Ayah Tak Mati?

298 16 7
                                    

Encik Rashid asyik menggaru-garu kepala. Si anak yang berumur 5 tahun berjalan terkedek-kedek kearahnya.

"Ayah, hari ni ahad ek?"

"Bukan. Hari ni hari Rabu. Kenapa Muiz?"

"Kalau ayah ada kat rumah, selalu hari Ahad."

Encik Rashid menggaru lagi kepalanya bagaikan ada kutu bersarang sekeluarga. Susah betul mahu diterangkan situasinya pada anak kecil itu.

"Ayah tak kerja hari ni. Kena gantung."

"Kena gantung? Ayah tak mati ke?"

Encik Rashid tergelak sendiri. Logik budak. Namun dilayankan saja.

"Tak mati kena gantung ni. Nanti dapat kerja,'hidup' balik la."

"Ooo..." Si anak kecil terangguk-angguk. Encik Rashid tersenyum saja lalu kepalanya digaru lagi. Okey. Mungkin memang berkutu. Eww!

"Sudahlah. Muiz pergi main dengan adik dalam bilik ya? Ayah nak berehat."

Si anak angguk. Terkedek-kedek Muiz masuk ke dalam bilik bertemu adik perempuannya. Encik Rashid masih duduk di atas sofa memikirkan masalah yang melanda. Kepalanya digaru semul... Seriously, Encik Rashid. Kau perlu jumpa doktor. Now.

* * * *

Mimi berdiri terketar-ketar di atas kerusi mini berwarna pink. Walaupun umur baru 3 tahun, namun dia akur sahaja mendengar arahan abangnya.

"Adik takut..." bibir Mimi terjuih. Dirinya masih berdiri tegak di atas kerusi itu. Muiz pula leka mengikat tali buaian erat-erat ke leher adiknya. Selesai kerja, dia tersenyum puas hati.

"Tak apa. Ayah kata, kalau gantung tak mati."

Lalu kerusi ditarik.

-end-

Cerita Satu ChapterWhere stories live. Discover now