SAAT CINTA ITU PERGI 11

3.4K 89 6
                                    

Ammar melangkah perlahan. Rumah yang sudah hampir seminggu dia tinggalkan. Halaman rumah sudah penuh dengan daun-daun kering. Luar rumah sudah huru-hara tak tau lagi keadaan dalam rumah. Karina bukanlah seorang yang suka mengemas. Masa lapangnya banyak dihabiskan dengan tidur dan shopping. Biasanya dia akan mengupah orang mengemas rumah tiga kali seminggu. Atau dia sendiri akan mengemas jika ada masa lapang.

"Ingatkan dah tak ingat jalan balik."

Ammar dikejutkan dengan satu suara sebaik sahaja masuk ke dalam rumah. Karina duduk di sofa dengan wajah penuh amarah. Kali ini Ammar berazam untuk tidak tunduk pada Karina. Biasanya dia akan mengalah bila bergaduh.

"Rumah I mestilah I kena balik." Ammar menjawab tenang tak mahu menimbulkan pergaduhan lagi. Bukan sekali dua mereka bertengkar sudah banyak kali. Dia akan mengalah atas nama cinta dan sayang.

"You ingat rumah ni hotel ke boleh you suka-suka keluar suka-suka balik. Tinggalkan I yang sakit sorang-sorang kat sini. Kalau jadi apa-apa kat I macam mana...." Karina mula meninggikan suara. Memang dia marah ketika ditingalkan begitu sahaja oleh Ammar.

"Bukan you ke yang suka-suka masuk suka-suka keluar. Dalam sebulan cuma beberapa hari je you kat rumah. Itupun ada banyak aktiviti lain. Nama I tak pernah tersenarai pun dalam aktiviti you. You sakit sebab you sendiri cari pasal. So bukan tanggungjawab I nak jaga you..." Ammar menyindir Karina.

Karina bertambah naik angin. Tak pernah Ammar begini. Berani menjawab dan berani menyindirnya. Ammar selama ini diam dan hanya menurut apa sahaja katanya. Mesti ada seseorang yang mempengaruhi Ammar. Pasti keluarga Ammar mengatakan sesuatu yang buruk mengenainya. Jangan-jangan rahsianya juga terbongkar.

"Kenapa you nak marah pasal baby tu. I buat ni semua sebab nak capai impian I. You sendiri yang kata akan sokong I. Lagipun I boleh pregnant lagi... I muda lagi. Hal baby tu kecik aje..."bagaikan tiada perasaan Karina berbicara. Hati Ammar bagaikan tersayat dengan sembilu bisa. Hal kecik je. Hal gugurkan anak dengan sengaja Karina anggap kecil.

Ammar beristigfar dalam hati. Berharap agar dia dapat mengawal amarahnya. Kata-kata Karina amat menyakitkan hatinya. Mahu sahaja pipi mulus Karina di tampar sekuat hati. Bagaimana Karina boleh menganggap bayi yang bakal lahir itu batu penghalang. Sungguh mudah bagi Karina menyingkirkan 'batu penghalang' itu.

"Rina... you ingat anak yang you buang tu sampah yang boleh you campak sesuka hati! I sokong you tak bermakna I sokong you bunuh anak I tau tak... Lagipun you bukan tuhan Karina boleh tentukan yang you pasti akan pregnant lagi lepas ni. Kita cuma manusia Karina. Yang you buang tu manusia Karina bukan binatang. Binatang pun pandai sayangkan anak... kenapa you tak boleh nak sayang anak you sendiri... kenapa Karina.." tanpa sedar Ammar mulai menangis. Janin yang baru berkembang dihancurlumatkan oleh ibunya sendiri. Entah apa yang merasuk Karina hingga sifat perikemanusiaanya hilang.

Karina tak faham betapa dia ingin punyai zuriat sendiri. Dia bukan tak dengar kata-kata umpatan orang disekelilingnya. Dia dituduh mandul kerana tak punyai zuriat setelah sekian lama berkahwin. Impiannya untuk menimang cahaya mata telah musnah. Musnah kerana sikap pentingkan diri sendiri Karina. Ammar semakin tidak faham apa yang Karina mahukan. Mahukan dirinya namun tak pernah menghargai kehadirannya. Selalu ditinggal begitu sahaja.

"You asyik sebut anak je. Orang tak ada anak pun boleh bahagialah, lagipun peluang macam ni bukan selalu datang... tak salah kan kalau I grab je peluang ni..." Karina tetap dengan egonya. Dia tidak memperdulikan kesedihan Ammar. Baginya cita-cita nombor satu barulah keluarga.

