Jessica ditinggal oleh orang tuanya yang pergi keluar negara negara selama seminggu . Walaupun pada mulanya omma dan appanya sedikit risau namun Jessica meyakinkan omma dan appanya untuk berhenti risaukan dirinya semasa mereka berada di luar negara .
Jessica berjanji yang dia akan mengunci semua tingkap dan pintu yang ada.Jessica juga memberitahu omma dan appanya yang dia tidak akan bersendirian kerana ada anjing yang akan menemaninya di rumah semasa ketiadaan mereka..
Malam itu, Jessica hendak tidur. Dia mengunci semua pintu dan tingkap. Namun ada sebuah tingkap yang tidak boleh kunci. Setelah berkali kali Jessica cuba mengunci namun gagal dan akhirnya Jessica hanya menutup tingkap itu begitu saja.
Setelah semuanya selesai, Jessica naik ke atas katilnya dan di bawah katilnya anjing kesayangannya meringkuk tidur.
Jessica mengulurkan tangannya ke bawah dan anjingnya menjilat jarinya , seperti yang biasa yang anjing akan lakukan . Entah mengapa Jessica berasa aman jika anjingnya itu menjilat jarinya.
Jessica kemudian tertidur. Namun pada tengah malam, Jessica terdengar suara "Tip tap tip tap ...". Seperti bunyi air yang menitis
Saat Jessica membuka mata, biliknya gelap gelita. Jessica menjulurkan tangannya ke bawah dan merasakan jari-jarinya dijilat oleh anjingnya.
Jessica kembali tidur.
Beberapa jam kemudian, Jessica kembali terbangun.
Suara "Tip tap tip" itu masih lagi terdengar.
Jessica menjulurkan tangannya ke bawah.
Jari-jarinya terasa hangat dan basah oleh jilatan.
Jessica lalu kembali tidur. Jessica langsung tidak memikirkan suara itu . Mungkin saja itu suara titisan air di bilik mandinya.
Untuk ketiga kalinya, Jessica kembali terbangun oleh suara "Tip tap tip tap" itu.
Jessica menghulurkan tangannya kembali ke bawah.
Namun kali ini jarinya tidak dijilat.
Jessica berfikir yang anjingnya sedang nyenyak tidur dan dia bangun lalu menyalakan lampu.
Namun Jessica tidak nampak anjingnya berada dibawah katilnya
"Tip tap tip tap"
Suara itu masih terdengar.
Jessica memutuskan untuk memeriksa suara itu datang dari mana . Rupanya suara itu datang dari sebelah bilik mandi di sebelah biliknya..
Jessica membuka pintu dan menyalakan lampu bilik mandi.
Jessica segera menjerit.
Di dalam bilik mandinya terdapat anjingnya yang mati dibunuh di atas tub mandi . Lehernya dikelar dan darahnya menitis di atas lantai dan menyebabkan bunyi "Tip tap tip tap."
Yang lebih mengerikan, di dinding terdapat kata-kata yang ditulis dengan darah anjingnya.
"AKU JUGA BOLEH MENJILAT."
The end /©owner
copyright / vote /comment
YOU ARE READING
Creepy.com
HorrorMALAY : KOREAN : ENGLISH VERSION cerita horror yang dipinjam dari google dan telegram ©seram_malam. - highest ranking #8 in horor - -#1 in creepy-
