Telefon berdering lagi. Untuk kali ke berapa Zara sudah penat mengira. Apa mahu Ammar dia tak tahu. Kenapa Ammar sibuk menghubungi dia. Dia tak mahu lagi berhubungan dengar Ammar apatah lagi mendengar suara Ammar. Dia tak benci tapi tak mahu terus merindu. Mendengar suara Ammar pasti dia akan menangis kerinduan. Kenapalah Ammar kejam sangat. Kenapa Ammar berikan dia sepenuh kasih sayang kalau cintakan orang lain. Kenapa dia dapat rasa cinta Ammar bukan palsu.
"Awak jahat Ammar." Zara renung telefon. Nama Ammar terpapar di situ. Tanpa sedar air matanya menitik. Saat itu memang dia rindukan suaminya.
"Jawab ajelah kalau rindu." Maria menepuk bahu Zara lembut.
"Dia sihat ke? Dia ambik tak barang yang aku bagi." tanya Zara. Tak sabar nak dengar cerita pasal Ammar. Zara mengesat air matanya.
"Aku tengok dia sihat je. Tak ada masalah kot. Aku bukan kenal dia pun sebelum ni. Pasal kiriman kau aku dah bagi dia. Aku tak tengok pun muka dia gembira atau tak. Duduk depan dia aku dah nampak dia macam punching bag."
Zara tak boleh salahkan Maria kalau sahabatnya jadi benci pada Ammar.
"Baik kau jumpa dia dan bincang elok-elok benda ni. Walaupun dia dah jatuhkan talak tapi masih ada jalan lagi untuk korang berdua bersatu. Mahkamah pun belum sahkan perceraikan kau dengan dia. Lagipun kau kena balik rumah Ammar dan habiskan edah kau kat sana. Mana tau cinta bertaut kembali."
"Tak pernah ada cinta mana mungkin nak bertaut. Dia kata dia menderita hidup dengan aku. Tak mungkinlah aku kembali kat dia." Zara ingat lagi tiap bait kata-kata Ammar. Betapa deritanya Ammar kerana terpaksa hidup dengan dia. Jadi memang tak mungkinlah dia akan kembali kepada Ammar hanya untuk menghabiskan edahnya. Itu semua hanya akan menambahkan derita Ammar.
"Kau pernah nampak dia masam tak sepanjang hidup dengan dia."
Zara geleng.
"Kau tidur kat sofa atau dia tidur kat sofa atau korang tidur kat katil berdua."
Zara jengilkan biji mata. Apa punya soalan Maria tanya. Sejak malam pernikahan mereka tak pernah pulak dia atau Ammar berpisah tempat tidur. Setiap malam dia rasa kehangatan pelukan suaminya. Dan juga belaian manja dari Ammar. Pipinya tiba-tiba merah. Malu pada Maria yang merenungnya. Barangkali Maria boleh dapat jawapan dari muka dia.
"Dalam novel melayu yang aku selalu baca kalau kena kahwin paksa ni mesti sorang kena tidur atas, sorang tidur kat bawah atau tempat lain."
Zara mula faham maksud Maria. Memang dia tak pernah rasa yang Ammar menderita atau tersiksa sepanjang mereka bersama. Apa yang dia nampak setiap hari memang Ammar gembira. Tak nampak rupa tak suka atau derita yang Ammar maksudkan.
"Kenapa aku tak nampak muka gembira dia nak kahwin dengan kekasih tercinta." Ujar Maria lagi. Sengaja mahu menguji perasaan Zara. Dia tahu cinta Zara pada Ammar masih teguh. Dan dia nampak juga cinta Ammar pada Zara. Cuma Ammar begitu ego mahu mengaku cintanya sudah hilang kepada Karina.
"Aku dengar sendiri dengan telinga aku dia cukup menderita hidup dengan aku. Biarlah dia bahagia dengan pilihan dia sekarang." Suara Zara mengendur. Kalau tuan punya badan sendiri dah berkata-kata tak mungkinlah dia tak percaya. Kalau orang cakap Ammar derita dia memang boleh sangkal. Tapi Ammar sendiri yang cakap dirinya tersiksa. Dari mana datangnya cinta kalau hidup tersiksa.
Ammar pandang telefon di tangan. Sudah beratus kali dia mendail nombor Zara. Dia rindu ingin mendengar suara Zara. Kenapa mala mini dia begitu rindukan Zara. Mungkin kerana Kandi Kelapa yang dia sedang makan. Air tangan Zara memang kena dengan tekaknya. Zara memang pandai memasak. Jaguh kata mama.
"Zara..." Ammar gengam telefon kuat-kuat. Dia berdoa agar Zara menjawab panggilanya. Dia cuba menghubungi Zara sekali lagi.
Ammar mengeluh. Sekali lagi panggilannya masuk ke dalam voicemail. Rindunya bagai nak gila pada Zara. Sehinggakan dia tak lalu untuk makan. Hanya duduk di situ sambil mendail nombor Zara. sekali sekala dia melayan panggilan dari Karina. Tak mahu Karina curiga atau salah sangka.
"Ammar kenapa ni.... Akak tengok dah dua tiga hari ni senyap je. Bukan sepatutnya Ammar gembira sebab dah nak kahwin dengan Karina. Macam mana persiapan..." Juwita duduk di sebelah Ammar. Sengaja menekankan perkataan gembira. Mahu mengingatkan Ammar pada keputusan yang diambilnya.
