi tahu lah sebab pernah datang sini."
"Jom pakcik bawa saya ke situ. Tapi pakcik jangan bagitahu mama ye.Mama tak suka saya tanya apa-apa pasal kampung ni.Tak tahu lah kenapa."

Pak Mat terdiam. Apa pun sebabnya Faridah yang bertangungjawab untuk bercerita kepada Adrian, dia hanya pemandu sahaja mustahil dia mahu ikut masuk campur walaupun dia tahu sangat sebabnya mengapa Faridah tidak mahu pulang ke kampung dan melarang Adrian balik.Kalau sudah Adrian meminta dia menunjukan rumah datuknya dia berbesar hati mahu membawa. Adrian harus tahu!Sampai bila Faridah mahu merahsiakan semuanya.

Mereka berhenti disebuah pintu pagar yang berkunci. Kelihatan sebuah rumah agam yang sudah semak tidak berjaga.
"Dulu rumah ni bersih tapi sejak arwah Paklong Adri meninggal tak ada siapa nak jaga. Mama kamu tak mahu langsung balik ke sini.Rumah ni kalau di jadikan homestay memang bagus. Seingat pakcik, barangan di dalam rumah tu semuanya antik-antik. Di perbuat dari kayu jati.Datuk kamu itu berharta orangnya."

"Saya tak pernah jumpa atuk, kenapa ye."Adrian bergumam sendiri, namun cukup untuk didengari oleh Pak mat.

"Mama kami tak pernah mahu membawa kamu balik. Kamu dah lupa sejak tingkatan satu kamu di asrama, kalau cuti sekolah pun kamu ikut papa kamu ke luar negara. Mama kamu kan sibuk tak ada masa nak tengok -tengok kamu."

"Pakcik...saya nak tanya kalau pakcik tahu apa- apa. Siapa Sara.?"
Pak Mat memandang Adrian, macam mana Adrian tahu?
"Mana Adrian tahu pasal Sara ni?"
"Sara sendiri datang jumpa saya."
Pak mat berpaling memandang Adrian agak lama.
Biar betul ni!Mustahil Sara datang berjumpa Adrian, Sara kan dah lama mati!

"Boleh kan roh orang yang dah mati datang jumpa kita disebabkan urusannya yang tak selesai."Adrian bertanya.
"Entah lah pakcik tak tahu sangat pasal ni, kena tanya ustaz yang tahu dan arif tentang ni. Jangan mudah nak percaya benda yang kita tak mampu lihat."
"Tapi pakcik sejak hari pertama lagi Sara dah ganggu saya."
Pak mat memandang Adrian, keajaiban apakah ini?
"Maksud Adrian ganggu macam mana tu?"
"Macam-macam, saya tahu pun sebab salah seorang kawan saya tu boleh melihat benda halus2 ni...Saya hanya lihat dua tiga kali sahaja...masa dia rembat ayam dekat bawah meja dengan masa dia tidur atas katil kosong. Yang lain tu dia tak tunjuk wajah tapi buat bunyi pelik-pelik."

"Pakcik rasa elok Adri tanya mama sendiri. Pakcik tak boleh nak kata apa-apa sebab ini menjurus kepada hal keluarga.Subhanallah...Benar lah kata orang bangkai gajah mana kan mampu di tutup dengan nyiru."

"Apa maksud pakcik?Mama ada buat kesalahan besar ke?"
"Tanya Mama kamu sendiri Adria...jom lah dah senja ni tak baik berlama-lama disini."

Pak Mat memusingkan keretanya ke luar ke jalan besar kembali. Adrian menoleh kemarah rumah besar tersebut, sebiji bola berwarna merah putih melambung ke arah pintu pagar yang berkunci, berderau darah Adri...dari mana datangnya bola itu?

Bạn đã đọc hết các phần đã được đăng tải.

⏰ Cập nhật Lần cuối: Jun 18, 2016 ⏰

Thêm truyện này vào Thư viện của bạn để nhận thông báo chương mới!

DormNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