Part 17

1.1K 111 7
                                    

Sekali lagi Jin memundar mandir didepan ketujuh tubuh yang duduk dalam kegelisahan itu.

"hish Abang Jin ni, janganlah mundar mandir lagi! Peninglah" rungut Suga sama saja seperti part pertama.

"betullah Abang Jin. Kita duduk, bincang baik-baik dululah. Jangan gelisah je macam ni" tambah RapMon.

"masalahnya, ni berkaitan dengan nyawa seorang budak! Budak perempuan pulak tu! Macam mana Abang tak risau?" kata Jin ada betulnya.

Datang ibu RapMon dikawasan ruang tamu tersebut. Dia duduk di sebelah Jungkook.

"Mama sudah call jiran tetangga. Tapi mereka semua tak perasan muka orang yang datang malam tadi. Dan lagi, kereta yang dinaiki mereka pun tak dapat dikenalpasti kerana tiada nombor plat yang dipakai" jelas wanita itu.

"habislah... macam mana ni? Yeobeo, macam mana kalau mereka apa-apakan Haru? Kesian Haru!!" rungut Jhope secara tidak langsung memainkan peranannya sebagai omma semula. Dia menarik tangan Jin dengan kuat membuatkan Jin terjatuh di sofa bersebelahannya. Ibu RapMon yang tidak mengetahui apa-apa itu hanya memandang pelik terhadap mereka berdua.

"ahhh saya takutlah....! Oppa selamatkan Haru!" kata V pula merengek comel kepada Jungkook yang tiada sebarang effek itu. Bertambah pelik si wanita tua itu melihat mereka.

"sayang....! Selamatkan Haru sayang..!" rengek Jimin pula sambil memeluk erat RapMon yang berusaha bernafas tersebut. Sekali lagi, mata wanita itu membutang besarnya. Dia memandang Suga yang betul-betul berada ditengah-tengah antara RapMon dan Jhope dengan wajah keliru.

"kamilah BTS" jelas Suga ringkas sambil tersenyum ikhlas.


Malam tu, mereka semua tidak dapat tidur lena. Satu tindakan pun mereka belum buat memandangkan manager Kim mereka tiada disitu. Namun, nasib baik Jin tidak mundar mandir lagi dihadapan Suga yang sedang asyik menonton televisyen sambil mengunyah keropok berperisa lada itu bersama dengan Jhope.

"Abang Hobi, ramen dah habislah" kata Jimin sambil meninjau kabinet dapur mereka. kedengaran bunyi rungutan Suga dan Hobi di ruang tamu depan. masing-masing lapar kerana puas memikirkan pasal Haru yang hilang tadi sehingga terlupa hari sudah malam.

""ramen dah habis, macam mana nak hidup ni Abang Suga..." rengek Jhope sambil melentokkan kepalanya diatas bahu lelaki berkulit putih itu. Suga tidak menunjukkan sebarang reaksi.

"tak apalah. V pun nak keluar ni, biar V yang belikan" kata V pula sambil memakai jaket panasnya. Jhope kembali riang. Suga masih tiada effek.

"biar betul kau ni V? Kau nak keluar seorang ke atau nak Abang temankan?" soal Jin.

"ala... kedai runcit tu bukan jauh pun,Bang. V pergi seorang je lah" sambung V lagi. Jin hanya menganggukkan saja. Namun, dalam hatinya masih risau dengan lelaki ber-eyeliner tersebut.

V keluar dari rumah. Dia menarik baju panasnya kehadapan dan memakai topeng muka bagi melindungi identitinya. Dia berjalan perlahan sambil memakai earphone disebelah telinga kanan. sesampai di destinasinya, dia membeli sesuatu dan bergegas keluar dari situ. Barulah dia berjalan ke kedai runcit untuk membeli ramen.

Setelah membeli beberapa bungkus ramen dan sedikit kudap-kudapan, V keluar untuk pulang kerumah. Dipertengahan perjalanannya, muncul sebuah van hitam pantas mendekatinya. Dia terus membuka pintu dan menarik V lalu menerkup dengan sehelai kain basah yang dipenuhi cecair dan gas beracun supaya V pengsan dengan serta merta. dia menarik masuk V kedalam van tersebut lalu membawanya ketempat lain.

"dah pukul berapa dah ni? Tadi V kata sekejap je.. sampai sekarang tak balik" rungut Jin.

"iyalah. dari pukul 8 malam dan sekarang sudah pukul 10" tambah Jhope.

"haahlah. Takkanlah dia sesat pulak?" kata Jimin pula.

"aish Abang ni, seAlien Abang Taehyung kita tu, tak mungkinlah dia sesat dan tak tahu balik ke rumah sendiri. Kedai runcit je kot" kata Jungkook.

"aku takut.. ada something yang dah berlaku kat dia" tambah RapMon lagi. Kesemua member memandangnya.

"yarh... janganlah cakap macam tu Monie, kau buat aku seram sejuklah" kata Jhope lalu memeluk dirinya sendiri.

"kalau macam tu, apa kata kita semua pergi cari V?" cadang Jin?

"abang biar betul? Dah dekat jam 11 ni" kata Jimin pula sambil melihat jam di dinding.

"lagipun hari sudah semakin gelap ni bang" sambung Jungkook. Jin kebingungan.

"patutkah kita beritahu abang Kim?" soal Jin.

"tak boleh!" dengan serentak mendapat sambutan tidak menggalakkan daripada kelima orang adik-adiknya itu.

"jangan cari nahas abang Jin! Kalau manager Kim tahu, naya kita" kata Jimin dengan ketakutan.

"tapi.. kalau kita tak beritahu abang Kim, macam mana kita nak selesaikan semua ni? Kita kena ingat, cuti kita tinggal dua hari je lagi. Lepas tu kita ada konsert kat Japan, kalau V tak ada, apa kita nak jawab pada abang Kim nanti? " kata Jhope pula.

"betul juga kata kau. Tapi manager tak patut tahu hal ni" tambah RapMon menyokong kata-kata lelaki sebaya dia itu.

"aish! Tapi belum tentu terjadi apa-apa kat abang V kan? Apa kata kita tunggu lagi sampai pukul 12?" cadang Jungkook pula. Ahli yang lain bersetuju. Mereka kembali melakukan rutin biase.

Suga dan Jhope yang menonton tv tadi telah bertambah dua orang lagi ahli iaitu Jungkook dan Jimin, RapMon kembali ke biliknya dan Jin pula sibuk dengan handphonenya. Tak lama kemudian, jam sudah menunjukkan pukul 1 lebih. Mereka yang berada di ruang tamu sudah pun tertidur. Ketika itu, pintu rumah mereka diketuk.

BANGTAN BABYDonde viven las historias. Descúbrelo ahora