"Mana ada orang lain yang sengaja gugurkan anak sebab karier.... Apa pun alasan you bagi I you tetap bersalah sebab bunuh baby tu! Dan I tak benarkan you pergi Paris. You kena duduk sini tunaikan janji you akan jadi isteri terbaik buat I!" Ammar memberi kata putus. Dia tahu pasti Karina akan mengamuk. Tapi ini penting demi menyelamatkan rumahtangga mereka.

"You dah gila ke I dah sign kontrak. Kalau I langar kena bayar denda tau tak. Hundred thousand usd!" Karina melenting. Mana mungkin dia lupakan impiannya. Lagipun kandungannya sudah tiada. Tak ada apa yang menghalangnya. Ammar pun sepatutnya menyokong bukan menghalang.

"I tak kisah pasal denda tu I boleh bayar. I ada duit... I nak isteri I sentiasa kat rumah." Ammar mematahkan kata-kata Karina. Dia pasti Karina akan memberi seribu satu alasan untuk pergi. Dia sanggup buat apa sahaja asalkan Karina mahu membatalkan niatnya.

"No I nak pergi jugak. You tak boleh halang I!" Karina membentak. Impian sudah dalam genggaman tak mungkin dia akan lepaskan. Kalau dilepaskan sia-sia sahaja dia menangung sakit menggugurkan kanduangan.

"Kalau you pergi jugak then no 'us' anymore..." Ammar cuba menggertak Karina. Dia berharap Karina akan mengalah. Dan dia juga mahu menguji sejauh mana cinta Karina. Cinta yang kononnya suci murni dan seribu kali lebih baik dari cinta Zara.

"Okey fine... ceraikan I. I tak boleh hidup dengan orang yang tak faham apa yang I nak. I ingat you faham I tapi you pun sama macam semua lelaki kat luar tu pentingkan diri sendiri!" Karina bertempik. Dia merasakan Ammar sudah melampu bila mengugutnya untuk bercerai. Ammar fikir dia siapa untuk menghalang apa yang dia mahukan.

Ammar terkejut. Nyata cinta Karina hanyalah senipis kulit bawang. Atau tiada cinta langsung dalam diri Karina untuknya. Cinta Karina hanya pada karier. Ammar menangis dalam hati. Dia hanya menggertak Karina, tak sangka semudah itu Karina akan setuju. Tak perlu waktu yang panjang untuk berfikir. Seakan-akan dirinya memang tak penting bagi Karina. Kesabarannya sudah hilang. Seboleh-bolehnya dia mahu menutup aib isteri sendiri.

"Lelaki kat luar macam mana yang you sebutkan? Siapa yang you sebutkan tu? Berapa banyak lelaki yang you ada? I ni macam Tan Sri Kahar ke?" Ammar kecewa. Tapi apa yang paling pedih Karina menuduhnya pentingkan diri sendiri.

Karina diam. Rahsianya telah terbongkar. Susah payah dia berlakon jadi baik depan Ammar semasa bercinta untuk menutupi semua perangai liarnya. Tan Sri Kahar adalah sugar daddynya yang pertama. Orang yang banyak memberinya peluang untuk berjaya dalam pentas modelling. Selepas kematian Tan Sri Kahar dia berdampingan dengan lelaki lain. Entah berapa orang bilangannya dia pun tak tahu. Ini semua kerana dia tak sanggup untuk hidup tanpa duit. Ketika itu namanya tak gah seperti sekarang.

Namanya mula dikenali ramai selepas digosipkan bercinta dengan kerabat di raja namun putus. Akibatnya Karina mencari sasaran lain. Berkenalan dengan Ammar bagaikan bulan jatuh ke riba. Memang dia mahu menamatkan segalanya dengan Ammar. Dia mahu Ammar jadi yang terakhir. Sanggup dia mengganggu Ammar setiap hari agar Ammar tak terbuai dengan Zara. Dia tahu pesona Zara mampu membuatkan Ammar berpaling. Dia mahu memastikan Ammar jadi miliknya. Namun tawaran yang datang mencurah tak mampu dia tolak.

"I tahu semua masa lalu you. Tapi atas sebab sayang I sanggup lupakan semua tu asalkan you sanggup bertaubat dan jadi isteri sepenuh masa, no more modelling... I sanggup bagi you peluang kedua sebab ini semua pun salah I. I gagal jadi imam untuk keluarga kita... masih belum terlambat untuk bertaubat Karina..." Ammar cuba memujuk Karina. Dia berharap Karina akan lembut hati.

"Sorry Ammar... I tetap dengan keputusan I.... please ceraikan I..."

Ammar tak mampu untuk bertahan. Dia menuju ke bilik dengan hati kecewa. Rumah tangga yang dibina atas dasar cinta retak akhirnya. Hatinya dikecewakan oleh orang yang amat dicintainya. Kini dia faham perasaan Zara saat dikhianati dahulu.

SAAT CINTA ITU PERGITempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang