Pencuri Hati

111 4 1
                                    

Dia curi hati aku.

Sedari tadi aku tidak mampu berganjak dari kerusi dan hanya keseorangan di penjuru kafe. Ekor mata terus memerhati si gadis yang telah menyebabkan 'tragedi' ini. Dia sedang melayan pelanggan lain dengan mesra, lembut dan penuh senyuman. Nampaknya, si pelanggan lelaki itu turut terkena jeratannya. Ah, sama bodoh macam diriku juga!

Gadis itu segera beredar setelah segala hidangan diletakkan di atas meja pelanggan. Namun, dia sempat menjeling padaku dan memberi senyuman kecil. Cis, berani sungguh dia!

Aku membuang pandang dan melihat sekeliling. Tidak jauh dari tempat aku duduk, ada seorang remaja lelaki turut sama terpaku di kerusinya.

"Kau pun terkena?" pertanyaanku mengejutkan si remaja tadi. Setelah beberapa saat terdiam, dia mengangguk sahaja.

"Teruk tak?" aku cuba mendapatkan kepastian.

Si remaja itu memandang aku dengan wajah penuh sesal. Jaket yang menutupi badan dibuka luas untuk memberikan penglihatan yang jelas. Suaranya sedikit getar. "Dia ambil usus perut, tulang rusuk dan ginjal."

Seluruh tubuh di bahagian depan sudah dirobek habis. Sisa-sisa daging dan urat putus kelihatan tergantung di dalamnya. Aku hanya mengangguk lemah.

Remaja itu kembali menutup tubuh. Dia pula merenung. "Abang pula?"

Aku menunjuk ruang dada yang kini berlubang kosong. "Dia curi hati aku."

Kami menggangguk dan ber-huhuhu sahaja.

-end-

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: May 31, 2017 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Cerita Satu ChapterWhere stories live. Discover now