Ammar diam. Hatinya bergolak.Menghadap kolam renang yang membiru. Ternampak cahaya bulan penuh di permukaan air. Sangat cantik dan syahdu. Namun belum cukup menenangkan hatinya yang rawan. Menggunung rasa rindu pada Zara yang sudah diceraikannya. Makin lama makin goyah dia dengan pendiriannya. Nama Zara sudah mula disebut hatinya bukan lagi Karina.
"Enthlah Kak Long... makin Ammar fikir makin bersalah rasanya. Ammar tak tahu kenapa Ammar rasa tak gembira dengan keputusan ni. Ammar tak gembira dengan Karina... Ammar rindu Zara." Ammar meluahkan isi hatinya. Dia sendiri tak tahu kenapa dia di dalam dilemma. Kenapa hatinya jadi berbelah bagi bila berhadapan Karina. Sebulan bulan lalu dia yakin yang dia akan gembira sebaik sahaja menceraikan Zara. Namun kini sebaliknya.
"Zara bukan saja cantik pada rupa tapi dia cantik segalanya. Malah sejuta kali lebih cantik kalau dibandingkan dengan Karina. Tak hairanlah kalau hati Ammar sendiri terpaut kat dia sedangkan otak Ammar yakin yang cinta tu hanya milik Karina..." Juwita seakan menyindir. Hatinya turut sakit bila Ammar menceraikan Zara secara tiba-tiba.
Dia juga antara yang tertipu dengan sandiwara Ammar. Sangat romatik dan penyayang bila berada di samping Zara. Siapa sangka Zara akan diceraikan begitu sahaja. Ingin sahaja dia melompat kegembiraan bila kini Ammar mula menyesali tindakannya sekarang. Cinta suci di depan mata dibuang semata-mata mengejar cinta palsu yang belum pasti.
"Tapi kak long saya cintakan Karina mana mungkin saya boleh jatuh hati pada Zara." Ammar menafikan. Tak mungkin dia jatuh cinta pada Zara.
"Kalau betul Ammar Cuma cintakan Karina kenapa mesti nama Zara muncul lagi sekarang ni? Ammar tak akan rindukan Zara kalau tak ada perasaan kat dia." Juwita geram. Kenapalah Ammar ni degil sangat. Nak kena Clorox otak tu agaknya baru nampak mana satu cinta suci mana satu cinta palsu.
"Kalau betul saya cintakan Zara kenapa saya sayangkan Karina jugak."
"Itu sebab kenapa lelaki diizinkan kahwin lebih dari satu. Hati lelaki cukup besar sampai boleh dikongsi ramai perempuan. Bukan macam perempuan yang hatinya kecik dan hanya muat untuk seorang lelaki. Itu jawapan Along. Ammar kenapa pilih jalan susah macam ni. Ammar masih boleh kahwin dengan Karina walaupun dah ada Zara. "
"Ammar dah janji tak akan duakan Karina. Ammar dan janji dengan Karina hanya dia seorang akan jadi pendamping Ammar."
"Kalau macam tu Kak Long tak boleh tolong. Ammar boleh saja rujuk dengan Zara kalau Amar nak. Tapi Ammar dah kata Ammar cintakan Karina lebih dari Zara. Insya Allah Ammar akan bahagia dengan Karina." Juwita menenangkan Ammar. Kasihan melihat adik ipar yang tersalah langkah. Juwita lebih sukakan Zara berbanding Karina. Perangai Karina yang agak bebas dalam bersosial dia kurang gemari. Namun Karina sudah jadi pilihan Ammar. Dia berharap Karina akan menghargai Ammar bila berumah tangga nanti.
"Zara marah kat saya ke kak long.... Saya call langsung tak nak jawab. Mesej pun tak dibalas.... Saya nak mintak maaf kat dia..." sayu sahaja nada suara Ammar. Penuh penyesalan pun ada. Selebihnya rasa rindu.
"Kalau akak kat tempat Zara bukan kata nak tengok kalau boleh nak sepak je muka Ammar ni. Nak tumbuk je muka hensem Ammar. Tiba-tiba kena talak sape yang tak marah. Apa yang Ammar harapkan. Dia senyum dan gembira atau berseronok. Dia tiba-tiba hilang tempat bergantung. Sepatutnya Ammar buat cara baik. Bukan buat macam ni."
Ammar diam. Memang salah dia. Tapi dia dah didesak oleh Karina untuk jatuhkan talak malam tu jugak sebagai tanda cintanya kepada Karina. Dan kalau Ammar tak ceraikan Zara Karina akan berhijrah ke luar negara. Dia tak sanggup kehilangan Karina.
"Dia trauma sekarang ni, jangan kacau dia lagi. Tolong izinkan dia ubati luka hati dia sendiri. Kalau Ammar mahukan Zara balik pergi cari dia. Kalau Ammar yakin cinta Ammar Cuma Karina tolong lepaskan Zara." Juwita meninggalkan Ammar kseseorangan melayan perasaan. Kalau lebih lama di situ mau saja ditolak Ammar ke dalam kolam renang. Geram sangat. Bukan saja ego tinggi melangit. Bodohnya pun bertingkat-tingkat.

YOU ARE READING
SAAT CINTA ITU PERGI
RomanceSAAT CINTA ITU PERGI TIADA LAGI HARAPAN UNTUK BERSAMA. ANDAI ADA TAKDIR ALLAH CINTA ITU AKAN BERTAUT KEMBALI...