Part 4 : Stay With Him?

2.8K 254 4
                                    

You Are My Husband
Part 4
Stay With Him?

☆♥☆♥☆♥

"Tapi omma..." Bona memuncungkan mulutnya. Tangan ibunya digenggam erat. Wajahnya sengaja dibuat-buat kasihan agar ibunya membawanya bersama ke London kerana keluarganya dan juga keluarga Taehyung ke sana atas urusan kerja.

"Sekejap je sayang, sebulan je." Kata Mrs Lee sambil mengusap rambut anak gadisnya.

"Kamu dan Taehyung tinggal sekejap, ne?" Bona memandang Mrs Kim yang sedang membelai rambut Taehyung. Taehyung hanya memandangnya dengan riak wajah kosong.

"Tapi.. Mark boleh ikut." Kata Bona sambil menunding jarinya kearah Mark yang berdiri disebelah Mr Lee. Mark menjelirkan lidahnya. Bona mencebik geram.

"Kaja." Panggi Mr Kim lalu menarik beg pakaiannya keluar dari rumah. Mark dan Mr Lee mengkuti langkah Mr Kim.

"Tolong jagakan Bona, ya sayang." Bona memandang kearah Taehyung yang mengangguk dengan mata yang tertutup apabila rambutnya dibelai lembut oleh ibunya.

"Annyeong." Rambut Hana dibelai lalu Mrs Lee mula melangkah keluar. Mrs Kim mengucup dahi Taehyung

"Tolong jagakan Taehyung." Kata Mrs Kim perlahan. Bona mengangguk. Matanya tertutup apabila dahinya dikucup oleh Mrs Kim. Mereka berdua hanya memerhati Mrs Kim yang sedang melangkah keluar.

"Kaja. Saya tunjukkan bilik awak." Kata Taehyung membuatkan Bona memusingkan tubuhnya menghadap Taehyung. Baru sahaja Bona ingin menarik beg pakaiannya, Taehyung pantas mengambilnya dahulu.

"Biar saya.." Bona mengangguk tanpa memandang wajah Taehyung. Mereka berdua mula melangkah menaiki tangga ke tingkat atas.

"Ini bilik awak." Kata Taehyung lalu mrmbuka pintu bilik tersebut. Beg pakaian Bona diletakkan ditepi katil.

"Gomawo." Ucap Bona.

"Ada apa-apa panggil saya. Bilik saya dekat sebelah." Bona mengangguk faham. Taehyung tersenyum pendek lalu melangkah kearah pintu. Pintu bilik tersebut ditutup. Taehyung melangkah kearah bilik biliknya. Taehyung bersandar dipintu biliknya selepas dia menutup pintu biliknya.

'Hana-ssi...'

☆♥☆♥☆♥

Taehyung melangkah menuruni tangga satu persatu. Dia mula berasa sangat lapar malam itu. Sejak dia masuk dalam biliknya tadi, dia terus terlelap.

"Dah bangun?" Taehyung tersentap apabila dia tiba didapur. Bona yang sedang menghidang nasi diatas meja terus melangkah mendekatinya. Taehyung sedikit berundur apabila Bona berhenti betul-betul dihadapannya.

"Ma-macam mana awak tahu saya tidur?"

"Saya ketuk bilik awak petang tadi sebab nak ajak awak makan petang. Awak tak sahut, saya masuklah." Kata Bona lalu menjungkitkan bahunya.

"Dahlah, jom makan." Tangan Taehyung ditarik lalu membawanya kearah meja makan. Mata Taehyung hanya memandang kearah tangannya yang dipegang oleh Bona.

Hana-ssi..

"Meogeo kaja." Bona melepaskan tangan Taehyung. Taehyung memandang wajah Bona. Bona tersenyum manis.

"Senyuman awak..." Taehyung menelan air liurnya.

"Ne?" Senyuman Bona semakin pudar apabila Taehyung tak lepas memandangnya.

"Senyuman awak sebiji macam dia." Bona tersentap. Dia faham apa yang fikatakan oleh Taehyung. Wajah kakak kembarnya mula terbayang di dalam fikirannya.

"Teruslah senyum macam tu, senyuman tu paling manis yang pernah saya lihat." Kata-kata Taehyung membuatkan Bona mengangkat wajahnya memandang wajah Taehyung. Degupan jantung Bona mula berdegup laju apabila melihat Taehyung tersenyum ikhlas. Buat kali pertama Taehyung tersenyum begitu kepadanya.

"Saya suka senyuman tu." Kata Taehyung lagi sambil menarik kerusi lalu melabuhkan punggungnya. Makanan yang dihidangkan membuatkannya menelan air liur.

"Meogeoyo." Taehyung mengangguk lalu mengambil chopstick yang terletak di sisi mangkuk. Taehyung menyepit sekeping daging lalu memasukkan ke dalam mulutnya.

"Eumm.. Mas-issda." Bona tersenyum melihat Taehyung mula menikmati makanan hasil air tangannya.

"Awak tak nak makan?" Soal Taehyung sambil memandang wajah Bona. Bona menggeleng perlahan sambil tersenyum kecil.

"Awak makanlah dulu."

"Haish.. Mwoya.." Taehyung bangkit dari kerusi. Tubuh Bona ditolak dari belakang dengan perlahan kearah kerusi.

"Anja." Arah Taehyung sambil menekan kedua belah Bona menyuruhnya duduk. Bona akur. Dia memerhatikan Taehyung yang melangkah mengambil pinggan. Dua senduk nasi keatas pinggan lalu diletakkan dihadapan Bona. Chopstick yang disimpan di dalam laci diambil dan diletakkan di sisi pinggan nasi Bona.

"Teman saya makan." Kata Taehyung lalu melabuhkan punggungnya di kerusi yang didudukinya tadi.

"Geunde---"

"Tak ada tapi-tapi. Kalau awak tak nak makan, saya pun tak nak." Kata Taehyung lalu memeluk tubuh. Belakangnya di sandar di kerusi. "Kalau saya sakit, awak kena berhadapan dengan Hana. Awak tak ingat ke yang Hana suruh awak jaga saya." Kata Taehyung lagi dan membuatkan Bona tersentap.

"Arasseo, arasseo. Meogeo kaja." Akhirnya Bona mengalah. Chopstick diambil lalu menyepit kimchi yang dibuat oleh Mrs Kim minggu lalu. Taehyung tersenyum kecil melihat Bona yang mula mengunyah kimchi di dalam mulutnya.

'Awak dengan Hana memang tak ada perbezaan.'


☆♥☆♥☆♥

You Are My Husband
김태형
To Be Continue..

[Completed] You Are My HusbandWhere stories live. Discover now