Chapter 11

107 4 0
                                    

Seorang gadis sedang terperap di dalam bilik ditemani sebuah gadget yang dipanggil 'telefon'.Tidak langsung gadis itu berkelip mata walau sedikit pun.(Weyh,tak sakit ke mata tu??)Jari-jemarinya pula menekan huruf-huruf yang ada pada skrin telefonnya. Jam yang berbentuk hati itu sudah menunjukkan pukul 12:58 pagi iaitu lagi 2 minit lagi sebelum pukul 1 pagi.

'Haisy,dah nak pukul 1 ni..tak nak tisur ke si SinB ni? Aku dah penat nak chat dengan dia!' Katanya dalam nada berbisik. Bukannya ada orang di dalam bilik tu pun mahu dibisik-bisiknya!

Eun Ha_001: Eh, SinB! Kau tak nak tidur? Syok sangatlah kau nak chatting dengan aku ni! Kau tengoklah dah pukul berapa sekarang! Nanti tak pasal-pasal kita kena denda sebab lewat masuk kelas!

SinB_Cute:Eh, aku tak perasan plak dah pukul 1? Hahaha, syok jugak aku chat ngan kau ye!

Eun Ha_001:Hmm, dahlah.. aku nak tidur dah ni.. dah lewat..lagipun henfon aku dah nak habis bateri ni.

SinB_Cute:Owh, arasseo..oklah,jumpa esok. Jaljayo!

Eun Ha_001:Nae, you too..

Setelah selesai berbual dengan rakannya itu, Eun Ha terus bangun dari katilnya dan berjalan menuju ke arah meja belajar di mana 'charger' telefonnya diletakkan. Lalu dimasukkan wayar itu ke arah lubang yang ada pada telefon tersebut. Selesai yang tu, Eun Ha terus merebahkan badannya ke atas katil dan dia memeluk anak beruang yang sama saiz dengannya. Dia perlahan-lahan memejamkan matanya dan nyenyak dibuai mimpi...

-7:00 pagi-

'Eunha! Bangunlah! Nak kena denda lagi ke budak ni?!' Sergah ibunya dari luar bilik.Berkali-kali sudah ibunya menjerit dan mengetuk pintu biliknya namun seperti tiada berpenghuni di dalam bilik itu. Eun Ha masih dibuai mimpi akibat tidur lewat malam semalam. Ibunya sudah berang dengan perangai anaknya yang seorang itu.Mujurlah adiknya Eun Bi tidak seperti kakaknya itu.Kalau tidak,boleh sakit jiwa dibuatnya!

Sekali lagi, ibunya melaung menyuruh Eun Ha untuk bangun.Haisyy.. kenapa susah sangat nak bangun yanh seorang ini??!'Eomma.. baik eomma pergi sediakan sarapan dulu.. biar Eun Bi kejutkan unnie..kesian pulak nanti takde suara eomma nanti!'kata Eun Bi lekas bangun dari sofa empuk yang berwarna merah di ruangtamu rumah itu.Ibunya hanya akur. Betul juga kata Eun Bi, tak pasal-pasal lah suara aku takde sebab jerit kat Si Eun Ha tu! Lalu ibunya pergi ke dapur untuk menyediakan sarapan pagi untuk mereka bertiga.

Eun Bi menghampiri pintu bilik kakaknya. Perlahan-lahan dia mengetuk pintu bilik Eun Ha.'Unnie.. bangunlah. Dah pagi ni.. tak nak pergi sekolah ke? Nanti tak pasal-pasal kita kena denda lagi.Taknaklah Eun Bi hari-hari kena denda! Malu!'kata Eun Bi dengan nada yang lembut tetapi tegas. Eun Ha menggeliatkan badannya dan dia segera bangkit dari tidurnya.'Huhh,mengantuknyaaa..'kata Eun Ha sambil menguap sebesar gua di hutan.(Haha,tak senonoh..:P)

Eun Bi tersenyum. Bangun juga kakak aku ni! 'Unnie, cepat tau! Eun Bi nak datang awal ke sekolah harini! Taknaklah asyik lewat je.. hm?'kata Eun Bi seperti seorang kakak. Tiada gaya adik pun,huh! Eun Ha hanya membuat 'hmm' dan terus mencapai tuala pada penyidai di sebelah katilnya itu. Dia pun perlahan-lahan masuk ke dalam bilik air dan hanya kedengaran limpahan air yang berbunyi..

7:45 pagi

'Eomma,kami pergi dulu ya!'kata Eun Ha lalu menaiki basikalnya dan digendong oleh Eun Bi di belakang.Masa ada 15 minit lagi sebelum pintu pagar sekolah tutup.'Eun Bi, gwaenchanaseyo?'tanya Eun Ha. Eun Bi hairan.'Waeyo unnie?'
Tanya Eun Bi hairan.Eun Ha tersenyum. Entah kenapa seram sangat dia senyum tu...'Unnie nak kayuh laju sikit.. jadi pegang erat-erat tau??'kata Eun Ha sudah bersedia untuk mengayuh. Belum sempat Eun Bi hendak berkata-kata,terus dikayuhnya dengan sepantas kilat. Terhuyung-hayang badan Eun Bi dibuatnya!

Di simpang-

'Slow-slowlah unnie!!'laung Eun Bi agak gelisah dengan kelajuan kayuhan basikal Eun Ha itu. Eun Ha tidak menghiraukan kata-kata adiknya itu dan dia menyambung mengayuh sehingga ke selekoh kanan,tiba-tiba...KETEPI!!!!

-BERSAMBUNG-

_________________________________________

BAM!! So ini dia chap seterusnya! So sorry cause dah lama x update.. agak-agak ade dalam setahun lebih kan?? Hehe... well here is the next chap! Hope you guys like it and also vote and comment for it!

*Bows*

//RafiqRahimi//

Falling In Love With A HomosexWhere stories live. Discover now