Misteri

4.4K 259 6
                                    

Tahun lepas..
Malam pertama sebelum periksa Pt3..
Aku dengan membe aku nama dia Zul study B.Melayu kat surau..
Dah pukul 2.30 pagi..
Aku dgn Zul dah memang plan nak balek asrama sebab nak gosok baju..
So,kitorang balik..
Dah bawak baju pergi bilik gosok..kitorang pon gosok..
Masa tengah gosok tu ..aku dengan Zul dengar bunyi ngilai..
Suara ngilai tu jelas dan lagi smart bunyinya daripada yang selalu tengok kat tv..
Pastu..
Zul pon seram..dia cakaplah..
"Kau dengar tak tu jikil..seram doo"
Tpi aku nafikan lah sebab aku rasa tu form atas yang nak takutkan form 1 sbbnya bunyi tu datang dari blok asrama form1..aku pun cakap..
"Alah..tu suara Ben tu nak takotkan budak"

Siap je gosok baju,kitorang naek dorm sesama..
Malam tu Zul nak tido dorm aku sebab budak dorm dia semua dah tido..
Tpi aku suruh Zul jangan tido dulu sebab aku nak amek air wuduk..
So, Zul pun tunggu dekat dorm aku..
Mase amek air wuduk..
Aku dengar lagi suara ngilai tu....then aku terpikir..
"Kalau ye pun nak takotkan budak..takkan nak jerit kekuat sampai dua2 blok asrama dengar"
Aku dah seram..
Siap wuduk..aku pergi dorm sebab nak bagitau Zul apa yang aku fikir..
Malangnya bila aku sampai dorm ,Zul dah tido..siot je..

Tiba2..aku dengar bunyi orang berlari kat koridor tapi takde sesiapa ..
Masa dengar tu..
Zul mcm terjaga then ngigau sikit..

Tiba2.."Dooomm!!"
Bising kat atap luar tingkap..
Rupanye ade buah pelam jatuh..
Tpi seriously pokok pelam jauh gila..
Belum sempat aku bingung..aku nampak satu burung putih terang cantik..but tak nampak mcm bende halus pun..tpi still ganjil..

Esoknya aku turun asrama dan betol2 nampak buah pelam semalam..

Pastu ..kat surau Zul citer apa bunyi ngilai yang kitorang dengar..rupanya Zul pon agak suara tu bukan daripada sesiapa..
Tapi..aku tak cerita kat diorang apa yang berlaku selepas dia tido tuu...
Sebab aku pun tak pasti apa bende tu...but,aku cerita kat Zul je..
Wallahualam..

Hijab Budak HostelWhere stories live. Discover now