01; Bad Signs

1.7K 137 22
                                    


Park Aeyun

"Jaga diri kau kat sana nanti. Aku tak ada nak jaga makan minum kau sebulan kau kat sana tu. Jangan mabuk walau kau stress mana pun. Kau ni dahlah jenis yang tak boleh nak toleransi dengan alkohol. Lepas tu-"

"Lepas tu, kau senyap, ok? Gaya kau macam aku nak pergi berperang pula." Sedaya upaya aku menahan untuk tidak menggulingkan mata ke atas. Hana ni, memang selalu terlebih drama. Air matanya dilap menggunakan hujung lengan sweater yang dipakainya sambil menghulurkan bagasi aku yang dipegangnya.

Mulutnya muncung, "Aku cuba untuk menjadi sahabat yang terbaik, ok?" Katanya yang diselangi esakkan yang masih kedengaran.

Penumpang ke China telah diumumkan supaya menunggu di balai berlepas. Semakin galak suara Hana meraung kat sebelah aku ni.

"Aku kena pergi sekarang. Kau doakan supaya misi aku ni berjalan lancar dan aku boleh balik cepat serta have fun dengan gaji dan bonus yang aku akan dapat tak lama lagi. Aku belanja kau pergi Exo'rdium, ok?" Aku menarik bagasi aku tetapi Hana menghalang.

"Kau kenal tak target mission kau tu?" Soalnya yang masih menangis. Nak je aku bagi flying kick kat dia. Nama samaran bukan main Tough Cookie. Nampak je tegas. Tapi menangis kalah Dongwoo, jiran sebelah rumah.

Aku mengangkat bahu. "Tuan Do kata dia nak e-mail kat aku nanti detail pasal Suhun tu. Dahlah. Aku kena pergi ni. Apa-apa aku call kaulah nanti. Bye!"

Kaki aku hayun cepat ke balai berlepas sebelum Hana mematahkan semangat aku yang berkobar-kobar ni. Gol aku sekarang adalah siapkan misi secepat mungkin, lepas tu balik Korea dan dapat duit.

Aku mengambil tempat duduk yang telah tertera di tiket penerbangan. Tepi tingkap iaitu tempat kegemaran aku. Lagipun ni pertama kali misi aku melibatkan China jadi aku agak teruja nak tengok pemandangan negara tersebut dari atas awan.

"Aku dah kata aku nak bussiness class, kan?"

Pergerakkan aku yang asalnya nak pakai tali pinggang keselamatan terhenti separuh jalan bila telinga aku menangkap suara yang agak kurang senang untuk didengari. Aku mengangkat muka dan kelihatan seorang lelaki yang lebih kurang sebaya dengan aku sedang menengking ke arah dua orang pramugari.

"Maafkan kami, Tuan Oh. Tapi bussiness class kami sudah penuh. Lagipun Tuan yang tempah tiket lambat-"

"So, sekarang ni kau salahkan aku?" Wajahnya diraup kasar. Tangannya kemudian bermain dengan rambutnya. Reaksinya agak tegang. "Kai. Tiket bussiness class aku atas nama dia. Kai. Kim Jongin."

Sekali lagi dua orang wanita tersebut menunduk takut. Gerun agaknya nak pandang wajah bengis lelaki tu. "Maafkan kami sekali lagi, Tuan Oh. Tetapi tiket atas nama Tuan Kai memang bukan tiket untuk bussiness class."

"Apa kau cakap!?" Mata aku membulat bila dia hampir sahaja menampar salah seorang pramugari tu. Mujur ada seorang pramugara yang sempat menahan lelaki tak guna tu.

"Penerbangan akan berlepas dalam masa 15 minit. Saya sarankan agar Tuan duduk di sebelah perempuan tu kerana kami akan memberi taklimat kecemasan lebih kurang seminit lagi." Pramugara tersebut memuncungkan mulutnya ke arah aku. Sempat juga dia tersenyum sinis. Jangan cakap lelaki tak guna ni...

"Tukar seat."

"Haa?"

Dia memejamkan matanya seketika. Jari dia kemudian menghala ke aku, kemudian ke tempat duduk kosong di sebelah aku. "Duduk situ."

Aku terkebil-kebil. Dia ni dah mencapai limit kesabaran aku. Tapi memandangkan seluruh mata-mata dalam pesawat ni merenung ke arah kami berdua, aku hanya mendengus kasar dan menurut arahan dia.

Mission Goes Wrong [EXO's Oh Sehun Malay]Where stories live. Discover now