B1

977 28 0
                                    

Suara itu pantas menghilang namun diganti dengan hilai tawa yang nyaring dan sedikit menyeramkan dari tempat duduk belakang. Lelaki itu berpeluh satu badan, tidak mampu bergerak ke sana ke sini. Sesekali matanya memandang ke kiri dan kanan, memikirkan apa patut dia berlari keluar meminta pertolongan. Dia rasa terganggu dengan suara itu apatah lagi tiada bayang atau pergerakan dikesan.

Nafas ditarik sedalam mungkin, lantas dihela dengan sedikit resah. "Aku boleh buat ni. Depan tu ada stesen minyak dan aku pasti dapat minta tolong sesiapa. Tak jauh, Zam. Dekat aje"

Bertemankan jari-jemari yang menggeletar, dia membuka pintu keretanya. Sedia untuk membuka langkah berlari ke stesen minyak yang masih diterangi cahaya. Tidak memandang ke belakang, dia terus berlari sekuat hati. Perasaan yang takut, resah dan gementar itu dia pendamkan buat seketika. Apa yang penting, dia harus selamatkan diri dari makhluk tidak terlihat itu!

Sampai sahaja di stesen minyak, dia segera mencari kelibat manusia untuk meminta pertolongan. Namun, tiada satu bayang manusia kelihatan selain mentol malap yang bergoyang ditiup angin malam. Matanya memerhati sekeliling, keadaan mungkin aman buat seketika. Zam menghembus nafas lega bila tiba-tiba mentol itu terpadam sekelip mata.

Jantung Zam berdegup tidak normal, lebih pantas dari larian Usain Bolt ketika itu. Di dalam kegelapan, tangan seseorang merayap ke bahunya, Zam mula rasa tidak senang. Namun begitu, dia perlu menoleh untuk mengenal pasti siapa pelakunya. Dia perlahan-lahan memusingkan kepala dan serta merta...

"Ahhh!"

Raihana mengeluh panjang, menjeling pada Zahara yang tidak berhenti menjerit di sebelahnya. Baru 30 minit filem seram ini berjalan, namun kawannya itu sudah mengeluarkan lebih 30 kali jeritan yang mungkin memberi implikasi teruk kepada telinga Raihana. Bantal sofa dia lempar ke muka Zahara, sebagai isyarat supaya gadis itu berhenti menjerit.

"Are you kidding me? Ini dah bantal ke berapa kau baling, Rai?!" Bebel Zahara, geram pula dengan Raihana yang asyik bermain bantal.

"Oops, maaf. Bukan salah aku kalau kau menjerit macam hantu tu nak tangkap kau pulak. Haih"

Zahara mencebik, "Aku mendalami emosi dan perasaan yang Zam rasa, beb. Kau apa tahu? Kau tengok cerita hantu ni pun sebab review elok, bukan sebab jalan cerita dia"

"Kau dua orang boleh diam? Aku cuba nak fokus ni" Elisa menyampuk sebaik sedari tadi tak bersuara. Mana tidaknya, suara bising Zahara sahaja dah cukup menenggelamkan suara pelakon di dalam televisyen itu.

Mereka bertiga kembali menonton filem seram itu walaupun lebih kepada mendengar jeritan seketul Zahara untuk setiap sepuluh minit. Entah apa yang gadis itu takutkan, tidak juga mereka kenal pasti. Kalau saspen, memang dia faham. Tapi takkanlah lelaki itu nak buka tingkap ambil udara pun menjerit? Ini level penakut melampau sangat!

"Sumpah, aku tak akan dapat imagine myself being in that situation. I mean, siapa je berani bila kereta tiba-tiba mati time tengah malam, tak ada kereta pulak lalu lalang, jumpa pulak stesen yang tak wujud pun...scary!" Elisa bersuara, menekup separuh muka akibat takut melihat entiti di dalam televisyen itu.

Zahara mengangguk. "Itulah. Apa yang buat dia lebih teruk tu bila orang yang kau tegur tu sebenarnya dah mati. Dia cuma nak nampakkan diri dekat kau. Oh man, aku tak sanggup"

Raihana melepaskan tawa, mencapai segenggam popcorn lantas dia sumbat ke dalam mulutnya. Menonton filem dengan Elisa dan Zahara, akan sentiasa ada imaginasi yang buat dia ikut rasa seram sejuk. Dia pun tidak dapat nak bayangkan berada di situasi yang Elisa dan Zahara maksudkan. Eii, harap-harap perkara seperti itu tidak berlaku!

"Eh, dah pukul 11.00 malam?! Cepat betul berlalu" ujar Raihana tatkala menyedari jam di skrin telefonnya. Dia baru teringat pesan ibunya menyuruh pulang sebelum jam 10 malam.

Menyedari itu, Zahara turut mengerling jam dinding. "Yalah. Rai, kau call mama kau, cakaplah kau tidur sini malam ni. Elisa pun tidur sini, esok pun hari Sabtu. Bukannya buat apa-apa"

Danial menolak daun pintu, mata dia kecilkan mencari kawan-kawannya yang tersembunyi di antara pelanggan. Sebaik sahaja target dikenal pasti, dia terus mengorak langkah pada Hanif, Rayyan dan Narmi yang rancak berborak antara satu sama lain. Sempat lagi membuat bro-fist sebelum duduk di sebelah Rayyan. Pandangannya jatuh pada wajah Hanif yang nampak teruja, seperti ada kisah menarik yang ingin lelaki itu kongsi pada mereka.

"Borak apa, bro?"

"Pagi tadi aku dengan si Anep borak pasal plan semester break. Since this is our last semester, dia cadang supaya kita semua pergi bercuti. Release our tension after final paper" Jawab Rayyan, teruja sahaja nadanya.

Mata Danial automatik membesar. Bercuti? "Bro, aku boleh jak. Kecewa betul aku bila last semester punya plan nda jadi sebab masing-masing sibuk. Aku harap juga lah semester ini boleh on!"

"Itu apa yang aku bagitahu Ian dengan Nami tadi tapi kena make sure semua orang free. Nanti tak pasal-pasal jadi macam last semester. Dah elok plan semua, Danial tiba-tiba balik Sabah. Nami pula ikut parents dia ke Japan dan aku ni, terpaksa balik kampung sebab ada kenduri. Tak ke hancus macam tu?" Tutur Hanif, mengiakan kata-kata Danial.

"Ha'ah. Tapi salah kita jugak sebab plan last minute. Kau orang bukan tak tahu parents aku macam mana. Make sure buat proper planning, ada tempat dan tarikh in which everyone can go"

Danial mengangguk, bersetuju dengan Narmi. "Okey! Let's say kita mau jua teruskan plan kita ni. Where do we go? What are we going to do? I'm good with everything except for waterpark or any...you know, girls' activities"

Narmi melepaskan tawa kecil. Danial ni nampak sahaja seperti lelaki yang gentle dan soft, tapi dia minat aktiviti-aktiviti lasak. Orang takkan percaya lelaki ini atlet yang mewakili universiti dalam aktiviti sukan. Menariknya, kulit Danial jarang sunburn cuma ada kemerahan di bahagian pipi dan telinga bila terkena matahari. Tidak pasti kalau keturunan atau kerana kulit lelaki itu yang agak cerah.

"Kau kan, bila guna slang omputeh ni automatik jadi seksi. Ada nampak macam kau ada darah kacukan sikit. Apapun, soalan dan cadangan yang cukup bijak. Sementara tunggu kau tadi, aku semak timeline twitter dan jumpa tempat-tempat menarik untuk orang macam kau...dan aku. Kita"

"Jauh tak tempat tu, Nep?"

Hanif menyuakan telefon pada mereka bertiga. "Tak jauh, beberapa jam kot dari sini. Tak pasti kalau korang berminat, tapi dekat sana ada air terjun. Nak ke sana kena jungle trekking, ambil kira-kira satu atau paling kurang setengah jam nak sampai tempat air terjun tu. Dengar cerita, tempat tu jarang orang pergi sebab keras tapi entahlah. Aku rasa itu merepek semata"

"Ada nearby villa or homestay, bro? Aku tak minat sangat nak berkhemah ni. Aku okay aje nak jungle trekking bagai, lama juga tak tengok air terjun" Balas Rayyan.

Hanif menggelengkan kepala. Faham sangat dengan Rayyan yang berjiwa perempuan. Nyamuk hinggap pun lelaki itu akan mengamuk, apatah lagi dengan serangga. "Good news for you, ada villa tak jauh dari tempat tu. Aku ada nampak, tapi tak ingat apa nama dia. Alah, selang beberapa minit aje dari tempat tu"

"Kalau macam tu, aku boleh aje. Tempat, tarikh, kita bincang lagi lepas final paper. Aku nak pastikan kita betul-betul tak ada plan. Nami? Dani? Kau berdua macam mana pulak?" Pandangan Rayyan dihalakan pada Narmi dan Danial pula.

"Mana-mana jak ni. Aku pun sudah lama nda tengok air terjun. Hm, kau, Mi? Jangan bilang pula kau ada plan lain cuti ni? Dari tadi diam jak kau, macam orang bisu pula aku tengok"

Narmi menayang sengihan kelat. Melihat reaksi kawan-kawannya satu per satu, mereka sudah nampak teruja dan berharap plan ini akan menjadi.

Yang Tak Terlihat (Wattpad Horror)Where stories live. Discover now