39

4.9K 769 227
                                    

Bam!

Langkah aku terhenti.

Okay, sesiapa boleh bagitahu aku tak, apa bunyi nya tu?

"Raehee.. kenapa kau terhenti ni weyh?" Soal Seura.

Tetiba aku dapat rasakan sesuatu yang tak bagus.

"Seura.. kau boleh tak pergi cari Jaeri dan bawak dia keluar? Aku kena cari mana appa hayeon pergi."

"Kau gi--"

"Pergi je." Kata aku. Seura merengus.

"Fine. Jaga diri kau okay?" Katanya. Aku mengangguk lalu Seura melangkah pergi dari posisi aku.

Kini tinggal aku keseorangan.

Aku mengatur langkah aku keluar dari banggunan itu dan mencari kelibat Appa hayeon.

"appa!! Andwae.." kata seseorang.

Aku ingat suara ni.

Hayeon.

Aku meluru berpandukan suara Hayeon. Dan tak aku sangka, ia membawa aku kemana Appa hayeon berada.

Aku nampak appa hayeon sudah terbaring diatas jalan tar. Kelihatan belakang nya seperti ditikam. Dan disitu, Hayeon ada disisinya.

"Ha--" belum sempat aku habiskan perkataan aku, mata aku sudah terpaku pada satu susuk tubuh yang terbaring atas jalan tar itu.

Ianya Jungkook.

Darah berlumuran dibahagian perutnya. Dia cuba untuk menahannya.

Jimin berada disisinya cuba untuk menenangkan dia.

Aku meluru kearah Jungkook. Air mata aku sudah mengalir deras tatkala melihat keadaan Jungkook sekarang ni.

"Jungkook!.." aku duduk disisinya. Kepalanya aku baringkannya pada paha aku.

"bertahan Jungkook.." kata  aku. Aku nampak Jungkook merenung muka aku sambil tangannya mengusap pipi aku.

"Jangan nangis depan aku, jagiya. Kau buat hati aku lagi sakit daripada luka yang aku tengah hadapi sekarang ni." Katanya.

Air mata aku makin deras.

"Jungkook.. tolong.. jangan tinggalkan aku lagi hiks." Kata aku.

Aku nampak air mata Jungkook mengalir.

"Aku takkan tinggalkan kau lagi, Raehee. Aku takkan pernah. Kalau aku pergi sejauh mana sekalipun, hati kau tetap ada dalam hati aku." Kata Jungkook.

"Berhenti menangis, Kau buat kan aku lebih lemah." Kata Jungkook.Aku mengangguk.

"Baiklah aku takkan menangis." Kata aku. Aku mengesat air mata aku.

Hati aku luluh sekarang ni. Aku lihat darah Jungkook mengalir sampai kena seluar aku. Aku pandang Jungkook kembali. Dan berdoa agar nyawa jungkook dipanjangkan.

Kalau dia pergi, ini bermakna.. aku dah buat 2 oramg mati kerana aku.

Orang yang aku sayangi.

Aku taknak benda itu berlaku lagi dalam hidup aku. Aku nak orang yang aku sayangi ada disisi aku sentiasa dan temani aku.

Bukan pergi meninggalkan aku.

Jungkook perlahan-lahan mengukirkan senyuman lemahnya. Bibirnya kelihatan pucat. Tiada sebarang warna merah pada bibirnya.

"Aku nak kau tahu yang aku cintakan kau, Raehee. Selamanya." Kaya Jungkook.

Aku tersenyum paksa. "Nado." Kata aku.

busmate. Where stories live. Discover now